Tuesday 1 December 2015

Lara Semalam 58

Alisya terus melabuhkan punggungnya kembali di sebelah Kak Sara. Apa benda sebenarnya yang dia nak jelaskan pada aku agaknya?
Jadi, apa yang perlu kami tahu, Hazrill?”
Sebenarnya, Maisara dengan Doktor Nadzrin berpakat untuk perangkap saya untuk memisahkan kita berdua. Maisara buat macam tu sebab dulu dekat overseas, saya pernah tolak cinta dia. Saya tak tahu kenapa Doktor Nadzrin berpakat sama dalam hal ni sebab kami tak pernah bersemuka pun sebelum ni.”
Alisya hanya diam sepanjang masa Hazrill memberikan penjelasan. Ya, seperti yang dia jangkakan… hati dia semakin sakit selepas mendengar apa yang Hazrill mahu dia dengar.
Perangkap? Perangkap apa?”
Maisara kata kami pernah terlanjur dekat sana dan Naufal tu anak kami berdua. Mula-mula saya langsung tak tahu nak buat apa sebab dia ugut nak beritahu semua orang termasuklah klien saya sehinggalah Kak Sara datang bagi jalan keluar.”
Jadi kamu dah buat DNAlah ya, Hazrill?”
DNA? Dahi Alisya terus berkerut tatkala mendengar perbualan di antara kakaknya dan Hazril. Apa maksud Kak Sara ni? Kenapa Hazrill buat DNA pula? Apa sebenarnya yang berlaku ni sebenarnya? Kenapa aku langsung tak tahu apa-apa ni?
Dah, keputusannya pun dah ada dekat tangan saya. Ini dia.”
Alisya hanya mendiamkan dirinya selepas melihat keputusan DNA yang dihulrkan kepadanya tu. Negative. Jadi itu bukan anak Hazrill? Sebab ni ke dia tinggalkan aku?
Petang tadi, semuanya terbongkar. Saya baru tahu yang Maisara dengan doktor tu merupakan pasangan kekasih. Dia ada cakap yang Naufal tu dia gunakan sebagai alat untuk pisahkan kita berdua.”
Ya Allah, busuknya hati mereka.”
Kak Sara, saya nak minta tolong boleh?”
Kak Sara memandang Alisya yang masih lagi menunduk memandang kertas di tangannya. Agaknya apa jenis pertolongan yang Hazrill mahukan ya? Dan kenapa Alisya hanya diam sahaja?
Minta tolong apa?”
Saya nak bawa Naufal keluar dari rumah tu. Hanya Allah sahaja tahu seksanya dia dekat rumah tu, kak. Saya langsung tak sangka perangai Maisara tu seteruk ini. Budak kecil macam tu dipukul macam nak dibunuh sahaja. Depan saya, budak tu dilayan baik sangat…kalau buat salah, dia hanya akan menegur dengan baik. Tak sangka pula dia ni jenis naik tangan pada budak.”
Kak Sara dan Alisya mengucap panjang di dalam hati mereka. Ya Allah, tu manusia ke binatang? Kejamnya wanita itu… waktu Alisya jumpa wanita itu, dia ingat wanita itu wanita yang baik-baik sebab perwatakannya memang menggambarkan sebegitu pada waktu itu.
Selama ni tak akan Hazrill tak perasan lebam-lebam ke apa dekat Naufal tu?”
Ada tapi Maisara kata lebam sebab jatuh. Saya dengan Naufal tu jarang jumpa sebenarnya. Tak tahulah kenapa tapi rasanya Maisara tak nak Naufal beritahu saya sesuatu.”
Kak Sara hampir menangis mendengar cerita Hazrill itu manakala Alisya pula seolah-olah tiada perasaan. Dia hanya diam tanpa mahu mengulas apa-apa sambil merenung kertas di hadapannya. Baik Kak Sara mahu pun Hazrill, masing-masing tak tahu apa yang difikirkan oleh Alisya ketika ini.
Kak Sara rasa kita perlu bawa dia keluar dari rumah tu secepat yang mungkin. Tak akan nak tunggu ada nyawa yang dah melayang baru nak bertindak?”
Kak Sara menoleh ke arah Alisya yang masih lagi menunduk memandang lantai. Entah apa yang difikirkan oleh adiknya itu, dia sendiri tak tahu.
Tapi nak buat macam mana? Maisara sentiasa pastikan rumah tu berkunci dua puluh empat jam. Kalau saya nak jumpa Naufal, saya hanya boleh jumpa dia depan pagar sahaja.”
Serahkan pada kami sahaja, Hazrill. Nanti Hazrill send alamat rumah perempuan tu pada Kak Sara tahu?”
Baiklah, kak.”
Hazrill terus memandang Alisya yang tunduk memandang lantai sejak tadi. Apa agaknya perasaan Alisya setelah mengetahui semua ini?
Isya?”
Setitis demi setitis air mata Alisya mula jatuh membasahi pipi. Dia ni jahat ke atau tak berhati perut sampai lelaki itu sanggup perlakukan dia sebegini? Dia cepat-cepat menyeka air mata yang menitis dengan hujung jarinya. Alisya, kau dah janji tak nak menangis lagi.
Apa pendapat Isya tentang hal ni? Patut ke kita buat report polis atau apa…”
BAB LIMA BELAS
KAK Sara terus mengalihkan pandangannya pada Alisya. Kenapa adiknya itu senyap sahaja? Dia tak percaya ke dengan apa yang dijelaskan Hazrill tu? Bukti apa lagi yang mereka perlu cari untuk mendapatkan kepercayaan Alisya?
Alisya?”
Hurm?”
Alisya mengalihkan pandangannya dari memandang Hazrill. Air matanya yang menitis diseka dengan hujung jari. Dia betul-betul kecewa dengan lelaki itu. Kenapa lelaki itu langsung tak mahu berterus terang dengan dia dari awal lagi?
Kenapa senyap sahaja?”
Tak ada mood nak cakap.”
Alisya terus memandang wajah Hazrill tepat. Kenapa dia tak berterus terang dengan aku dulu? Kenapa baru sekarang dia beritahu? Apa bezanya beritahu dia sekarang dengan dulu? Dia bukanlah sekejam mana sampai Hazrill tak boleh beritahu dia.
Dah habis cakap?”
Hah?”
Dah habis cakap?”
Hazrill mengangguk perlahan sambil memandang Kak Sara. Dia betul-betul terkejut dengan reaksi Alisya sekarang ni. Marah ke gadis itu padanya?
Sekarang ni saya lagi berganda kecewa dengan awak Hazrill. Jahat sangat ke saya ni sampai awak tak boleh nak berterus terang dengan saya dari dulu lagi? Awak tahu tak yang saya ni sangat-sangat menderita sebab saya gagal lupakan awak. Setiap minit hanya awak yang saya ingat dan hanya awak yang saya rindu. Saya dah nak gila sebab setiap pagi saya bangun sahaja dari tidur, saya terpaksa telan kenyataan yang awak dah tak ada dengan saya lagi. Awak kejam, Hazrill. Awak kejam buat saya macam ni.”
Saya minta maaf, Alisya. Saya tak tahu.”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Maaf Hazrill tak berguna untuk dia. Maaf Hazrill tak akan dapat membasuh semua kekecewaan dia!
Dahlah, Hazrill. Saya dah penat. Saya ingatkan yang awak kenal saya tapi rupanya saya silap. Awak langsung tak kenal saya seperti mana saya kenal awak, Hazrill. Assalamualaikum.”
Alisya terus berlalu daripada situ tanpa mahu menoleh ke belakang. Hazrill langsung tak menghalang langkah Alisya kerana dia tak nak paksa Alisya lagi untuk berada di sisinya. Kalau gadis itu mahu kembali kepadanya, dia akan mengalu-alukan dengan tangan yang terbuka namun jika sebaliknya yang berlaku, dia tak akan sesekali memaksa gadis itu untuk kembali.
Kenapa tak halang dia?”
Saya tak nak tambah luka yang sedia ada.”
Kak Sara terus mendengus geram. Hazrill ni kenapa? Dia yakin adiknya itu masih cintakan Hazrill kalau tak tak adanya setiap malam dia akan mengigau dan menyebut nama Hazrill. Kalau Hazrill biarkan Alisya pergi sekarang, kemungkinan besar Hazrill akan kehilangan Alisya buat selama-lamanya.
Kalau Rill tak kejar dia sekarang, Rill mungkin akan kehilangan dia.”
Saya dah lama kehilangan dia…”
Kak Sara terus mencapai handbagnya sebelum mengejar Alisya yang sudah jauh meninggalkan restaurant itu. Geram betul dia dengan kedegilan Alisya dan Hazrill itu. Mahu sahaja dia kahwinkan mereka berdua… habis cerita.
Isya, maafkan Rill…”


Bersambung...

3 comments: