Friday 27 May 2016

Lara Semalam Ep85

SETELAH hampir lima bulan bergelar isteri, Alisya akhirnya disahkan mengandung. Siapa sangka dia demam selama seminggu ini kerana dia mengandung? Tak sabar nak beritahu berita gembira ni pada Hazrill. Agaknya macam mana ya reaksi suaminya itu nanti?
So, macam mana Isya?”
Alisya tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Ya Allah, dia tak sangka yang dia akan diberi peluang untuk menjadi seorang ibu. Perutnya yang masih kempis itu diusap perlahan. Mampu ke dia menjadi seorang ibu yang baik untuk anaknya yang bakal lahir ini nanti?
Congrats, dik… kalau ibu tahu mesti ibu suka ni.”
Kak Sara terus menghubungi ibu untuk memaklumkan berita gembira ni. Bertambah lagilah cucu ibu lepas ni. Tak sabar nak tunggu Alisya bersalin, mesti anak dia comel macam muka Alisya. Kalau ikut muka Hazrill pun not bad juga.
Hello, assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam, kenapa Sara call ibu time macam ni? Kamu tak kerja ke?”
Kak Sara terlompat-lompat tak sabar nak beritahu berita gembira itu. Agaknya macam mana reaksi ibu ya? Terujanya!!!
“Kerja tapi keluar teman Isya sekejap… ibu, Isya ada berita gembira untuk kita semua…”
Alisya hanya memandang kakaknya yang sedang teruja itu sambil menggelengkan kepalanya perlahan. Aku yang baru first time mengandung, dia yang terlebih teruja? Kak Sara ni sama sahaja dengan Hazrill… over.
“Isya pregnant, ibu…”
“Hah? Betul ke? Alhamdulillah, Isya macam mana?”
“Ibu nak cakap dengan Isya ke? Kejap ya.”
Kak Sara terus menghulurkan handphonenya pada Alisya yang sedang membelek ubat yang diambil di farmasi tadi. Bila pula dia pergi farmasi ya? Kenapa aku langsung tak perasan? Teruja sangat bercakap dengan ibulah ni.
“Ibu nak cakap.”
“Assalamualaikum, ibu.”
“Wa’alaikumussalam. Isya, tahniahlah ya… dah berapa bulan? Kamu sihat tak? Doktor cakap apa tadi? Hazrill dah tahu dah? Lelaki ke perempuan, Isya?”
Alisya tergelak bila mendengar soalan demi persoalan yang keluar dari mulut ibu itu. Ya Allah, ibu… teruja betul ya? Belum apa-apa dah tanya pasal jantina.
“Ibu, baru dua bulanlah… belum tahu lagi lelaki ke perempuan.”
“Apa-apa pun tahniah sekali lagi… kalau Isya nak makan apa-apa, beritahu ibu terus. Nanti ibu boleh masakkan and terus bagi dekat Isya.”
“Terima kasih, ibu. Tak payah risaukan Isyalah, ibu … menantu ibukan ada…”
Ibu tergelak mendengar kata-kata Alisya itu. Terlupa pula dia pada menantunya itu. Alhamdulillahlah, dua-dua menantu dia tu boleh diharap orangnya. Tak perlulah dia risau kalau menantu dia ada.
“Ha’ahlah, terlupa pula ibu. Abah dah tahu ke ni?”
“Belum… tapi abah tahu Isya dengan Kak Sara pergi klinik ni.”
“Okaylah, nanti ibu beritahu abah… Isya jangan buat kerja berat-berat ya? Kalau tak larat, jangan dipaksa. Tak nak stress okay? Kalau nak apa-apa, Isya boleh call ibu kalau Hazrill busy. Oh ya, tolong pesan dekat kakak kamu tu… jangan nak lasak sangat. Mentang-mentanglah dah habis pantang, jangan ingat yang dekat dalam tu dah elok.”
Alisya tergelak sambil memandang ke arah Kak Sara yang sedang mengunyah chocolate Cadbury. ibu ni macam tahu-tahu sahajakan anak dia buat apa?
“Inshaallah, ibu. Okaylah, ibu. Isya nak drive ni. Kalau ada apa-apa, Isya beritahu ibu. Assalamualaikum.”
“Yalah… waalaikumussalam.”


