Tuesday 29 December 2015

Lara Semalam Ep61

Saya Fea, sepupu Hazrill.”
Alisya mengangguk sambil tersenyum walaupun terasa senyuman dia tu plastik. Tak akan dia nak tayang muka masam pada Hazrilll dan sepupunya pulakan?
Alisya. Kami gerak dululah ya. Fea, pleasure to meet you.”
Same here, Alisya. Jumpa lagi ya?”
Alisya hanya menggangguk sambil tersenyum sebelum berlalu dari situ dengan hati yang sebak. Mata, janganlah kau menangis. Aku tak nak dia nampak.
Isya okey? By the way, who’s that?”
Alisya menggelengkan kepalanya perlahan sambil menolak trolley ke arah kaunter. Alisya, kau tak boleh menangis lagi… antara kau dengan dia dah tak ada apa-apa lagi. Tolonglah Alisya, kau kena teruskan hidup kau…
Okey sahaja. Dia bukan siapa-siapa.”
Dahi Eqal terus berkerut sebaik sahaja mendengar kata-kata sepupunya itu. Bukan siapa-siapa? Kalau dia bukan siapa-siapa, kenapa mata Alisya berkaca-kaca sekarang and kenapa tadi sebaik sahaja mereka bertentang mata ada riak kesedihan terpancar di mata masing-masing?
Eqal, awak bayarkan dulu ya? Isya nak pergi ladies sekejap.”
Eqal memandang wajah Alisya lama sebelum dia menganggukkan kepalanya perlahan. Kenapa dengan Isya? Keceriaan dia terus hilang bila jumpa lelaki tadi. Dia kenal ke lelaki tadi tu siapa?
Okey, apa-apa Isya call Eqal.”
Okey, jumpa dekat kereta nanti.”
Alisya terus berlalu sebaik sahaja menyerahkan kunci kereta pada Eqal. Ya Allah, kenapa aku mesti jumpa dia dekat sini? Dia dah ada pengganti aku ke?
Alisya, tak sangka jumpa awak dekat sini lagi.”
Alisya terus menoleh sebaik sahaja mendengar nama dia disebut. Kenapa aku mesti terjumpa sepupu Hazrill lagi dekat sini?
Fea, err... hai.”
Eqal tu boyfriend awak ya? Nampak matang orangnya.”
Alisya menggeleng perlahan. Sudah ramai yang tersalah anggap hubungan dia dengan Eqal. Mereka memanglah rapat dan mesra tapi bukanlah mesra macam pasangan kekasih.
Dia tu sepupu saya sahaja. Nampak sahaja muka dia matang tapi sebenarnya dia tu lima tahun muda daripada saya.”
Ya ke? Mati-mati saya ingat dia tu boyfriend awak. Hazrill pun ingat macam tu.”
Alisya tersenyum sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Memang ramai yang salah sangka tentang hubungan mereka berdua. Tak sangka pula Hazrill akan fikir sebegitu.
Saya balik dululah ya? Saya nak kejar masa ni.”
Jumpa lagi nanti.”
Okey.”
Waktu di parking lot, sekali lagi Alisya terserempak dengan Hazrill yang kebetulan turut parking di sebelah kereta Eqal tu. Alisya hanya menundukkan kepalanya ketika pandangannya dan Hazrill bertaut.
Tak sangka kita jumpa lagi, Alisya.”
Isya, kitakan dah janji nak balik awal. Nanti uncle dengan aunty ingat Eqal culik anak dia orang pula. Aniaya nanti.”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Mujur Eqal ada mengingatkan dia kalau tak pasti dia akan berdiri di situ selama sejam tanpa buat apa-apa.
Hurm, kami balik dulu... Hazrill.”
Kirim salam pada uncle dengan aunty.”
Hazrill hanya memandang kereta yang dinaiki Alisya berlalu pergi. Ya Allah, betapa sakitnya hati aku nak melepaskan Alisya pergi. Mungkin ke itu pengganti aku? Kalau macam tu, Alisya betul-betul dah nekad untuk melupakan dia.
Rill, jom.”
Hurm.”
Rill, itu bukan ke gadis yang berjaya mencuri hati Rill tu? Apa dah jadi ni?”
Hazrill mengeluh perlahan sambil masukkan barangan yang dibeli ke dalam boot kereta. Tak sangka kuat juga ingatan sepupunya ini. Dia pernah tunjuk gambar Alisya sekali sahaja pada sepupunya lima tahun yang lepas.
Rill?”
Entahlah…”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment