SEPERTI
yang dijanjikan, mereka tiba di butik pengantin tepat jam tiga. Eqal
dan mummynya
sudah sedia menunggu mereka di sana. Kak Sara perasan yang Alisya
selalu termenung ketika berada di butik pengantin. Semua keputusan
dan pemilihan baju dibuat dan dipersetujui antara Mummy
Eqal dan ibu. Sepanjang berada di butik, Eqal sibuk bersoal jawab di
telefon atas urusan kerja sementara orang lain yang sibuk uruskan hal
baju kahwin dan baju tunangnya.
“Aidil,
awak perasan tak tadi?”
“Perasan
apa?”
“Sara
rasa Eqal tu macam betul-betul cintakan Isya.”
“Mengarutlah
sayang ni. Isya anggap Eqal tu macam adik dia sahaja.”
Aidil
terus mencapai buku motivasi kegemarannya tak lama lepas itu. Siapa
pun pilihan Alisya nanti sama ada Hazrill atau Eqal, dia tetap akan
sokong keputusan Alisya itu. Asalkan Alisya bahagia, itu sudah cukup
buat dia.
“Aidil
dengar tak apa yang Sara cakap ni?”
“Sayang,
Aidil dengar apa yang Sara cakap cuma Aidil rasa kita tak boleh masuk
campur urusan Alisya. Aidil ni hanya ipar dia sahaja, mana boleh
masuk campur dalam hidup dia.”
“Aidil
inikan...”
“Daripada
Sara kusut kepala fikirkan pasal adik Sara tu, baik Sara fikir
kandungan Sara. Susu yang Aidil buat tu tak nak minum ke? Karang
sejuk dah tak sedap.”
Akur
dengan kata-kata suaminya, Sara mencapai gelas yang berisi susu di
tepi katil. Bab ni yang dia paling malas. Aidil bukannya tak tahu
yang dia tak suka minum susu. Tapi gemar betul suaminya itu memaksa
dia minum.
“Minum
sikit-sikit. Sara jangan nak mengelat ya?”
“Tak
sukalah minum susu. Aidil ni suka paksa-paksa Sara.”
“Sara
tahukan Aidil pun tak suka paksa Sara buat something
yang Sara tak suka tapi ni semua demi kandungan Sara… anak kita.”
Kak
Sara minum juga walaupun dia terasa nak muntah sebaik sahaja terhidu
bau susu tersebut. Namun demi kebaikan kandungannya, dia tahan sahaja
rasa nak muntah tu dan minum sehingga habis. Kalau dia muntah, Aidil
akan buat semula susu tersebut dan memaksa dia untuk minum lagi.
“Hah,
macam inilah isteri Aidil.”
Kak
Sara hanya tersenyum bangga mendengar kata-kata suaminya. Setakat
susu segelas macam tu dia tak kisahlah nak minum kalau ada suaminya
di sisi.
“Dahlah,
sayang. Dah larut malam ni, esok nak kena bangun awal.”
“Hurm,
Sara tu jangan lambat sangat tidur.”
KETIKA
semua
penghuni yang lain di rumah banglo dua tingkat itu sedang nyenyak
tidur, Alisya masih terkebil-kebil di hadapan televisyen dalam
biliknya. Bilik tidurnya sudah seperti tongkang pecah, penuh dengan
barang-barang hantaran. Baju tunang yang terhampar di atas katil
dipandang sekali lalu sahaja. Langsung tiada timbul niat untuk
membelek baju itu seperti yang pernah dia buat ketika majlis
pertunangannya dengan Aidil dulu.
“Betul
ke apa yang kau buat ni, Alisya?”
Tanpa
disedari, Alisya mengeluh perlahan. Kenapa susah sangat nak buang
cinta Hazrill dari hati aku? Kalau dulu, terlalu mudah untuk dia
buang semua kenangan dia dengan Aidil tapi kenapa tidak sekarang?
Handphone
yang dicampak di atas katil selepas balik dari membeli barangan tadi
dicapai dan dibelek tanpa minat. Entah apa yang dia buat dia sendiri
tak tahu. Dari tadi dia hanya membuka dan menutup phonebooknya
sahaja.
“Isya,
boleh abah masuk?”
“Masuklah,
abah. Pintu tak kunci.”
Ketika
abah melangkah masuk ke dalam bilik anak bongsunya, dia hanya
menggelengkan kepalanya melihat betapa berseleraknya bilik Alisya.
Ini mesti kerja isterinya sebab setahu dia, Alisya akan memastikan
biliknya dalam keadaan teratur dan tersusun setiap masa.
“Kenapa
anak abah ni tak tidur lagi?”
“Tak
mengantuklah, abah. Tadi waktu dekat spa,
Isya dah tidur puas-puas.”
“Cakap
pasal pergi spa,
seronok ke pergi?”
“Seronok?
Isya rasa lebih baik Isya pergi panjat gunung ke apa. Lagi
menyeronokkan… lagipun lepas pergi spa,
badan Isya jadi sakit-sakit. Abah tahukan Isya tak suka kena urut
bagai.”
Abah
tergelak kecil mendengar rungutan anak bongsunya itu. Dia sendiri
pelik dengan isterinya itu, perlu ke nak buat urutan dekat spa
tu? Bertunang sahajakan? Bukannya nikah sampai perlu buat semua tu.
“Nak
buat macam manakan? Kamu sendiri tahu perangai ibu tu macam mana.”
“Jawapannya
layankan sahajalah.”
Makin
kuat abah ketawa sebaik sahaja mendengar jawapan anaknya. Ya,
isterinya memang tidak boleh dibantah kata-katanya. Jika A kata dia…
A lah jawapannya jadi janganlah berani nak tukar jadi B.
“Isya…
satu sahaja nasihat abah untuk kamu. Dah jadi isteri orang nanti Isya
kena dengar cakap suami… kalau nak buat apa-apa pun fikir suami
dulu…”
“Baik,
abah... inshaallah Isya akan ingat kata-kata abah tu.”
Alisya
terus memeluk abah dengan hati yang sebak. Ya Allah, sudah acap kali
aku kecewakan hati abah dan ibu. Tak pernah sekali pun aku
menggembirakan hati mereka. Berdosanya aku pada orang tua aku
sendiri.
“Abah,
Isya nak minta maaf.”
“Minta
maaf? Kenapa?”
“Isya
dah banyak sakitkan hati ibu dengan abah. Selama ni Isya tak
henti-henti menyusahkan ibu dengan abah. Isya ni memang anak tak
gunakan? Isya minta maaf, abah.”
Abah
mengusap kepala anaknya dengan penuh kasih sayang sambil tersenyum.
Sayu hatinya mendengar kata-kata anaknya itu. Dia tak pernah
menganggap anaknya itu satu beban buatnya.
“Sayang…
siapa cakap anak abah ni tak guna? Dengar betul-betul apa yang abah
nak cakap ni. Isya bukan anak yang tak guna. Isya anak abah yang
paling abah banggakan. Anak abah ni anak yang paling boleh diharapkan
dan dibangga-banggakan. Isya ni anak kesayangan abah tahu tak?”
Makin
tersedu Alisya dibuatnya selepas mendengar kata-kata abahnya. Ya
Allah, kalau boleh dia nak duduk dengan abah dan ibu sampai
bila-bila. Tak apalah kalau dia tak kahwin sekali pun…
“Isya
sayang abah sangat-sangat.”
“Abah
pun sayang sangat dekat anak abah ni… abah rasa macam baru semalam
Isya tidur dalam pangkuan abah. Tak sangka pula anak abah ni dah nak
jadi isteri orang tak lama lagi… macam cepat sangat masa
berlalukan?”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil mengeratkan lagi pelukannya. Terasa
macam baru semalam dia habis sekolah... terasa macam nak balik semula
ke zaman dia masih bersekolah lagi.
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment