Monday 25 January 2016

Lara Semalam EP70

SEMALAMAN Alisya langsung tak tidur gara-gara mengemas bilik tidurnya. Semua barang-barang hantaran disusun di satu sudut. Baju yang bakal dipakai ketika majlis pertunangannya sudah digantung di dalam almari. Terasa menyemak pula bila diletakkan di atas katil.
Banyak betul sampah.”
Usai solat subuh, Alisya terus mencapai handphonenya yang sejak dari tadi menjerit minta diangkat. Siapa pula yang call subuh-subuh macam ni? Eqal? Apa yang dia nak ni sampai call aku waktu-waktu macam ni?
Hello?”
Hello, Isya. Eqal ni. Isya, mummy kena serangan jantung pagi tadi.”
Hah?! Eqal dekat mana ni?”
Ada dekat hospital.”
Patutlah Eqal call dia subuh-subuh macam ni. Ada hal kecemasan rupanya. Ya Allah, macam mana Mummy Eqal boleh kena serangan jantung? Semalam Mummy Eqal sihat sahaja…
Ya Allah, pagi nanti Isya datang dengan ibu dan abah. Eqal banyak-banyak bersabar okey? Apa-apa jangan lupa call Isya.”
Alisya terus bersiap bagaikan lipas kudung. Hurm, nak pakai baju apa ya nak jumpa mummy ni? Tak kisahlah nak pakai baju apa sekali pun… yang penting, dia perlu maklumkan pada abah dengan ibu terlebih dahulu.
Hurm, Isya nak datang pukul berapa nanti?”
Mungkin pukul lapan nanti. Okeylah, nanti Isya call Eqal balik.”
Alisya terus keluar dari bilik dengan telekung yang masih tersarung dan mengetuk pintu bilik ibu dan abah perlahan. Moga-moga aunty tak apa-apa.
Kenapa, Isya? Ibu dengan abah baru lepas solat subuh.”
Ibu, mummy Eqal ada dekat hospital sekarang ni. Dia kena serangan jantung. Eqal baru lepas call Isya tadi.”
Ya Allah, macam mana boleh jadi?”
Alisya menggelengkan kepalanya perlahan sambil jarinya menekan-nekan button handphonenya. Dia perlu beritahu PA nya tentang cuti kecemasannya hari ini. Banyak juga meetingnya yang perlu ditunda ke lain hari.
Isya pun tak tahu tapi pukul lapan ni Isya nak pergi tengok. Ibu nak ikut Isya?”
Ibu pergi dengan abah nanti lepas balik dari meeting. Sampaikan salam ibu pada mereka ya?”
Alisya mengangguk faham dan terus melangkah ke arah biliknya. Hurm, nak pergi seorang diri ke? Ke nak ajak Kak Sara teman aku? Tapi dia dengan Aidil bukan ke join meeting sekali? Aduh, apa ke lembapnya aku ni. Dia orangkan kerja satu company dengan abah?
Nak ajak siapa ya teman aku ke hospital?”
Pergi seoranglah kalau susah-susah macam ni. Ketika Alisya tengah sibuk bersiap, dia dapat satu lagi call daripada Iskandar. Hampir terlepas handphonenya dari pegangan ketika itu. Nana tengah nazak?
Isya, awak boleh datang sini secepat yang mungkin? Nana nak jumpa awak.”
Ya Allah, yang mana aku patut dulukan? Nana tengah nazak dan dia nak jumpa aku dan aunty dekat hospital sebab sakit jantung. Mana satu yang patut aku dulukan? Lebih baik aku jumpa Nana dulu.
Hello, assalamualaikum. Rill, awak tengah busy ke?”
Wa’alaikumussalam, taklah. Saya baru nak makan ni.”
Awak boleh temankan saya balik kampung tak? Nana dah nazak, dia nak jumpa saya. Saya tak tahu nak minta tolong siapa. Mummy Eqal ada dekat hospital, ibu, abah, Kak Sara dengan Aidil dah pergi meeting. Petang nanti baru mereka balik. Ya Allah, saya betul-betul risaukan Nana.”
Isya, bawa bersabar ya? Saya gerak ambil awak kejap lagi. Awak siap-siap ya?”
Hurm, tolong cepat sikit ya?”
Lepas menamatkan perbualan dengan Hazrill, Alisya terus menghantar pesanan ringkas ke handphone Eqal beritahu yang dia tak dapat datang ke hospital hari ni sebab ada kecemasan. Ya Allah, kalau boleh aku nak cepat-cepat sampai ke kampung.
Nana, tunggu saya. Saya datang ni.”

TEPAT jam sembilan pagi, Hazrill tiba di hadapan rumah banglo dua tingkat itu. Alisya yang sememangnya dari tadi tunggu ketibaan Hazrill di luar rumah terus bergegas masuk ke dalam kereta.
Ada nak singgah hospital dulu ke?”
Tak, kita terus gerak ke sana.”
Alisya sempat menghubungi Kak Sara untuk memaklumkan bahawa dia ada kecemasan nak balik kampung untuk jumpa Nana. Hatinya risau bukan main selagi tak sampai kampung.
Isya, majlis Isyakan hujung minggu ni.”
Ya, Isya tahu tapi Nana perlukan Isya sekarang. Nana amat penting buat Isya, kak.”
Jangan buat kerja gila, dik.”
Alisya mengeluh perlahan. Dia tahu kakaknya itu akan melarang keras apa yang dia buat ni. Kak Sara tak pernah faham aku... hanya abah sahaja yang memahami aku.
Isya dah gerak balik kampung dah ni. Lagi dua tiga hari Isya balik. Kak Sara jangan risau, Isya akan balik sebelum majlis tu.”
Isya inikan… make sure balik sehari sebelum majlis.”
Yes, boss.”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment