WALAUPUN
sudah
seminggu Alisya bergelar tunangan Eqal, dia dengan Eqal langsung tak
berhubung. Masing-masing sibuk menguruskan urusan sendiri. Hanya
keluarga Alisya sahaja yang sibuk menguruskan majlis yang bakal
berlangsung pada hujung bulan ini.
“Isya,
dah pilih nak makanan apa untuk majlis Isya tu nanti?”
“Belum
lagilah, ibu. Isya busy
dekat office
tu.”
Alisya
menyuap bihun goreng ke dalam mulutnya sambil membaca laporan
kewangan di tangannya. Ibu menggelengkan kepalanya tatkala melihat
anaknya itu melakukan dua kerja dalam satu masa yang sama. Anaknya
itu sudah susut walaupun baru seminggu dia bekerja di company
keluarga. Ini yang dia tak suka bila suaminya minta Alisya join
companynya.
“Isya,
wedding
kamu tu lagi tiga minggu sahaja. Kalau asyik delay
sahaja, semua benda nanti jadi kelam kabut.”
“Isya
bukan sengaja nak delay,
Isya busy
ibu. Kerja dekat office
tu berlambak-lambak. Apa kata ibu pilih sahaja menu yang best-best?
Isya percaya dengan cita rasa ibu.”
Sekarang
ni Alisya menggantikan tempat Kak Sara di office
abah. Yalah, sejak mengandung ini Kak Sara asyik tidak sihat sahaja.
Mungkin pembawaan budak agaknya.
“Kerja
tu sampai bila pun tak habis. Betul ni ibu yang pilih?”
Alisya
menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tak kisah kalau ibu yang buat
pemilihan menu tu. Lagipun selera ibu dengan dia tentang makanan
lebih kurang sama sahaja.
“Isya
janji dekat ibu lepas kerja yang Isya tengah buat sekarang ni settle,
Isya akan fokus pada majlis hujung bulan ni.”
“Janji?”
“Janji,
ibu. Okeylah, Isya nak gerak dah ni.”
“Tak
tunggu abah dengan Aidil ke? Ke Eqal jemput?”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju. Kalau nak tunggu abah dengan Aidil
pergi sekali memang tak sempatlah dia nak buat apa yang patut.
Lagipun hari ni dia ada meeting
dengan Tan Sri. Kalau nak tunggu Eqal jemput memang sampai ke sudah
dia tak pergi office.
Mamat tu entah ke mana menghilang dia sendiri tak tahu. Nak call
dia takut mengganggu.
“Isya
drive
sendiri. Tak sempat nak tunggu abah dengan Aidil sebab Isya nak kena
settlekan
something
urgent
pagi ni.”
“Kalau
macam tu drive
elok-elok. Jangan main langgar sahaja semua lampu isyarat yang ada
sebab nak cepat sampai.”
Alisya
tergelak kecil sambil menyarung high
heel.
Langgar semua lampu isyarat? Ibu ni suka buat lawak pagi-pagi macam
ni.
“Ibu
tahukan Isya tak macam tu.”
“Ya,
ibu tahu tapi anak ibu ni kalau nak cepat sangat… semua dia redah.”
“Memang
anak ibu ni akan redah semuanya selagi tak melanggar undang-undang.
Isya gerak dulu ya, ibu? Assalamualaikum, I
love you.”
“Wa’alaikumussalam,
love
you too.”
KETIKA
Alisya
tiba di office,
seorang pun pekerja dia belum datang lagi. Awal sangat ke aku datang
ni? PA
aku pun belum sampai lagi ke waktu-waktu macam ni?
“Baik
aku buat kerja dari sibuk memikirkan hal orang lain.”
Lepas
menghidupkan computer
ribanya, Alisya terus berjalan ke pantry
untuk membancuh secawan milo. Sesungguhnya dia bukan penggemar
coffee.
“Eh,
Cik Alisya. Patutnya saya yang buatkan air untuk cik.”
“It’s
okey.
Awal you
datang Cik Nurul?”
“Saya
memang datang time,
time
macam ni, Cik Alisya. Marilah saya buatkan air cik.”
“Tak
apa, dah nak siap pun. You
dah breakfast
ke, Cik Nurul? Kalau belum, pergilah turun makan. I
tak suka pekerja I
kerja
dengan perut kosong.”
“Mungkin
sekejap lagi. Cik Alisya dah makan? Kalau nak saya bungkuskan apa-apa
saya boleh bungkuskan.”
Alisya
hanya menggeleng perlahan. Belum sempat dia melangkah keluar dari
pintu rumah, ibu sudah menghalangnya dari keluar tanpa breakfast.
Sudahnya perut dia seperti nak meletup.
“I
dah makan dekat rumah. Jangan skip
breakfast
pula ya? I
tahu you
pun banyak kerja nak kena buat tapi breakfast
tu penting. Ingat ya?”
“Inshaallah.”
Lepas
siap membancuh secawan milo sejuk, Alisya terus menghadap kerjanya
non-stop
sampai ke tengah hari. Rata-rata semua pekerja departmentnya
tiada masa untuk berhenti sekejap dan berbual dengan jiran sebelah.
Masing-masing sibuk mengejar dateline.
“Isya,
jom keluar makan.”
“Hurm?
Makan? Isya ada banyak lagi kerja nak kena buat ni. Abah keluar makan
dengan Aidil sahaja hari ni boleh? Esok kita keluar lunch
sama-sama.”
Abah
sudah mula bercekak pinggang di hadapan pintu bilik anaknya. Ini yang
dia tak gemar dengan anaknya. Kalau sudah menghadap kerja, benda lain
langsung tak diambil peduli. Kadang-kadang terlupa makan sebab sibuk
buat kerja.
“Isya,
dari awal pagi tadi kamu non-stop
buat kerja. Apa salahnya berhenti sekejap?”
“Nanti
Isya lapar, Isya turun makan dekat bawah.”
“Promise
dengan abah?”
“Yupp,
promise.”
Seperti
kebiasaannya, mulut sahaja berkata janji namun dia langsung tidak
menjamah walaupun sebutir nasi kerana sibuk menghadap kerja. Dia
perlu settlekan
semua kerjanya kerana dia dah janji dengan Ibu lepas kahwin nanti dia
akan ambil cuti selama sebulan tapi dia belum tentu lagi akan bercuti
selama sebulan kerana dia ni seorang yang gila kerja.
KETUKAN
di pintu membuatkan fokusnya pada kerja hilang. Hai, siapalah agaknya
yang mengganggu dia ketika dia sibuk ini?
“Masuk.”
“Hai,
babe.
Tengah buat apa tu?”
“Eh,
Eqal. Masuk, masuk.”
Alisya
terus bangun dan meninggalkan kerjanya yang berlambak itu. Baru
seminggu tak bertemu lelaki itu, badan lelaki itu bagaikan dipam-pam.
“Busy
ke?”
“Boleh
tahanlah. Eqal baru sampai KL ke?”
Anggukan
Eqal membuatkan Alisya tersenyum. Eqal ni dah tahu baru balik dari
jauh, pergilah berehat dulu. Dia tak kisah pun kalau Eqal jumpa dia
lewat sedikit. Lagipun dia faham Eqal busy.
“Eqal
bawaan Isya sushi
yang Isya suka makan tu.”
Alisya
terus menutup fail di hadapannya dan menghampiri tunangnya. Ya Allah,
terliur dia tatkala melihat sushi di dalam bekas itu. Laparnya…
nasib baik Eqal datang bawa makanan.
“Wah,
seronoknya. Isya pun belum makan ni. Eqal dah makan ke?”
“Belum
lagi. Ni nak makan sekali dengan Isyalah ni.”
“Oh,
kalau macam tu tunggu sekejap ya? Isya nak save
dulu kerja Isya ni.”
Eqal
terus melabuhkan punggungnya di atas sofa empuk yang berada di dalam
pejabat Alisya tu. Hurm, dasyat juga cita rasa minah seorang ni ya?
“Eqal
pandang apa tu? Malulah Isya orang seni pandang Isya punya office.”
“Nak
malu apa? Eqal rasa cita rasa Isya ni memang bombastic
tahu tak? Tiap kali Eqal datang sini, Eqal rasa tenang sahaja.”
“Thanks,
jomlah kita makan. Isya dah kebulur dah ni.”
“Oh
ya, sebelum Eqal terlupa. Happy
birthday. Hope
Isya suka hadiah yang Eqal belikan ni.”
Alisya
merenung calendar
di hadapannya dengan dahi yang berkerut. Ya Allah, birthday
aku ke ni?
“Hari
ni birthday
Isya ke?”
“Yupp,
babe.
Tak akanlah terlupa?”
Alisya
tergelak kecil bila menyedari yang dia telah terlupa tarikh penting
dalam hidupnya. Sibuk menghadap kerja dekat office
ni, semua benda dia lupa.
“Dah
tua dah pun, tu yang terlupa.”
“Tua
apanya? Isya baru dua puluh lapan tahun.”
Huh!
Tahulah dia baru berusia dua puluh tiga tahun, tapi perlu ke dia
menyebut umur aku dengan jelas dan nyata. Tahulah aku ni bakal-bakal
tiga puluh.
“Hei,
kenapa ni? Tak suka ke?”
“Taklah,
Isya tahulah Isya dah tua tapi tak perlulah cakap umur Isya
kuat-kuat.”
Meskipun
usia Alisya sudah genap dua puluh lapan tahun, bila kawan-kawan dia
jumpa dengan Alisya, mereka merasakan yang umur Alisya dua puluh tiga
tahun dan umurnya pula belasan tahun. Semua kawannya beritahu dia
satu benda yang sama, dia tak sesuai jika digandingkan dengan Alisya.
Dia terlalu kebudak-budakan jika dibandingkan dengan Alisya.
“Walaupun
umur dah bertambah satu angka, Isya tetap bertambah cantik dan
semestinya awet mudakan?”
“Haha,
lawaklah sangat.”
Lepas
mereka habis makan sushi,
Alisya terus mengemas meja kecil yang mereka gunakan untuk letak
makanan dan terus menghadap kerjanya kembali.
“Isya,
Eqal malas nak curi masa Isya lama-lama. Isya pun busykan?
Eqal balik dulu ya?”
“Okey,
thanks
Eqal bawakan sushi
favourite
Isya.”
“You’re
welcome.
Eqal balik dulu ya?”
Alisya
terus bangun untuk menghantar Eqal ke bawah namun Eqal segera
menghalang. Dia tahu Alisya banyak kerja dan dia tak mahu mencuri
masa Alisya lagi.
“Isya
hantar sampai bawah.”
“No,
it’s okey.
Isya tak payah hantar Eqal. Lagipun Eqal ingat nak jumpa uncle
sekali.”
Lepas
bayangan Eqal hilang di pejabatnya, Hazrill pula datang dengan
sekotak kek di tangan dan sebuah hadiah yang sudah dibalut cantik.
Bibir Alisya terus melakar sebuah senyuman semanisnya sebaik sahaja
terpandang wajah insan yang dirindui separuh jiwa itu.
“Rill…”
“Happy
birthday,
Isya.”
“Thanks,
jemputlah duduk dulu ya? Cik Nurul, tolong buatkan milo dengan coffee
satu ya?”
“Baik,
Cik Alisya.”
Alisya
terus melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dengan sofa yang
Hazrill duduk. Dia langsung tak menyangka yang Hazrill akan ingat
tarikh penting dalam hidupnya.
“Isya
tak sangka Rill ingat birthday
Isya.”
“Susah
nak lupa sesuatu benda tu jika melibatkan orang yang kita sayang,
Isya.”
Alisya
hanya tersenyum mendengar kata-kata Hazrill itu namun dia terasa
senyumannya itu penuh kepura-puraan.
“Oh
ya, hari tu Niessa beritahu Isya yang Rill dah bertunang. Tahniah
ya?”
“Dah
sampai masanya. Thanks.”
Hazrill
hanya tersenyum hambar ketika Alisya menyebut tentang tunangannya
yang dia tak pernah kenali langsung. Dia hanya berharap pilihan
kakaknya tepat dan dapat membahagiakan dia. Sesungguhnya sehingga
kini dia tak pernah bertentang mata dengan tunangnya malah bercakap
melalui handphone
pun tidak pernah. Biarlah dia kenal wanita itu ketika wanita itu
sudah selamat bergelar isterinya.
“Jomlah
kita makan.”
“I
pergi ambil pinggan sekejap. Boleh kita makan sekali dengan staff
dekat luar tu.”
Hazrill
mengangguk setuju. Alisya masih lagi Alisya yang dulu. Dia suka
berkongsi makanannya dengan orang di sekelilingnya. Hazrill masih
ingat lagi ketika mereka celebrate
birthday
Alisya dulu, Alisya sanggup menghampiri budak-budak yang tengah
bermain dan menghulur keknya. Kerana sikap Alisya yang baik hati
itulah hati dia terpikat.
“Guys,
girls…
jom kita makan kek sekali. Tinggalkan kerja tu sekejap.”
ALISYA
tersenyum
puas bila melihat kek yang Hazrill bawa tu habis dimakan akhirnya.
Setiap tahun Hazrill akan bawa kek dua tingkat yang bersaiz besar
pada hari lahirnya dan dia paling tak suka jika kek itu dibiarkan tak
habis.
“Thanks,
Rill.”
“You’re
welcome.
Okeylah, Isya. Rill nak kena balik office
ni.”
“Thanks
sudi datang walaupun Rill sibuk.”
“Kan
Rill dah cakap yang Rill akan sentiasa ada dengan Isya. Kalau Rill
sibuk sekali pun, Rill akan curi masa untuk jumpa Isya.”
Alisya
mengangguk sambil tersenyum. Ya Allah, dia betul-betul bahagia hidup
dikelilingi oleh orang-orang yang dia sayang.
“Thanks
again.”
“Isya,
tak perlu ucap terima kasih pada Rill sebab apa yang Rill buat ni
hanya benda kecil sahaja.”
“Walaupun
Rill rasa kecil, Isya tetap rasa apa yang Rill buat tu terlalu besar
untuk Isya.”
Lepas
menghantar Hazrill di hadapan lif,
dia dikejutkan lagi dengan kehadiran kawan-kawannya dengan sekotak
kek dan beberapa jenis makanan ringan. Kenapalah mereka tak datang
sekali dengan Hazrill dan berkongsi beli satu kek sahaja. Dia dah
terlebih kenyang dah ni.
“Happy
birthday!!”
“Thanks.”
Nampaknya
dia akan isi perut pekerjanya sepenuh-penuhnya hari ni. Kesian
pekerjanya asyik disumbat dengan kek sahaja perut mereka hari ini.
“So,
ada plan
apa-apa tak untuk birthday
you
ni?”
“Tak
ada plan
apa-apa pun sebab busy
sangat dekat office
ni.”
Niessa,
Azie dan Fieda terus menoleh ke arah meja Alisya yang sudah bertimbun
dengan kerja. Dasyat betul minah ni baru seminggu kerja, kerja dah
berlambak macam tu.
“Baru
nak ajak pergi karoke
tapi you
pula busy.”
“Next
timelah…
sekarang ni memang tak boleh.”
Mereka
bertiga menganggukkan kepala masing-masing. Lepas Alisya dah tak busy
nanti, mereka boleh keluar bersama nanti.
“Jomlah
kita makan kek ni. I
lapar pula tengok makanan ni. Last
I
makan pagi tadi.”
“Banyak
job
ke kali ni?
“Boleh
tahanlah. I
ingat bila kerja ni dah settle,
I
nak pergi bercuti. Nak ikut tak?”
Kawan-kawan
Alisya yang lain memang dah sedia maklum yang Niessa sentiasa busy
dengan show
sana-sini. Kerjayanya sebagai artis tidak membenatkan dia untuk
berehat. Bukan mudah nak jumpa Niessa ni kalau tak dibooked
awal-awal
lagi.
“I
kena tanya hubby.”
“I
okey
sahaja.”
“I
pun sama. You
beritahu bila nak pergi nanti kita confirmkan
tempat semua tu.”
Niessa
menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Kadang-kadang dia terasa
macam nak bersara sahaja daripada menjadi artis tapi tak juga
bersaranya. Mungkin lepas dia kahwin nanti dia akan bersara dan
menjadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Semua
itu kemungkinan sahaja. Dia tak tahu entah bila dia bakal bergelar
isteri orang kerana Azmier masih lagi dengan keputusannya untuk tidak
melepaskan kedua-duanya.
“Girls,
I
ada berita gembira.”
Aliaya,
Niessa dan Fieda terus memandang ke arah Azie yang tersenyum-senyum
memandang mereka. Berita gembira apa yang Azie nak kongsikan dengan
mereka?
“Berita
apa, Azie? I
busy
sangat sampai tak sempat tengok tv.”
“Dah
mula mengarutnya. Bukan berita dekat tv
tulah.”
“Cepatlah
cakap.”
Azie
tersenyum-senyum kambing sambil menunjukkan cincin di jari manisnya.
Alisya dan Fieda saling berbalas pandang dengan Niessa. Dengan
diakah? Kalau dengan dia, kesiannya Niessa.
“Dengan
dia ke?”
Gelengan
Azie membuatkan dahi mereka bertiga berkerut. Kalau bukan dengan
Azmier, dengan siapa pula? Azie, tolonglah jangan buat kerja gila.
“Parent
I
jumpa dia waktu tunaikan haji hari tu. Tak sangka pula semalam dia
hantar rombongan meminang lepas keluarga kami terjumpa semula dengan
dia dua bulan yang lepas. And
guess what?
Hujung tahun ni I
akan bergelar isteri orang…”
“Betul
ke apa yang you
buat ni, Azie?”
Giliran
Azie pula yang mengerutkan dahinya sebaik sahaja mendengar pertanyaan
yang keluar dari mulut Fieda. Dia ni tak happy
ke aku nak kahwin? Patutya dia happy
sebab akhirnya aku bertemu juga jodoh akukan?
“Kenapa
you
cakap macam tu? You
tak happy
ke I
bertunang?”
“Macam
mana dengan Azmier?”
Soalan
Niessa itu membuatkan dahi Azie semakin berkerut. Kenapa pula dengan
Azmier? Apa kaitan Azmier dengan pertunangannya ini? Rasanya hal ini
langsung tak ada kaitan dengan Azmierkan?
“Kenapa
pula dengan dia?”
“Azie,
I
tahu you
cintakan dia! So,
you
jangan buat-buat tak tahu pula. I
yang sepatutnya pergi dari hidup you
dengan Azmier.”
“Niessa,
you
dah salah faham ni. I
buat semua tu bukan sebab tu. I
terima pinangan tu bukan sebab you
atau sesiapa pun, I
terima sebab diri I
sendiri. Sebenarnya hubungan I
dengan Azmier dah lama berakhir.”
Bersambung...
No comments:
Post a Comment