Thursday 25 February 2016

Lara Semalam Ep73

MALAM tu ketika semua orang sedang tidur, Nana menghembuskan nafas yang terakhir di sisi suami dan anak tersayang. Kematiannya hanya disedari oleh Iskandar pada keesokan harinya ketika Iskandar mengejutkan dia untuk solat subuh.
“Isya... Nana dah meninggal.”
“Sabar, Is... Allah lebih menyayangi arwah.”
Alisya mengesat pipinya yang basah menggunakan hujung selendang yang dipakai. Nana, saya minta maaf. Saya tak boleh lakukan apa yang awak mahukan.
“Isya, apa Is nak buat? Nana dah pergi tinggalkan Is. Macam mana dengan anak-anak kami? Isya, Nana dah tak ada. Ya Allah... apa yang Is patut buat? Is tak boleh buat apa-apa tanpa Nana…”
“Is, bawa-bawa bersabar... tentang anak-anak Is dengan Nana, Isya boleh tolong jagakan cuma... permintaan arwah tu sahaja yang Isya tak boleh nak tunaikan.”
Iskandar menggelengkan kepalanya laju. Dia tak boleh berpisah dengan anak-anaknya. Merekalah sebab kenapa dia perlu teruskan hidup.
“Tak, Is tak nak berpisah dengan anak-anak Is. Cukuplah dengan penderitaan Is kehilangan Nana.”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Ikutkan hati dia, dia memang tak nak tinggalkan budak-budak tu dekat sini tapi Iskandar tak mengizinkan dia bawa mereka ke KL. Kalau tak mengenangkan lusa ada majlis, dah tentu dia akan duduk di sini lama sedikit sehinggalah keadaan Iskandar stabil.
“Isya balik hari ni ke?”
“Isya kena balik hari ni juga, Is. Lusa ada majlis.”
Iskandar menganggukkan kepalanya perlahan sebelum berjalan beriringan dengan Alisya ke pintu utama. Banyak jasa gadis itu dengan dia dan arwah. Jika tiada Alisya, tak tahulah apa yang akan terjadi padanya.
“Maaf dah susahkan Isya dengan masalah Is.”
“Is dengan arwah kawan baik Isya, tak ada istilah susah langsung dalam hidup Isya.”
“Terima kasih, Isya untuk segalanya. Demi Nana, Isya sanggup balik ke kampung pada hari yang sama Is call Isya. Terima kasih sebab tak menghampakan Nana untuk jumpa Isya.”
Alisya mengangguk sambil memaksa dirinya untuk senyum walaupun senyumannya terasa hambar. Ya Allah, berilah Iskandar kekuatan untuk mengharungi hari yang mendatang.
“Kalau ada apa-apa, Is call sahaja Isya. Inshaallah, Isya akan datang secepat yang mungkin.”
“Inshaallah. Hazrill, drive kereta elok-elok. Kalau ada kelapangan, jemputlah datang ke mari lagi.”
Hazrill menganggukkan kepalanya sambil berjabat tangan dengan Iskandar. Ya Allah, berilah Iskandar kesabaran dalam mengharungi dugaanMu ini…
“Inshaallah. Kami balik dululah ya?”
Alisya terus memeluk anak-anak Nana dengan mata yang mula berkaca-kaca kembali. Ikutkan hati dia nak jaga budak-budak ni tapi masalahnya Eqal belum pasti setuju dan Is pun tak mahu berpisah dengan anak-anaknya.
Aunty Isya balik dulu ya, sayang? Abang, adik… duduk dengan walid sopan-sopan ya? Nanti aunty datang lagi.”
“Isya, kita gerak sekarang ya?”
“Hurm...”
Makin erat pelukan Alisya tak lama lepas itu. Hatinya terasa berat untuk meninggalkan anak-anak kecil ini. Kalau tak disebabkan majlis pertunangan dia lusa, tak adanya dia nak tinggalkan mereka di sini.
“Is, jangan lupa call Isya. Kalau ada apa-apa, terus call Isya.”
“Inshaallah. Isya, Is minta Isya janganlah tolak permintaan Nana ni. Ambillah rantai tangan ini.”
“Is, Isya tak boleh. Benda tu sangat bermakna buat Is dengan arwah.”
Please jangan hampakan kami…”
Alisya akhirnya akur dengan apa yang dimahukan Iskandar dan arwah itu. Ketika Iskandar memakaikan rantai tangan itu di pergelangan tangan Alisya, air mata Alisya terus menitis. Ya Allah, kenapa Iskandar sanggup bagi rantai tangan yang sungguh bermakna buat dia dan arwah kepadanya?
“Nana pesan jangan tanggalkan gelang itu langsung. Rantai tangan tu sangat bermakna buat kami, Isya. Tolong jangan tanggalkan ya?”
 “Inshaallah, Isya akan jaga rantai tangan ni baik-baik.”
“Terima kasih, Isya.”
“Kami balik dulu, Is. Jaga diri baik-baik dan kalau ada apa-apa, call Isya okey?”
Iskandar menganggukkan kepalanya perlahan. Sayang, Isya dengan Hazrill dah nak balik KL. Kalau dulu pasti awak akan beria menangis sebab hantar Alisya balik. Macamlah lepas tu awak tak boleh jumpa Alisya lagi. Ya Allah, sayang… abang rindu sangat-sangat dekat sayang.

bersambung...

No comments:

Post a Comment