Monday 25 January 2016

Lara Semalam Ep66

Awak tak datang ke hujung minggu ni?”
Hazrill menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tak sanggup nak melihat orang yang dia cintai akan menjadi milik orang lain. Dari dulu sehingga sekarang… dia memang tak kuat untuk melihat gadis itu menjadi milik orang lain.
Tak, Alisya. Saya tak kuat untuk hadir waktu pertunangan awak dengan dia. Lagipun lusa saya dah nak balik semula ke sana.”
Balik ke sana?”
Hazrill menganggukkan kepalanya perlahan sambil tersenyum. Ya, dia sudah buat keputusan untuk balik ke sana semula. Dah tak ada apa lagi yang ada untuknya di sini. Gadis yang membuatkan dia kembali semula ke sini akan jadi milik orang lain.
Saya dengan Kak Zita dah ambil keputusan untuk balik semula ke sana. Lagipun dah tak ada sebab untuk kami berada di sini…”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan sambil merenung wajah Hazrill lama. Ya Allah, macam mana dia nak berkongsi hidup dengan Eqal kalau lelaki itu tetap di hatinya? Macam mana dia nak lupakan lelaki itu?
Sebelum saya pergi… boleh tak kalau saya nak tanya satu soalan?”
Hazrill memandang wajah Alisya dengan mata yang mula berkaca-kaca. Ya Allah, boleh ke aku terima jawapan Alisya nanti? Sesungguhnya, aku takut keputusan yang bakal aku dengar ni akan mengecewakan aku.
“Apa dia?”
“Awak dengan Eqal bertunang atas kerelaan awak atau apa?”
Alisya menarik nafas panjang sebelum berbalas pandang dengan Hazrill. Dia tak boleh tunjuk pada lelaki itu yang pertunangan ni terjadi disebabkan keluarganya. Kalau boleh biarlah lelaki itu fikir semua ini berlaku di atas kemahuannya sendiri.
“Ya… pertunangan ni atas kerelaan saya sendiri dan tak ada paksaan dari sesiapa pun.”
Hazrill menganggukkan kepalanya perlahan sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. Dia harap gadis itu akan bahagia dengan pilihannya walaupun hati dia berat untuk melepaskan gadis itu pergi.

LEWAT malam tu Alisya menghubungi Eqal ketika lelaki itu sedang nyenyak tidur. Dia perlu lakukan sesuatu dan dia rasa itu adalah keputusan yang terbaik perlu dia lakukan. Lebih baik, majlis perkahwinannya dipercepatkan. Kalau boleh dia nak ikut Eqal tinggalkan tempat ni secepat yang mungkin. Dia mahu tinggalkan semua yang ada di Malaysia ini.
Hello, Eqal.”
Hurm, Isya.”
Eqal memandang jam dinding di biliknya. Pukul dua belas empat puluh lima? Apa yang Isya nak sampai call lewat waktu macam ni? Dah lewat sangat kalau Isya nak share something dengan dia ke apa.
Eqal tengah tidur ke?”
Ha’ah, pukul dua belas lebih Isya. Isya tahukan Eqal selalu tidur pukul sepuluh?”
Eqal kembali memejamkan matanya sambil handphone masih di telinga. Ada apa agaknya sampai Alisya call dia pagi-pagi macam ni? Dia rasa mesti Alisya nak cakap benda yang penting sebab kalau tak penting, Alisya akan mesejnya sahaja.
Sorry ganggu.”
Tak apa. Ada apa Isya? Esok nak ajak Eqal keluar jalan-jalan ke?”
Tak... cuma er...”
Alisya mengeluh perlahan. Patut ke aku beritahu rancangan aku ni ke tak pada Eqal? Tapi kalau dia cakap, Eqal akan setuju ke tak?
Isya, kenapa ni? Kalau ada masalah Isya boleh share dengan Eqal. Cuma apa, Isya?”
Eqal, boleh tak kita kahwin hujung bulan ni?”
Mata Eqal terus segar bugar bila mendengar Alisya mengajaknya kahwin hujung bulan ni. Alisya ni mimpi ke apa? Boleh pula ajak dia kahwin pada pukul dua belas empat puluh lima minit pagi.
Hah?!!”
Isya rasa tak salahkan kalau kita nak cepatkan wedding kita. Err, apa pendapat Eqal?”
Isya mimpi apa tadi?”
Isya serious ni, Eqal.”
Eqal terus menggarukan kepalanya yang tak gatal. Aduh, apa aku nak buat ni? Ya Allah, macam mana semua ni boleh jadi serabut sampai macam ni? Hujung bulan ni bukannya lama sangat. Lagi beberapa minggu lagi dah hujung bulan.
Isya, are you serious?”
Yes. Berapa kali Isya nak kena cakap yang Isya serious nak kahwin dengan Eqal. Lagipun apa bezanya dengan dua tahun lagi atau hujung bulan ni?”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment