Tuesday 30 August 2016

Lara Semalam Ep87

ALISYA tersenyum senang bila hari ni genap empat puluh empat hari dia berpantang. Akhirnya, berakhir juga semua kesengsaraan dia untuk makan lauk pantang itu. Nampaknya lepas ni bolehlah dia makan makanan yang sedap-sedap.
Bee,hari ni boleh tak kalau kita keluar makan? Isya teringin nak makan satay. Please?
Satay? Sayang dah habis pantang ke?”
“Dah… officially empat puluh empat hari… so, boleh tak kita pergi makan satay malam ni?”
Satay? Boleh ke aku bawa anak dengan isteri aku keluar waktu malam? Nak kena tanya ibu ke apa ya? Tapi kalau aku tak ikutkan kehendak isteri aku ni, mahu dia merajuk dengan aku.
Satay? Bee pergi bungkus sahajalah. Nak bawa babies keluar malam-malam macam ni tak eloklah…”
“Ala, apa salahnya sesekali? Isya dah dekat dua bulan duduk dekat rumah tak keluar ke mana-mana…”
“Kita keluar esok sahajalah… nanti bee bawa Isya pergi shopping nak?”
Alisya sudah menarik muka ketatnya bila mendengar penolakan suaminya. Dia bukannya minta nak shopping dekat overseas pun… dia hanya nak keluar ambil angin di rumah. Sudah terlalu lama dia berkurung di rumah.
“Sayang…”
Bee tak sayang Isyakan? Isya bukannya ajak nak ke Paris or New York… Isya nak keluar makan sahaja…”
Hazrill menggaru pipinya perlahan. Bila isterinya dah merajuk ni yang payah. Dia bukannya tak nak bawa isterinya itu keluar malam ni… masalahnya babies mereka tu masih kecil.
“Yalah kita keluar malam ni tapi Isya duduk dalam kereta sahaja. Lepas beli satay, kita terus balik rumah okay?”
Alisya terus menganggukkan kepalanya laju. Tak kisahlah nak kena duduk dalam kereta ke apa… yang penting dia boleh keluar malam ni. Rindunya nak tengok KL waktu malam…
“Sayang…start minggu depan sayang duduk rumah ibu boleh tak?”
“Kenapa?”
Bee kena pergi Dubai sebulan… kalau boleh memang bee nak angkut babies dengan sayang sekali… tapi masalahnya sayang ada kerjaya dekat sini and anak-anak kita kecil lagi…”
Pergi Dubai selama sebulan? Maksudnya aku tak boleh jumpa suami aku selama sebulan nanti? Mereka berdua tak pernah berpisah selama itu… kalau berpisah pun sekejap sahaja. Itu pun pergi office sahaja.
Bee kena pergi juga ke? Tak payah pergilah bee… tak pun suruhlah orang lain ganti tempat bee…”
“Tak boleh buat macam tulah, sayang… projek ni penting untuk company… lagipun tak akan bee nak suruh Kak Zita yang pergi? Dia tu bukannya larat sangat. Pekerja dekat office tak ada yang available.
“Tapi bee… sebulan tu bukannya sekejap. Tak akanlah bee nak tinggalkan Isya dengan babies selama itu? Kita tak pernah berpisah lama…”
Alisya terus melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hilang terus moodnya nak keluar malam ni. Suaminya nak pergi tinggalkannya selama sebulan. Isteri mana yang masih lagi okay kalau tahu suami dia nak tinggalkan dia selama sebulan?
Bee tahu sayang tapi bee tak boleh nak biarkan sahaja projek tu terlepas dekat tangan orang lain. Projek ni terlalu penting untuk bee.
“Jadi projek tu lebih penting dari Isya and babies?
“Bukan macam tu, sayang…”
“Ikut suka beelah… kalau nak pergi, pergilah.”
Alisya terus melangkah masuk ke dalam biliknya sambil mendukung si kembar itu. Hati dia betul-betul sakit bila tahu suaminya nak pergi tinggalkannya… projek tu lebih penting daripada dirinya dan anak-anak mereka.
“Sayang…”
Hazrill mengeluh perlahan bila isterinya terus menghilang di sebalik pintu bilik tidur mereka. Ini yang payah bila Alisya merajuk dengannya. Susah betul dapat isteri yang manja macam ni. Projek ni pun penting dalam hidupnya, tak akan itu pun isterinya tak boleh faham?
“Suka hatilah nak buat apa pun.”
Hazrill terus mencapai kunci kereta dan melangkah keluar dari rumah. Dia perlukan masa untuk menenangkan fikirannya. Kalau dia duduk sahaja dalam rumah ni, mahu sahaja perang tercetus nanti.


ADIFF hanya memerhatikan Hazrill yang tak henti-henti mengeluh sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Dia ni nak ajak aku datang sini untuk tengok dia mengeluh sahaja ke? Tak tahu ke aku tengah sibuk nak uruskan resepsi perkahwinan?
“Rill, cuba kau beritahu aku apa sebenarnya yang dah jadi? Dah dekat sejam kita duduk sini dan kau tak habis-habis mengeluh. Kau ada masalah ke?”
“Alisya… dia merajuk pasal aku nak pergi Dubai.”
Adiff terus menepuk dahinya sedikit kesal. Dia ajak aku keluar ni sebab isteri dia merajuk sahaja? Dah dekat sejam kot aku duduk sini tak buat apa-apa… kalau pasal benda kecil ni, baik cakap dalam phone sahaja.
“Dah tu? Pergilah pujuk isteri kau tu.”
“Malaslah aku… asyik nak kena ikut apa yang dia nak sahaja…”
Bro, kau juga yang manjakan bini kau dulu… sekarang ni bila dah jadi macam ni, redha sahajalah.”
Sekali lagi Hazrill mengeluh sambil mengacau airnya menggunakan straw. Salah aku ke Alisya jadi macam ni? Aku manjakan isteri aku ke selama ni? Selama ni aku hanya nak yang terbaik untuk isteri aku…
“Macam nilah, Rill… apa kata kau bincang baik-baik dengan Alisya. Mungkin dia akan faham kenapa kau kena juga pergi ke sana.”
“Aku tak tahulah, Adiff. Aku sebenarnya dah bosan dengan sikap dia yang tak matang tu… tak akanlah semua benda aku nak kena ikut cakap dia sahaja?”
“Bukan kau juga ke yang rela ikut semua kata dia? Aku ni sebenarnya tak layak nak bagi apa-apa nasihat dekat kau. Kau sendiri tahu hidup aku dengan isteri aku tu masih lagi belum stabil. Nasihat aku, pergilah berbincang dengan isteri kau tu.”
Hazrill terdiam buat seketika sambil memikirkan kata-kata Adiff itu. Betul juga apa yang Adiff cakapkan itu… apa yang dia tengah buat sekarang ni adalah lari dari masalah. Sepatutnya dia berbincang elok-elok dengan Alisya… bukannya keluar dengan perasaan marah macam ni.
“Jomlah aku hantar kau balik, Adiff. Ni pun dah lewat sangat. Risau pula aku nak tinggalkan Alisya dengan anak-anak aku dekat rumah tu…”
“Hurm, jomlah… plastic apa yang kau pegang tu?”
“Ni hah, Alisya teringin nak makan satay malam ni… tak sampai hati pula aku tak belikan dia. Alang-alang dah keluar ni, aku beli sahajalah sekali.”
Adiff menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Marah-marah pun masih lagi belikan apa yang isteri dia nak? Nampak sangat kau terlalu sayangkan Alisya, Hazrill.
“Kau dengan Niessa apa cerita?”
“Aku dengan Niessa? Okey sahaja…”
“Kau still izinkan dia kerja macam dulu juga ke?”
“Kalau boleh memang aku nak dia duduk sahaja dekat rumah tak payah buat apa-apa tapi aku tak naklah paksa dia tinggalkan dunia dia tu. Kerjaya dia tu nyawa dia…”

ALISYA mengeluh perlahan sambil mendodoikan anaknya. Waktu macam nilah anak dia buat perangai tak nak tidur. Sabar sahajalah dia bila anak-anaknya itu tetap juga tidak mahu tidur walaupun sudah diberi susu dan didodoikan.
“Sayang ibu ni kenapa? Time ibu dengan ayah tengah ada masalahlah kamu berdua ni nak buat perangai ya? Tidurlah, sayang… esok ibu nak kena masuk office. Mesti bertimbun kerja dekat office tu… sayang tak kesiankan ibu ke?”
Alisya terus menoleh ke arah pintu bila mendengar pintu ditolak dari luar. Hurm, dah balik dah ayah kamu ni. Ibu ingatkan dah lupa jalan balik rumah sebab tu sampai tengah malam pun tak balik lagi.
“Sayang ibu, kenapalah ayah kamu tu balik lambat ya? Pergi mana tak bercakap dengan kita. Dia tak tahu ke ibu kamu ni risau?”
Hazrill yang baru sahaja mencapai towel untuk membersihkan badannya hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Comel pula isteri aku ni merajuk dan marah. Dia boleh sahaja cakap straight pada aku tapi dia gunakan anak mereka sebagai orang tengah pula.
“Anak-anak ayah… ayah ni bukan sengaja nak balik lambat. Ayah belikan satay untuk ibu kamu tu, Tadi beria betul ibu kamu nak keluar nak makan satay,
Alisya terus menarik muka geram bila mendengar jawapan suaminya itu. Yalah pergi beli satay. Entah perempuan mana yang dia jumpa dekat luar tadi dia cakap keluar beli satay untuk aku. Alasan sahaja semua tu.
“Apa, sayang? Satay? Ya ke ayah kamu tu keluar beli satay untuk ibu? Entah siapa ayah kamu jumpa tadi dekat luar… dia jadikan satay tu sebagai alasan sahaja tu…”
“Anak ayah, beritahu dekat ibu kamu tu… tak payah nak risau sangatlah. Tak ada sesiapa pun yang nakkan ayah ni kecuali ibu kamu tu. Rasanya kalau ibu kamu tu tak nak kahwin dengan ayah, sampai sekarang ni ayah kamu ni jadi bujang terlajak.”
“Sayang, cakap dengan ayah kamu tu… ibu sikit pun tak percayakan apa yang ayah kamu cakapkan tu. Bukannya ibu tak tahu dia pun fans dekat luar sana tu bersusun tunggu giliran nakkan ayah kamu tu. Siapalah ibu ni kalau nak dibandingkan dengan mereka semua tu, sayang?”
Fans? Siapalah yang buta nak jadi fans ayah tu? Bagi ayahkan, ibu kamu tu cukup sempurna sebagai seorang isteri… cukuplah dengan ibu kamu. Ayah dah tak pandang orang lain dah.”
Alisya mencebik sambil mendodoikan anak-anaknya. Kononlah tak pandang orang lain. Hari tu bukan main berpeluk-peluk dengan Maisara waktu dekat office tu apa? Alasan sahaja semua tu.
Babies, tak payahlah layan cakap ayah tu… ayah tu cakap macam tu sebab nak sedapkan hati ibu sahaja… daripada layan cakap ayah kamu tu, lebih baik kita tidur. Esok ibu nak masuk office. Babies tak kesiankan ibu ke?”
Hazrill terus melangkah masuk ke dalam bilik mandi untuk membersihkan badannya. Isterinya dah nak masuk kerja ke esok? Ingatkan isterinya tu nak bercuti lama sedikit. Macam mana ya cara nak memujuk isterinya itu ya? Isteri dan anak-anaknya sangat penting dalam hidupnya… projek dekat Dubai pun penting juga. Apa yang patut aku buat ya? Kedua-duanya sama penting dalam hidup aku. Kalau aku terlepas projek tu, apa aku nak bagi anak bini aku makan?
“Patut ke aku pergi Dubai tu? Memanglah kalau aku tak pergi anak isteri aku tak mati kelaparan. Hisy, kusutlah macam ni.”
Sampai ke tengah malamnya Hazrill tak dapat melelapkan matanya. Isterinya yang tidur di sebelahnya dipandang dengan penuh kasih sayang. Apa yang patut aku buat ya? Patut ke aku biarkan projek tu terlepas dekat tangan orang lain?
Masalahnya aku nak dapatkan projek tu sebab aku nak tunjukkan pada Alisya yang aku mampu untuk bagi dia hidup senang nanti. Sampai bila mereka nak tinggal dekat rumah teres dua tingkat hadiah daripada Kak Zita ni… kalau boleh aku nak bina sebuah vila di atas bukit untuk dia. Aku nak bagi dia hidup senang and tak payah susah-susah kerja dekat company abah tu lagi.
“Sayang… bee minta maaf ya? Bee bukannya nak pergi Dubai tu sebab saja-saja. Bee kena pergi sana untuk dapatkan projek tu untuk sayang. Bee nak sayang hidup senang nanti. Kalau boleh bee tak naklah sayang susah-susah kerja dekat company abah tu. Bee nak sayang duduk dekat rumah jaga anak-anak kita… bee kesian dekat sayang sebab terpaksa bekerja. Bee yang sepatutnya kerja cari nafkah untuk sayang dengan anak-anak.”
Alisya yang sejak dari tadi terjaga terus bangun dan memeluk suaminya dengan mata yang berkaca-kaca. Ya Allah, dia ingatkan suaminya memang sengaja nak pergi Dubai dan tinggalkan dia.
“Sayang? Kenapa tak tidur lagi ni?”
Bee, Isya minta maaf. Isya ingat bee sengaja nak tinggalkan Isya dekat sini… Isya tak tahu bee.
“Dah, dah… jangan menangis lagi. Bee tak salahkan sayang.”
Bee… Isya tak kisah kalau Isya kena kerja sampai bila-bila pun. Apa salahnya kalau Isya tolong bee? Isya tak kisah, bee…
Hazrill menepuk-nepuk belakang isterinya perlahan. Dia tahu isterinya tak kisah tapi masalahnya telinga dia ni tak tahan dengar keluarga dia mengata dia bila tahu isterinya itu bekerja. Lagi menyakitkan telinga dia bila keluarganya mengata pasal mereka tinggal di rumah teres sahaja.
“Sayang, bee nak buktikan pada semua yang bee boleh bagi kesenangan pada sayang. Sebulan tu sekejap sahaja…”
Bee janji dengan Isya yang bee akan sentiasa call Isya... setiap masa bee akan inform dekat Isya…”
Bee janji, sayang.”
Alisya terus mengemaskan lagi pelukannya. Ya Allah, macam mana aku nak teruskan hidup selama sebulan suami aku pergi Dubai? Mampu ke aku nak teruskan hidup tanpa dia di sisi aku? Kami tak pernah berpisah macam ni selepas kahwin… kalau dulu pun aku macam orang tak betul tak jumpa dia…
“Nanti kalau Isya ada masa… Isya akan lawat bee dekat sana.”

HARI ni Alisya sanggup ambil cuti untuk menjemput suaminya di KLIA. Ya Allah, rindu betul dia pada sang suami yang dah sebulan tinggal di Dubai. Macam mana agaknya rupa suaminya itu ya? Masih kacak macam dulu atau sudah kurus sedikit? Tak kisahlah macam mana sekali pun keadaan suaminya itu… yang penting dia terlalu rindukan suaminya dan tak sabar nak tunggu suaminya itu.
“Tahulah teruja nak tunggu Hazrill balik… cubalah Isya duduk sekejap. Pening kepala Kak Sara tengok Isya dok ke hulu ke hilir macam cacing kepanasan sahaja.”
“Isya tak sabar nak jumpa Hazrill. Rindu gila dekat dia, Kak Sara… sebulan kot Isya tak jumpa dia. Isya nak ke sana sekejaplah, kak… nak beli air. Kak Sara tolong tengokkan budak-budak ni sekejap ya?”
“Hurm, belikan akak fresh orange ya?”
Alisya menganggukkan kepalanya sambil berjalan menuju ke kedai-kedai yang ada di situ. Kenapa lambat sangat suami aku ni? Semalam dia cakap dalam pukul sebelas dia sampai KLIA tapi kenapa tak sampai-sampai lagi ni? Dah dekat pukul dua belas dah ni.
“Isya? Hey, tak sangka boleh jumpa you dekat sini…”
“Niessa? Hey, you buat apa dekat sini?”
Alisya terus memeluk sahabatnya itu setelah hampir dua bulan tak berjumpa. Entah ke mana pula kali ni dia sendiri pun tak tahu. Sahabatnya itu terlalu sibuk dengan show sana sini… sampai nak kumpul macam dulu pun punyalah susah.
I baru balik dari Hong Kong… you pula ?”
I nak jemput Hazrill… dia pergi Dubai. Amboi, sekarang ni jobs makin melimpah ruah ya? Cik abang tak bising ke you selalu tak ada dekat rumah?”
“Bising tu bising jugalah tapi nak buat macam mana? Dah memang kerja I macam ni. Nak buat macam mana lagi? Nak berhenti? Memang I tak sangguplah. Eh, jomlah kita minum-minum dulu nak sementara tunggu Hazrill sampai?”
I datang dengan kakak and babieslah. Apa kata you join kami?”
Niessa memandang ke arah jam di pergelangan tangannya sambil memikirkan sesuatu. Aku ada masa lagi tiga jam sebelum Adiff balik dari office. Boleh kot kalau aku join Alisya dengan Kak Sara sekejap.
No problem… lagipun nak balik awal pun Adiff tak adalah dekat rumah. Bosan sahaja duduk rumah seorang diri.”
Lepas mendapatkan minuman dan makanan yang diperlukan, Alisya dan Niessa terus berjalan menghampiri Kak Niessa yang sedang mendodoikan anaknya. Kesian kakaknya kena jaga tiga orang budak serentak.
Sorry lambat… tak apa, Isya ada bawa nanny dari Hong Kong ni. Auni boleh duduk dengan Aunty Niessa.”
“Macam mana boleh jumpa Niessa?”
“Kebetulan mak cik seorang ni baru balik… dah terjumpa tu, Isya ajaklah lepak sekali.”
Kak Sara menganggukkan kepalanya sambil menyuakan botol susu pada anaknya. Mujurlah Alisya cepat sampai, kalau tak mahu gila dia jadinya bila tak cukup tangan jaga tiga babies sekali gus. Rasanya kalau lambat seminit bukan anaknya sahaja menangis, dengan dia sekali menangis.
“Hazrill tak keluar lagi ke?”
“Belum… dia tak ada call pun. Mungkin sekejap lagi dia sampailah tu.”
Alisya terus mengeluarkan handphone dari dalam handbagnya sambil mendodoikan anak bujangnya itu. Waktu macam nilah anak ibu nak tidurkan? Haih, manalah ayah kamu ni… dah penat dah ibu tunggu ni. Jadi balik ke tak hari ni?
So, Niessa… you apa cerita? Bila nak ada baby ni?”
“Lambat lagilah, Isya… dengan kerja tengah tak menentu ni, mana sesuai nak ada baby lagi… lagipun I dengan Adiff tak rancang nak ada baby dalam masa yang terdekat ni. Mungkin setahun dua lagi kot.”
“Setahun dua? Beb, anak I dah pandai jalan kot waktu tu… tak lambat sangat ke?”
You tahu tak kalau I ada baby… maybe I kena tinggalkan dunia I… tak sangguplah nak bayangkan waktu tu. Seriously, I’m not ready untuk stay dekat rumah jaga anak. Sangat tak sesuai untuk I tahu tak?”
Kak Sara hampir mencebikkan mulutnya tatkala mendengar jawapan Niessa itu. Dari dulu sampai sekarang dia memang tak berkenan sikit dengan perangai Niessa yang agak diva itu… macam mana entah suami dia boleh tahan?
“Ikut youlah, Niessa. Kalau you ada baby sekali pun, you still boleh kerja after bersalin… macam I…
“Tengoklah macam mana… I bukan tak nak anak cuma tengoklah yang mana datang dulu. Kalau dibuatnya I pregnant dalam waktu yang terdekat ni… I terima sahaja tak adalah sampai I nak buang anak I...”

Bersambung...

No comments:

Post a Comment