KEESOKAN
paginya ketika Hazrill bangun dari tidur, Alisya sudah tiada di
sisinya namun baju sudah tersedia bergantung di pintu almari.
Menggelabah jugalah Hazrill mencari isteri dia. Tatkala dia melihat
isterinya sedang sibuk menyediakan sarapan di dapur barulah dia dapat
menarik nafas lega.
“Sayang…”
Hazrill
terus memeluk pinggang isterinya ketika isterinya sedang sibuk
menggoreng nasi. Dia sangkakan isterinya tinggalkan dia seorang diri
di sini.
“Morning,
bee.
Kenapa tak mandi lagi ni?”
“Bee
ingat sayang dah balik rumah abah.”
“Suami
Isya dekat sini, mestilah Isya ada dekat sini juga. Bee
pergilah mandi. Kejap lagi kita boleh breakfast
sekali.”
Alisya
terus menyiapkan kerjanya yang tertangguh tadi. Kalau kakak iparnya
bangun nanti bolehlah mereka breakfast
terus.
Apa lagi ya yang belum siap?
“Mak
ngah…”
Alisya
menoleh ke arah Mikail yang berada jauh daripadanya sambil tersenyum.
Si kecil itu masih takut-takut dengannya. Mungkin masih lagi tak
biasa dengannya.
“Iya,
sayang?”
“Pak
ngah mana?”
“Pak
ngah tengah mandi. Mika dah lapar ke? Mak ngah baru siap masak ni.”
Melihat
gelengan Mikail terus membuatkan Alisya tersenyum. Dia sedia maklum
yang si kecil itu masih belum boleh menerima kehadirannya di dalam
keluarga ini. Walaupun dah bermacam cara dia lakukan, si kecil itu
tetap menjauhkan dirinya.
“Mika,
mak ngah nak cakap sikit boleh tak?”
“Apa
dia?”
Alisya
masih lagi tersenyum sambil mengusap kepala Mikail dengan penuh kasih
sayang. Sejak pertama kali dia melihat wajah Mikail ini dulu, dia
sudah jatuh sayang. Sebab dia sayangkan Mikail, dia sanggup belikan
haiwan peliharaan yang kini digelar si Comot ketika hari lahir Mikail
beberapa bulan yang lepas meskipun dia takut dengan haiwan itu.
“Mika
tak suka mak ngah ke, sayang? Sedihnya mak ngah kalau macam tu.”
“Mika
bukan tak suka mak ngah tapi sejak pak ngah kahwin dengan mak ngah,
pak ngah langsung dah tak ada masa untuk Mika. Pak ngah dah tak
sayangkan Mika.”
Alisya
tergelak kecil sambil mencubit pipi montel Mikail itu. Tak sangka
pula dia yang si kecil ni cemburu melihat Hazrill rapat dengan dia.
Rapat betul dia dengan Hazrill ya sampai tak nak orang lain
manja-manja dengan pak ngahnya itu.
“Bukan
macam tulah, sayang. Pak ngah tu sayang sangat-sangat pada Mika. Mika
tahu tak semalamkan, mak ngah dengan pak ngah baru balik dari
overseas
tapi disebabkan dia rindukan Mika yang comel ni, dia terus datang
sini. Mak ngah pun sayangkan Mika. Mika jangan risau, lepas ni kalau
pak ngah terlupa luangkan masa dengan Mika, mak ngah janji yang mak
ngah akan bebel banyak-banyak pada pak ngah.”
Mikail
mula tergelak-gelak tak lama lepas itu. Alisya akhirnya mampu menarik
nafas lega bila melihat Mikail sudah mula berkawan dengannya.
“Borak
apa tu? Macam seronok sahaja…”
“Eh,
Kak Zita… tak ada borak apa-apa pun. Kak Zita nak makan ke? Isya
dah siap memasak ni.”
“Isya
ni… kenapa tak rehat sahaja dekat bilik? Penat balik dari overseas
pun tak hilang lagi… dah sibuk memasak dekat dapur ni.”
Alisya
hanya tersengih sahaja mendengar kata-kata kakak iparnya itu. Tak
akanlah dia nak bangun lewat pula dekat rumah kakak iparnya itu? Tak
sedaplah nanti kalau bangun lewat… nanti apa pula kata kakak
iparnya itu.
SUDAH
sejam
Alisya, Hazrill dan Kak Zita berada di dalam rumah teres dua tingkat
di lereng bukit. Entah rumah siapa yang mereka pergi ni, Alisya
sendiri tak tahu… Hazrill pula awal-awal lagi menghilang ke tingkat
atas rasanya dengan kakak iparnya.
“Rumah
siapa agaknya ni ya? Cantik…”
Siapa
agaknya interior
designer
dia ya? Berkenan betul dengan hasil kerjanya. Dari gaya hasil
kerjanya, orangnya sangat teliti. Kalau beli rumah nanti bolehlah
minta tolong hiaskan rumah dia dengan Hazrill nanti.
“Sayang…
tengok apa tu sampai khusyuk sangat?”
“Bee…
terkejut Isya. Bee
pergi mana tadi? Ingatkan dah tinggalkan Isya dekat sini…”
“Bee
ada sahaja dekat atas… bincang sesuatu dengan Kak Zita. Kalau tak
ada aral melintang, mungkin hujung minggu ni dah boleh pindah masuk.”
Pindah
masuk? Siapa yang nak pindah masuk? Ini salah satu rumah client
Hazrill ke? Beruntungnya client
suaminya itu dapat duduk di dalam rumah cantik macam ni.
“Apa
pendapat sayang tentang rumah ni?”
“Rumah
ni? Isya berkenan betul dengan hasil kerja ID
dia. Siapa ID
tu, bee?
Teliti betul ya hasil kerjanya?”
“ID?
Sayang ni sengaja nak puji bee
ke?”
“Puji?
Bee
ke yang hias rumah ni?”
Bila
melihat anggukan Hazrill, mulut Alisya terus terlopong. Dia jadi kelu
untuk berkata-kata. Dia ingatkan ID
mana entah yang hias rumah ni… tak sangka pula dia, suami dia
sendiri.
“Isya rasa ada
apa-apa yang perlu ditukar tak?”
Alisya
menggelengkan kepalanya laju. Semuanya dah cukup perfect
dan tak ada apa-apa yang perlu ditukar ganti. Baginya rumah itu sudah
lengkap serba serbi, tiada cacat cela langsung.
“Kalau
macam tu, hujung minggu ni bolehlah kita pindah masuk.”
“Pindah
masuk?”
“Ya,
pindah masuk… inilah rumah kita, sayang. Suka tak?”
Kata-kata
Hazrill membuatkan mulut Alisya semakin melopong. Ya Allah, hari apa
ke ni? Kenapa terlalu banyak kejutan yang dia terima hari ni? Adakah
hari ni hari prank sedunia? Hari ni bukan April
foolkan?
“Rumah
kita?”
HAZRILL
yang
sedang sibuk membuat kerja di pejabat tersenyum lebar ketika menerima
pesanan ringkas dari isterinya. Pagi tadi kata ada meeting
waktu sekarang ni tapi masih lagi sempat mencuri masa untuk
mengacaunya? Macam-macamlah isterinya ini.
“Amboi,
pengantin baru ni… masih lagi dalam mood
honeymoon
rupanya? Hurm, siapa suruh cuti sekejap sahaja? Kalau tak dapatlah
peluk isteri lama-lama.”
Hazrill
mengangkat wajahnya untuk melihat insan di hadapannya. Adiff rupanya
yang datang mengganggu… apa agaknya yang dia nak ya? Nak mengusik
aku lagi ke apa ni?
“Kau
inikan, Adiff… dari hari aku masuk kerja sampai ke hari ni, kau
masih tak berhenti mengusik akukan?”
Adiff
hanya tertawa kecil sebelum menarik kerusi di hadapan Hazrill. Dia
sebenarnya geram dengan kawan dia itu. Tak habis-habis bersms
dengan isteri tercinta. Tahulah baru kahwin tapi tak akanlah nak sms
sentiasa. Tak akan tak boleh berpisah sekejap and tak sms
sekejap.
“Bila
kau nak kenalkan aku dengan orang rumah kau? Teringin juga aku nak
jumpa orang yang buat kau gila bayang and
tak boleh berpisah sekejap?”
Hazrill
tersenyum sambil merenung skrin handphonenya.
Jujur dia cakap, dia terlalu rindukan isterinya walaupun baru sekejap
sahaja mereka berpisah.
“Hari
aku kahwin dulu siapa suruh kau pergi Taiwan? Kalau tak, kau dah
boleh tengok bidadari hidup aku dah…”
“Aku
hempuk juga kau ni. Kau yang dulu gatal-gatal fixkan
tarikh tu untuk jumpa client
dekat Taiwan tu.”
Hazrill
menggaru dahinya perlahan. Terlupa pula sepatutnya dia yang pergi ke
Taiwan itu dan Adiff yang terpaksa menggantikan dia ke sana kerana
hari tersebut merupakan hari kahwinnya.
“Sorry,
aku terlupa pula pasal tu… hurm, apa kata kau datang hujung minggu
ni? Aku ada buat makan-makan dekat rumah baru aku…”
“Hujung
minggu ni? Hurm, inshaallah aku datang. Nanti apa-apa aku confirmkan
balik dengan kau. Weh, Hazrill… kau tunggu apa lagi tu? Kitakan nak
kena jumpa client
kejap pukul sepuluh ni? Sekarang ni dah pukul sembilan setengah dah
ni… nak gerak pukul berapa pula nanti?”
Hazrill
terus memandang ke arah jam di pergelangan tangannya. Dah pukul
sembilan lebih… cepatnya masa berlalu. Nanti nak ajak Alisya lunch
sekalilah hari ni. Hurm, Alisya… rindunya.
“Lah,
dah pukul sembilan setengah rupanya. Aku ingat baru pukul lapan
lebih.”
Hazrill
terus mengemas mejanya dan mengambil beberapa barang yang diperlukan
untuk dibawa bersama. Adiff yang sejak dari tadi memerhatikan Hazrill
hanya menggelengkan kepalanya melihat rakan sekerjanya itu. Mabuk
cinta punya pasallah ni. Susah betul bila bekerja dengan orang yang
tengah mabuk cinta ni.
“Mengarut
sangatlah kau ni. Itulah kau ni, sibuk sangat bercinta dengan orang
rumah kau sampai masa berjalan pun kau dah tak sedar. Orang lain pun
ada isteri tapi tak macam kau ni. Dah teruk sangat aku tengok kau
ni.”
Hazrill
hanya tersenyum walaupun kena sound
dengan kawan sekerjanya itu. Katakanlah apa sahaja, dia tak peduli
kerana dia terlalu bahagia sekarang ni. Mungkin kalau lelaki itu tahu
apa yang terpaksa ditempuhi oleh mereka, pasti lelaki itu tidak akan
berkata sebegitu.
“Aku
dengar salah seorang dari kita akan dipilih untuk pergi ke Sabah
sebulan tau.”
Terus
berubah wajah Hazrill tatkala mendengar kata-kata Adiff itu. Sabah?
Kenapa salah seorang dari mereka berdua kena pergi ke Sabah? Ada apa
dekat Sabah tu?
“Sebulan?
Untuk apa?”
“Untuk
pantau projek dekat sana sampai siaplah. Kan projek dekat sana ada
problem
and
Hanafi yang uruskan projek tu dah berhenti.”
Sebulan?
Macam mana kalau dia yang kena pergi ke Sabah? Tak akan dia nak
tinggalkan Alisya seorang diri di sini? Tak sanggup dia nak
menanggung rindu nanti.
“Aku
tak kisah kalau aku yang terpilih untuk pergi ke sana. Aku risau kau
yang kena pergi Sabah nanti.”
Hazrill
terdiam buat seketika sebelum melangkah ke arah lif.
Tak sanggup dia nak berpisah dengan Alisya nanti. Mahu dia ada selera
langsung nak makan atau minum. Baru sahaja dengar khabar angin, terus
hilang selera dia nak makan dengan Alisya lunch
nanti.
“Aku
baru sahaja cakap, muka dia dah macam orang mati bini. Belum tentu
lagi kau yang kena pergi ke sana.”
Adiff
menggelengkan kepalanya perlahan sambil membontoti langkah Hazrill.
Baru sahaja khabar angin, dah macam orang tak betul dah Hazrill ni.
ALISYA
yang
baru sahaja pulang dari membeli barang dapur di Giant
terasa pelik bila suaminya masih lagi tidak pulang ke rumah. Tadi
sewaktu dia menghubungi suaminya ketika berada di Giant,
katanya sudah di dalam perjalanan balik tapi tak akan tak sampai
lagi?
“Ke
mana pula suami aku ni pergi?”
Alisya
terus menyusun barangan yang dibelinya tadi ke dalam cabinet
dan peti ais. Sesekali matanya tertumpu ke arah jam dinding. Dah
dekat pukul sembilan malam, tak akanlah ada kerja yang nak kena buat
lagi?
“Mungkin
dia ada kerja lagi kot, tu yang dia balik lambat. Think
positive,
Alisya. Kau kena percayakan suami kau.”
Handphonenya
di dalam beg tangan segera dikeluarkan dan nombor Kak Sara didail.
Sejak dia berkahwin dengan Hazrill, dia sudah jarang menghubungi
kakaknya itu. Apa khabar wanita itu agaknya? Rindu pula pada si kecil
itu.
“Hello,
assalamualaikum….”
Sekali
lagi Alisya memandang ke arah jam dinding. Ke mana suami aku pergi
ni? Tak akanlah lewat sangat dia balik? Banyak sangat ke kerja di
pejabat itu? Kalau banyak sangat kerja, kenapa langsung tak call
aku? Sekurang-kurangnya maklumkanlah pada aku.
“Wa’alaikumussalam.
Hah, budak bertuah. Dah kahwin ni punyalah susah nak call
akakkan? Apa cerita adik akak satu-satunya ini? Sihat ke? Dah
pregnant
ke?”
“Amboi,
kak… baru sahaja Isya call
akak dah serang dengan soalan maut ya? Isya okey sahaja and masih tak
ada good
news
lagi. Isya sengaja call
akak malam ni sebab rindu sangat-sangat dengan akak and baby.”
“Akak
sihat sahaja, baby
pun sama. Bila nak datang sini? Akak pun rindu sangat-sangat dengan
kamu ni.”
Alisya
menoleh ke arah pintu hadapan bila terdengar pintu grill
dibuka. Dah balik dah suaminya? Ke manalah agaknya suaminya itu
pergi?
“Inshaallah
esok petang Isya singgah sana jenguk semua. Ibu dengan abah sihat?
Isya nak call
dia orang tapi takut ibu dengan abah dah tidur.”
Hazrill
yang baru sahaja membuka stokingnya memandang ke arah isterinya yang
sedang berbual di telefon sambil menyusun barangan ke dalam cabinet
dapur, Mungkin isterinya baru sahaja pulang ke rumah kerana isterinya
masih bertudung dan berpakaian kerja.
“Baby
apa cerita? Hantarlah gambar baru pada Isya. Rindu sangat-sangat
dekat dia ni. Mesti makin montelkan?”
“Macam
biasalah dia tu… kuat menyusu, mana tak debab?”
“Isyh,
tak sabarnya nak jumpa dia. Kak Sara, boleh tak Kak Sara buatkan Isya
cake
yang Kak Sara selalu buat dulu tu? Terliur pula Isya bila teringat.”
“Hah,
yalah. Esok pagi akak buatkan. Jangan tak jadi datang pula ya?
Okeylah, Isya… si Mira ni menangis nak susu ni. Jumpa esok ya?
Assalamualaikum.”
Alisya
hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Belum sempat dia
menjawab salam, kakaknya itu sudah menamatkan panggilan. Macam dia
pula yang call.
“Bee
nak air ke?”
“Hurm,
boleh juga.”
Alisya
terus meletakkan handphonenya
di atas meja sebelum mengambilkan segelas air orange
juice
untuk suaminya. Walaupun hati dia meronta-ronta untuk mengetahui
kenapa suaminya pulang lambat ke rumah, dia cuba menyabarkan hatinya
agar tidak bertanya tentang hal itu.
