Alisya
terus keluar dan berlari ke arah kereta Hazrill. Sesungguhnya dia tak boleh
menahan air matanya mengalir di hadapan Nana. Hazrill yang tengah berbual
dengan Iskandar terus berlari-lari anak mengejar Alisya.
“Isya,
kenapa ni?”
“Saya
tak kuat nak tengok penderitaan Nana, Rill. Saya tak mampu nak tunaikan
permintaan dia.”
“Sabar,
Isya. Saya tahu apa yang Nana minta tu sangat berat buat awak. Iskandar pun
fikirkan begitu.”
Alisya
terus menangis semahunya di bahu Hazrill. Dia betul-betul tak mahu menghampakan
kawan baiknya namun apa yang dia patut buat? Dia bakal bergelar isteri orang
hujung bulan ni. Ya Allah, apa yang patut aku lakukan?
“Saya
tak sanggup nak hampakan kawan baik saya, Hazrill tapi masalahnya saya akan
jadi isteri orang hujung bulan ni. Dia kawan saya, Hazrill. Waktu semua orang
buang saya dulu, dia sahaja yang ada dengan saya setiap masa.”
“Isya,
jangan cakap macam tu. Awak tahukan saya sentiasa ada dengan awak.”
“Terima
kasih, Hazrill. Awak memang kawan saya.”
Alisya
mengesat pipinya yang basah dengan air mata menggunakan tisu. Ya Allah, Kau
panjangkanlah umur sahabatku itu.
MALAM itu Alisya
membacakan surah yassin untuk Nana atas permintaan Nana. Tenggelam timbul suara
Alisya membaca kerana terlalu sebak.
“Isya…
tolong tengokkan anak-anak Nana ya lepas Nana tak ada nanti. Temankan anak-anak
Nana nanti setiap kali birthdaynya…”
“Inshaallah,
Nana. Isya akan cuba.”
Nana
tersenyum sambil menggenggam erat tangan kawan baiknya. Ya Allah, hanya pada
Alisya sahaja yang dia dapat meminta pertolongan untuk menjaga anak-anaknya.
Jika Alisya tiada, tak tahulah apa yang akan terjadi pada anak-anaknya.
“Isya…”
“Ya?”
“Terima
kasih sebab bagi peluang dekat Nana untuk melihat dunia ni sekali lagi dan
terima kasih sebab kenalkan Nana dengan abang.”
Alisya
menganggukkan kepalanya sambil tersenyum meskipun air matanya sudah laju
menitis membasahi pipi. Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan sahabat baikku ini.
“Jangan
menangis, Isya. Simpan tangisan itu untuk sesuatu yang membahagiakan.”
“Nana,
jangan banyak bercakap. Nana kena berehat.”
“Tak
apa, Isya. Lepas ni Nana akan berehat lama.”
Makin
kuat esakan Alisya tatkala mendengar kata-kata Nana itu. Ya Allah, dia tak mahu
kehilangan sahabat baiknya ini.
“Jangan
cakap macam tu, Nana. Hati Isya ni macam terkoyak-koyak bila dengar.”
Nana
hanya tersenyum mendengar kata-kata Alisya. Dia bahagia kenal dan berkawan
dengan Alisya. Walaupun hanya sekejap sahaja, dia tetap rasa bahagia. Alisya
sanggup datang dari jauh semata-mata kerana dia.
“Nana
ada sesuatu untuk Isya. Isya tolong ambilkan kotak dalam laci tu.”
“Kotak?
Sekejap ya Isya ambil.”
Lepas
mengambil kotak yang Nana maksudkan, Alisya terus menghulurkannya pada Nana. Ketika
melihat apa yang berada di dalam kotak tu, Alisya terkedu. Itu bukan ke rantai tangan
yang Iskandar sarungkan ke tangan Nana waktu upacara batalkan air sembahyang
dulu?
“Isya
pakai ya?”
Alisya
menolak tangan Nana yang menghulur kotak itu kepadanya. Itu hadiah dari
Iskandar untuk Nana. Dia tak boleh menerimanya. Rantai tangan itu terlalu
bernilai untuk mereka berdua.
“Tak,
Nana. Itu Nana punya. Is bagi untuk Nana.”
“Pakailah,
Isya. Abang pun tahu Nana nak bagi rantai tangan ni pada Isya dan dia dah
izinkan.”
Laju
Alisya menggeleng. Dia tak mahu mengambil rantai tangan yang sungguh bermakna
buat Iskandar dan Nana. Dia tak ada hak untuk terima rantai tangan tu. Rantai
tangan tu milik Nana dan sepatutnya diserahkan kepada anak mereka bila mereka
dah besar. Nana tak sepatutnya bagi padanya.
“No, Isya tak nak. Rantai tangan tu
sangat bermakna buat Nana dengan Is. Baik Is yang simpan rantai tangan tu.”
“Pakailah,
Isya.”
Alisya
tetap menggelengkan kepalanya. Dia tak mahu pakai rantai tangan tu sebab benda
tu sangat istimewa buat Iskandar dan Nana. Kenapa Nana mesti nak bagi dia? Tak
pernah ke Nana terfikir betapa dia sakit hati bila Nana memaksanya untuk
menerima benda yang terlalu berharga dalam hidup Nana?
“Kenapa
Nana buat Isya macam ni? Nana tahu tak hati Isya terluka setiap kali Nana minta
yang bukan-bukan pada Isya?”
“Maafkan
Nana…”
Makin
laju gelenggan Alisya. Ya Allah, jangan Kau ambil nyawa kawanku ini… masih
banyak lagi perkara yang mereka perlu buat bersama.
“Nana…
Isya masih perlukan Nana… anak-anak Nana semua perlukan Nana. Nana kena sihat
macam dulu lagi.”
“Isya…
maafkan Nana…”
“Janganlah
macam ni, Nana… Isya tak suka…”
Nana
mengesat air mata Alisya perlahan dengan senyuman di bibirnya. Ya Allah, kau
berikanlah ketabahan kepada sahabatku dan keluargaku untuk menerima kenyataan
yang hidup ini sudah tidak lama lagi.
“Isya…
dalam buku ni ada semua maklumat pasal anak-anak Nana. Nana nak Isya simpan ya?
Inshaallah, buku ni akan membantu Isya nanti.”
Alisya
merenung buku yang dihulurkan kepadanya dengan sebak yang semakin menyucuk
sanubarinya. Kenapa Nana buat dia macam ni? Kenapa Nana tak cuba untuk sembuh
semula? Kenapa Nana putus asa macam ni?
“Nana
percayakan Isya… Nana tahu Isya boleh bantu abang uruskan anak-anak kami.”
“Nana,
kita pergi hospital nak? Mungkin doktor boleh rawat penyakit Nana ni?”
“Penyakit
Nana ni dah tak boleh buat apa-apa lagi, Isya…”
Alisya
terus memeluk Nana sambil menangis tersedu-sedan. Ya Allah, aku tak mampu nak
menghadapi kehilangan sahabatku ini. Panjangkanlah umurnya, Ya Allah. Masih
terlalu banyak janjiku dengannya yang masih belum sempat aku tunaikan…
“Kenapa
Nana buat Isya macam ni? Kenapa Nana tak cuba untuk sembuh? Isya perlukan Nana…
anak-anak Nana perlukan Nana. Tolonglah Nana, tolonglah cuba untuk sembuh demi
kami.”
BERSAMBUNG...
No comments:
Post a Comment