Thursday 15 October 2015

LARA SEMALAM 53

Hazrill terus memandang wajah Aidil tidak percaya. Betul ke apa yang dia dengar tadi? Atau dia hanya salah dengar sahaja? Maknanya… Alisya dah lama sukakan dia? Ya Allah, kenapalah baru sekarang dia tahu semua benda ni?
“Apa maksud kau?”
“Ya, dia memang cintakan kau dari dulu sampai sekarang! Kaulah lelaki pertama yang menghuni hati dia! Macam-macam yang aku kena buat untuk buat dia jatuh cinta pada aku tapi kau tetap yang pertama dalam hati dia! Apa yang aku buat untuk dia semuanya tak berguna sebab hanya kaulah segalanya buat dia! Kau tahu betapa hancurnya hati aku bila setiap kali aku ajak dia keluar, hanya nama kau yang dia sebut! Hanya Hazrill, Hazrill, Hazrill dan Hazrill! Lepas aku fitnah kau dulu barulah dia nampak aku.”
Hazrill terus menerus bertindak mendiamkan dirinya. Ya Allah, kalau dari mula aku tahu mengenai hal ini pasti aku tak akan bawa diri ke oversea dan aku tak akan bertemu Maisara dan tak akan terlanjur dengan Maisara.
“Kenapa kau hancurkan hati dia, Hazrill?”
Hazrill tetap mendiamkan dirinya tanpa mahu membela dirinya di hadapan Aidil meskipun pelbagai tuduhan dilemparkan kepadanya. Biarlah lelaki itu nak cakap apa pun… dia tak kisah kalau lelaki itu nak memaki hamunnya kerana dia layak menerimanya.
“Aku betul-betul kecewa dengan kau… kau dah janji nak jaga Alisya.”
“Maafkan aku, Aidil. Aku bukan orang yang layak untuk mendampingi Isya.”
“Kenapa kau cakap macam tu?”
Hazrill menggelengkan kepalanya perlahan sebelum berlalu meninggalkan kawasan pantai itu dengan pipi yang mula dibasahi dengan air mata. Ya Allah, tabahkanlah hatiku untuk melupakannya.

BAB TIGA BELAS
KEESOKAN harinya, Alisya terus bangun meninggalkan cafe beberapa minit kemudian sebaik sahaja dia terpandang wajah Hazrill dan keluarga barunya sedang melangkah masuk ke dalam café.. Sebelum dia tinggalkan pulau ni, dia nak habiskan masa berseorangan di tepi pantai.
            Hari ini dia akan kembali semula ke KL. Harapannya agar dia dapat melupakan Hazrill sebaik sahaja dia meninggalkan pulau ini. Biarlah semua memorinya bersama lelaki itu terkubur di pulau ini.
‘Hazrill, biarlah semua cinta kita terkubur dekat sini. Saya bukan perampas atau perosak keluarga orang meskipun orang lain yang merampas dan merosakkan kebahagiaan saya. Saya doakan awak bahagia di samping keluarga awak. ’
Ketika Alisya memadam semua gambar-gambarnya dengan Hazrill di facebook, dia terasa seakan mahu menangis ketika mendengar sekumpulan budak-budak muda yang duduk tidak jauh daripada dia mendendangkan lagu kegemaran dia dan Hazrill, love sick.
Setitis demi setitis air matanya mula membasahi pipi. Ya Allah, kenapa payah sangat untuk aku buang dia daripada hati dan ingatan aku? Kenapa dulu dengan mudahnya aku melupakan cinta aku pada Aidil tapi tidak kini?
‘Mungkin sudah terlalu lama Hazrill berada dalam hati aku. ’
“Alisya...”
Cepat-cepat Alisya mengelap pipinya yang basah dengan air mata tu dengan hujung selendang yang dia pakai. Moga-moga Aidil tak nampak dia menangis tadi. Kalau boleh dia tak mahulah mereka risaukan pasal dia lagi.
“Aidil? You buat apa dekat sini? Kak Sara mana?”
Aidil terus melabuhkan punggungnya tidak jauh dari tempat Alisya duduk. Lama betul tak duduk macam ni dengan adik iparnya itu. Sebenarnya dia dah lama tahu Alisya menangis tapi dia berpura-pura tidak tahu.
“Sara tengah beli air dekat situ. Dia suruh I datang sini dulu.”
“Oh...”
Alisya terus menguis pasir di kakinya menggunakan hujung kasut. Hazrill dah buat keputusan untuk memulakan hidup baru dengan keluarganya tanpa aku. Aku pula macam mana? Patut ke aku mengharapkan dia lagi?
You okey?”
Alisya memandang wajah Aidil sedikit hairan dengan pertanyaan itu. Kenapa tiba-tiba sahaja lelaki itu bertanyakan soalan itu? Teruk sangat ke keadaan dia sekarang ni?
 “I okey sahaja. Kenapa you tanya?”
Aidil hanya mengangkat bahu tanda dia pun tak tahu kenapa dia tanya soalan begitu pada Alisya. Mungkin dah terbiasa kot? Yalah, sejak kebelakangan ni dia dengan wife dia selalu ajukan soalan tu berulang kali pada Alisya.
“Dah terbiasa tanya you macam tu.”
I redha dengan apa yang jadi antara I dengan Hazrill. Kami memang tak ada jodoh. Kalaulah I tahu macam ini jadinya, lebih baik I terus hilang ingatan.”
Berubah terus wajah Aidil mendengar kata-kata Alisya itu. Ya Allah, kenapa Alisya bercakap macam orang yang tak beriman? Ke mana hilangnya Alisya yang dia kenali dulu yang sentiasa matang bila berkata-kata?
“Isya, tak baik you cakap macam ni. You tahu kenapa dia nak kahwin dengan Maisara?”
Alisya menggelengkan kepalanya sambil memandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Untuk apa dia mengambil tahu sebab apa Hazrill nak kahwin dengan Maisara? Lepas ni biarlah lelaki itu nak buat apa… dia dah tak nak ambil tahu.
“Buat apa I nak ambil tahu jika buat tambah sakit hati I? Cukuplah I kecewa menerima berita tentang keluarga dia. I dah tak sanggup nak dengar apa-apa pasal dia lagi.”
Aidil mengangguk faham sebelum dia membuang pandang ke arah laut yang terbentang luas di hadapannya. Sesungguhnya dia tak pernah menghabiskan masa di tepi pantai di pulau seperti ini kerana minatnya tidak cenderung ke arah ini.
I tak pernah habiskan masa macam ni dekat tepi pantai… tak sangka tenang juga ya rupanya kalau berada di sini.”
“Bukan minat youkan? My sis pun tak minat lautkan.”
Aidil mengangguk laju. Dia dan isterinya berkongsi minat yang sama dan tak menggemari benda yang sama. Mungkin itu yang membuatkan mereka serasi agaknya.

BERSAMBUNG... 

No comments:

Post a Comment