“Hujung
minggu ni kawan bee
datang ke sini tau.”
“Kawan
bee?
Isya kenal ke?”
“Tak.
Dulu waktu kita kahwin dia tak datang sebab ada dekat Taiwan. Hujung
minggu ni bee
ajak dia datang rumah kita. Tak menyusahkan sayangkan?”
Alisya
hanya menggelengkan kepalanya sambil menyambung tugasnya mengemas
dapur selepas menghulurkan segelas air pada suaminya. Sudah seminggu
mereka pindah masuk ke dalam rumah Hazrill ini tapi mereka masih
belum siap memunggah barang.
“Esok
petang Isya nak balik rumah ibu sekejap ya? Dah lama sangat Isya tak
jenguk mereka. Boleh tak, bee?”
“Esok
petang? Sorry,
bee
tak boleh temankan sayang balik sanalah. Isya balik sendiri boleh
tak?”
Berubah
terus wajah Alisya mendengar penolakan suaminya itu. Apa yang
membuatkan suaminya tidak boleh meluangkan sedikit sahaja masa untuk
menemaninya? Sibuk sangat ke suaminya itu?
“Boleh
sahaja tapi kenapa bee
tak pergi sekali?”
“Bee
ada banyak kerja.”
Alisya
hanya mampu memandang suaminya yang sudah memanjat tangga ke tingkat
atas. Kerja apa yang penting sangat sampai tak boleh teman dia balik
ke rumah orang tuanya untuk menjenguk mereka sekejap?
“Sabar,
Alisya… sabar… mungkin dia betul-betul sibuk.”
Siap
berkemas, Alisya memanjat tangga ke tingkat atas. Badannya sudah
melekit dan dia sungguh tak selesa bila dalam keadaan sebegitu.
Ketika dia menolak pintu bilik tidur mereka, Hazrill sudah lena tidur
di atas katil.
Penat
sangat ke suaminya sampai terus tidur dan langsung tak menunggunya?
Dia mula terasa bila suaminya berkelakuan sebegitu. Sudahlah pulang
lewat ke rumah hari ini dan tak boleh menemaninya esok petang.
Sekarang pula dia tidur tanpa menunggunya?
Alisya
terus mencapai towel
dan melangkah masuk ke dalam bilik mandi dan dia menangis semahunya
di bawah pancutan air. Kenapa suaminya hari ini? Kenapa suaminya
berubah?
“Aku
ada buat salah ke?”
HAZRILL
yang
sedang sibuk berbual dengan Adiff sesekali melirikkan matanya ke arah
isterinya yang sedang seronok berbual dengan bestienya.
Terasa macam nak join
sekali sahaja tapi apa yang nak disembangkan nanti? Mati kutu dia
kalau duduk dalam kumpulan itu sekali… yang dibualkan mereka
tentang beg tangan baru, jobs
baru, shopping
dekat mana dan lain-lain lagi.
“Patutlah
kau hilang akal bila pergi office…”
“Maksud
kau?”
“Yalah,
siapa tak jadi gila kalau terpaksa berpisah dengan isteri macam
isteri kau. Aku doakan kau dengan dia bahagia sampai ke anak cucu…
bila nak bagi aku anak sedara ni?”
Hazrill
menumbuk bahu Adiff perlahan. Lelaki ni tak habis-habis mengusiknya…
dia baru sahaja kahwin dah tanya pasal anak sedara.
“Nak
malu-malu kucing pula dengan aku… eh, bila nak kenalkan aku dengan
isteri kau ni? Manalah tahu ada kawan-kawan dia tersangkut dengan
aku?”
“Banyaklah
kau… semua tu dah berpunya. Tudung pink
tu dah nak kahwin hujung bulan ni… yang pakai baju biru tu dah
selamat jadi isteri orang dah pun. Lagi seorang tu…”
“Eh,
tu bukan model
tu ke?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Niessa. Hurm, tak
sangka budak nerd
waktu dekat kampus dulu akan jadi supermodel
seperti sekarang. Kalau dulu, bila Niessa cakap nak jadi model…
seorang pun tak percaya cakap dia. Sekarang ni bila dia dah jadi
model,
seorang pun tak percaya Niessa merupakan budak nerd
dulu.
“Jomlah
aku kenalkan kau dekat dia orang…”
Alisya
yang sedang seronok berbual dengan bestienya menoleh bila bahunya
disentuh. Senyuman terus terlakar di bibirnya sebaik sahaja melihat
wajah suaminya. Bukan ke suaminya itu tengah berbual dengan
officemate
dia tadi?
“Sayang,
ni bee
nak
kenalkan kawan bee
dekat office.
Diff, nilah wife
aku…”
“Hai…
saya Adiff. Sorrylah
hari tu tak datang waktu wedding.”
“Hai,
saya Alisya… it’s
okay.
Bee
tak
ajak kawan bee
makan ke?”
“Saya
baru selesai makan tadi… by
the way, congrats ya?”
Niessa
yang sejak dari tadi memandang officemate
Adiff itu terus menundukkan kepalanya bila Alisya mencuit
pinggangnya. Entah kenapa dia rasa tertarik dengan kawan Hazrill tu.
Perasaan tu tak pernah ada waktu dia dengan Azmier dulu.
“Terima
kasih ya, Adiff… kenalkan, ni kawan-kawan saya dengan Rill waktu
dekat kampus dulu.”
Adiff
memandang wajah Niessa dan Hazrill silih berganti. Mereka satu
kampus? Kenapa Hazrill langsung tak beritahu aku apa-apa pasal dia?
Dia bukannya tak tahu yang aku minat gila dekat Niessa ni.
“Satu
kampus?”
“Ha’ah,
kami semua satu kampus. Saya kenal Hazrill ni dekat kampuslah…
macam mana saya kenal mereka semua ni, macam tu jugalah saya kenal
suami saya ni.”
Adiff
menganggukkan kepalanya perlahan. Hazrill tak pernah cerita pun pasal
ni… pandai betul Hazrill simpan rahsia ya?
“Hah,
alang-alang kita semua dah berkumpul dekat sini… Fieda nak jemput
kau orang semua datang reunion
kelas kita.”
“Reunion?”
Fida
menganggukkan kepalanya sambil menghulurkan kad undangan.
Berbulan-bulan dia rancang reunion
ini… harap-harap menjadilah. Dia dah rindu betul dekat kawan
sekelas dia.
“Jangan
tak datang pula ya? Aku jemput face
to face ni.”
“Kalau
aku free,
aku confirm
datang.”
“La,
datanglah Niessa. Hari tu pun kau tak ada… Isya dengan Hazrill pun
tak ada… kalau kau orang tak datang, aku mogok tak nak bercakap
dengan kau orang setahun.”
Niessa
dengan Alisya saling berbalas pandang. Ni yang susah bila mak cik
seorang ni dah start
mengugut. Bukannya mereka tak nak pergi, masalahnya mereka ada urusan
ketika itu.
“Seminggu
sahaja, Fieda? Akan difikirkan…”
“Niessa!”
“Ya…
aku datang. Kalau ada job
time
tu, aku akan tolak demi kau. Isya, Rill… better
kau orang pun datang. Nanti bising pula bakal mak buyung ni.”
Hazrill
terus memandang ke arah Fieda. Bakal mak buyung? Kenapa Niessa
panggil Fieda sebegitu? Fieda pregnant
ke?
“Bakal
mak buyung?”
“Bee,
kawan baik kita ni dah pregnant
dua bulan dah.”
“Oh,
really? Congrats,
Fieda… nampaknya yang, kita kena berusaha lebih sikit ni nak kejar
Fieda.”
Alisya
terus memukul bahu Hazrill perlahan. Tak malu betul cakap pasal hal
tu dekat sini. Tak tahu ke dia dah naik segan dengan mereka yang
mendengar.
“Auch,
sakitlah yang.”
“Siapa
suruh mulut tak ada insuran, Rill. Kan dah kena penangan isteri
tercinta.”
“Malaslah
nak layan kau orang semua. Aku nak ke sana sekejap.”
Alisya
terus bangun dari duduknya dan berjalan menuju ke bawah khemah untuk
bermain dengan si tembam Kak Sara itu dengan muka yang sudah merah
padam. Suami dia ni memanglah. Buat malu dia sahajalah.
“Kak
Sara, apa pasal tak duduk dekat dalam? Kesian baby
kepanasan.”
“Akak
tunggu Aidil makan dulu baru nak masuk ke dalam. Alang-alang Isya ada
dekat sini, dukung sekejap si montel ni. Akak nak minum sekejap.”
“Biar
Isya ambilkan air sekejap. Bambam, tunggu aunty
okay?”
ALISYA
tersenyum
sambil memandang ke arah Niessa dan Adiff yang sedang berbual di
bawah khemah itu. Mungkinkah officemate
suaminya bakal menjadi pengganti Azmier di dalam hidup Niessa? Sejak
Niessa memutuskan pertunangannya dengan Azmier, dia langsung tak
pernah nak mendekati golongan itu.
“Sayang
tengok apa?”
“Niessa…
Isya rasakan, Niessa tu ada hati dengan kawan bee
tulah. Tengoklah cara dia berbual berdua. Nampak sepadankan?”
“Ha’ah,
sayang nak tahu tak yang Adiff tu minat betul dekat Niessa tu…”
“Hah?
Betul ke?”
Hazrill
menganggukkan kepalanya sambil memandang ke arah Niessa dan Adiff.
Amboi, Adiff… baru first
time
jumpa dah mesra bukan main ya? Orang boleh salah faham tentang
hubungan mereka berdua tu. Tapi bagus juga kalau Adiff dengan Niessa
on…
lagipun Niessa sekarang ni tengah singlekan?
Tak ada sesiapa pun nak marah kalau Adiff nak masuk line.
“Adiff
selalu cakap dengan bee
yang kalau boleh dia nak cari isteri ala-ala macam Niessa tu…”
“Siapa
tahu mereka berdua ada jodoh? Kita doakanlah yang terbaik untuk
mereka.”
“Hurm,
betul juga cakap sayang tu.”
Niessa
dengan Adiff yang langsung tak sedar mereka diperhatikan dari jauh
terus berbual berdua. Mungkin sebab Niessa rasa selesa bila berbual
dengan Adiff, sebab tu mereka berdua boleh berbual dengan mesra tu.
“Alisya…
I
balik ya kejap lagi? Fahmi baru call,
dia nak ajak I
pergi cari barang kahwin.”
“Ala,
cepatnya… Fahmi datang jemput you
ke apa ni?”
“Ha’ah…
kejap lagi dia sampai…”
“Ajak
dia makan dulu… dah alang-alang datang sini, makan dulu.”
Azie
terus menghantar pesanan ringkas pada tunangnya meminta pendapat
tunangnya itu. Tak sampai hati pula dia nak menolak ajakan Alisya
itu. Minta-mintalah tunang dia naklah makan sekejap.
“Dia
datang dengan adik dia, Isya… tak apa ke?”
“Tak
apalah… lagi ramai lagi bagus. Bolehlah I
tengok tunang you
macam mana orangnya ya?”
“Fahmi
tu biasa-biasa sahaja, Isya… dia bukannya somebody.”
Alisya
menepuk peha Azie perlahan. Sejak bila mereka memandang harta,
pangkat atau darjat seseorang ni? Siapa pun pilihan Azie atau pun
Niessa, Alisya sokong seratus peratus asalkan dia boleh jaga mereka.
Tak kisahlah dia tu somebody
or
nobody
ke… asalkan mereka happy,
dia pun happy.
“Sejak
bila harta, pangkat dan darjat jadi ukuran ni?”
Azie
tersengih-sengih malu bila ditegur oleh Alisya. Entah kenapa, dia
terasa macam pilihannya itu bukanlah someone
yang layak digandingkan dengan suami Fieda or
Alisya. Dia takut sangat yang mereka akan memandang rendah padanya
atau pun pada Fahmi nanti.
“Azie,
I
tak kisahlah siapa pun pilihan you
or Niessa…
I
akan sokong pilihan kau orang if
orang tu boleh jaga dan membahagiakan kau orang sebaik yang mungkin.”
makin best...
ReplyDeleteterima ksih :)
Deletemakin best...
ReplyDelete