ALISYA tiba di office Hazrill tepat jam lima. Dia sengaja datang ke situ untuk memberi kejutan pada sang suami. Agaknya suami dia tu ada dekat office tak? Kalau boleh dia tak naklah call suami dia. Nanti hancur pula rancangannya.
Hadiah di tangan dipeluk erat. Walaupun dia tak larat sangat tengah hari tadi, dipaksakan juga dirinya untuk mencari hadiah untuk sang suami sempena dengan berita gembira ni. Tak sabar pula nak melihat reaksi dia.
“Eh, Alisya… datang nak jemput Hazrill ke?”
Alisya terus tersenyum bila Adiff menyapanya. Ya Allah, kacaknya ciptaanMu ini… Kalau aku belum kahwin lagi, mesti aku jatuh hati dengan dia. Macam yang Niessa rasakan sekarang ni. Agaknya apa perasaan Adiff pada Niessa ya? Berbalas tak cinta Niessa agaknya?
“Eh, hai Adiff… saya sengaja nak bagi surprise dekat dia. Dia ada tak?”
Adiff menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dah lima bulan dia tak jumpa isteri Hazrill tu, agak berisi juga ya sekarang? Memang lepas kahwin semua orang akan kelihatan berisi?
“Ada dekat dalam office. Pergilah masuk. Saya balik dulu ya?”
Adiff terus melangkah menuju ke lif selepas bertegur sapa dengan Alisya. Dia sudah berjanji nak belanja Niessa makan jika dia berjaya dapatkan tender untuk company dan hari ni dia akan kotakan janjinya dengan wanita itu.
“Ya Allah, dah terlambat ni. Macam mana kalau dia dah sampai?”
Alisya yang memandang ke arah Adiff dengan pandangan yang pelik. Kenapa Adiff macam kelam kabut sahaja? Ada kecemasan ke?
“Eh, terlupa pula tujuan asal aku datang sini.”
Sewaktu Alisya menolak pintu office Hazrill, senyuman di bibirnya terus mati bila melihat Maisara sedang memeluk Hazrill. Terus terlepas kotak hadiah di tangannya melihat senario di hadapannya itu.
“Bee!”
Hazrill cepat-cepat menolak badan Maisara yang sedang memeluknya. Ya Allah, minta-minta isterinya itu tak salah faham tentang hal itu. Bukan dia yang memeluk Maisara. Wanita itu yang tiba-tiba sahaja memeluk dia.
“Sayang… bee…”
Alisya terus melayangkan tangannya ke muka Maisara sebaik sahaja wanita itu dihampiri. Dasar perempuan tak tahu malu! Suami orang pun masih lagi nak digodanya.
“Apa lagi yang kau nak hah? Tak cukup kau nak pisahkan kami dulu?!”
Maisara terus memegang pipinya sambil tangan kirinya memegang tangan Hazrill namun cepat-cepat Hazrill menepis. Dia sengaja buat sebegitu kerana mahu Alisya sakit hati. Dia nak Alisya rasa apa yang pernah dia rasakan dulu.
“Abang…”
Hancur lebur hatinya bila mendengar Maisara memanggil suaminya dengan panggilan abang. Patutlah dia tergerak hati nak datang ke office suaminya. Tak sangka pula dia akan dapat melihat kecurangan suaminya di sini.
“Patutlah Isya tergerak hati nak datang sini… Isya tak sangka… Isya betul-betul kecewa dengan bee!”
Maisara hanya tersenyum melihat Alisya berlari meninggalkan office Hazrill. Walaupun pipi dia sakit ditampar, hati dia puas melihat air mata Alisya. Ini baru sikit, Alisya… aku tak akan berhenti sakitkan hati kau selagi aku masih bernyawa.
“Maisara! Apa awak buat ni?”
Maisara terus mencapai tangan Hazrill namun Hazrill segera merentap tangannya. Dia tak sudi disentuh oleh wanita lain selain isterinya. Tangan ni… hanya Alisya sahaja yang boleh pegang.
“Abang… saya sayangkan abang… please, jangan buang saya. Saya sanggup berubah demi abang.”
Maisara terus memeluk Hazrill seerat yang mungkin. Walaupun Hazrill berterusan menolaknya, dia tetap tidak akan putus asa. Hazrill akan jadi miliknya. Miliknya seorang dan bukannya Alisya atau sesiapa pun!
“Saya dah ada isteri, Maisara. Saya hanya perlukan isteri yang bernama Alisya sahaja dalam hidup ni. Saya minta sangat dekat awak, tolong keluar dari office saya sekarang.”
“Saya tak akan putus asa, abang… saya akan tetap berusaha sampai abang terima saya balik. Saya sanggup hidup bermadu, abang. Tolonglah saya, abang. Dulu, saya terlalu ikutkan telunjuk Nadzrin… saya terpesong jauh. Please, abang… saya sanggup buat apa sahaja untuk abang.”
“Tak, Maisara… hati saya hanya untuk Alisya. Saya tak pernah ada apa-apa perasaan pada awak. Dulu tu sebab awak perangkap saya. Sekarang ni tolong keluar dari office saya. Jangan pernah sekali pun awak jejak office saya lagi. Lepas ni kalau awak datang juga, saya tak akan teragak-agak panggil guard untuk halau awak.”
“Saya tetap tak akan berputus asa. Abang hak saya… macam mana cara sekalipun, abang tetap hak saya.”
Maisara terus mencapai handbagnya dan terus melangkah keluar dari office Hazrill dengan angkuhnya. Aku pasti akan rampas kau semula dari Alisya. Aku yakin waktu tu akan tiba. Aku nak kau rasa betapa sakitnya ditinggalkan orang yang kau sayang. Aku nak kau rasa macam mana sakitnya yang aku rasa bila Nadzrin tinggalkan aku sebab kau!
“Kau tunggulah, Alisya… aku akan pastikan kau jatuh terduduk!”

HAZRILL tiba di rumah tepat jam lima setengah. Macam orang gila dia bawa kereta untuk sampai ke rumah secepat yang mungkin. Entah berapa lampu merah dia langgar hari ni, dia sendiri tak perasan.
“Sayang…”
Hazrill terus memanjat ke tingkat atas untuk mencari isterinya di bilik tidur namun sebaik sahaja dia sampai, bilik tidurnya kosong! Ke mana Alisya pergi? Dia tak cakap nak pergi mana-mana pun pada aku? Dia marahkan aku ke?
“Sayang…”
Lepas puas mencari isterinya di ruang atas, Hazrill melangkah menuruni tangga untuk ke dapur untuk membasahkan tekaknya yang terasa kering. Kenapa agaknya aku asyik rasa mual sahaja ni? Nak demam ke apa ni? Berjangkit dengan Alisya kot.
“La… sayang dekat sini rupanya.”
Alisya hanya mendiamkan diri dan terus menyuap fries ke dalam mulutnya. Kalau ikutkan hati dia yang sakit ni, mahu sahaja dia pulang ke rumah orang tuanya. Tapi dia tak mahu jadi isteri yang nusyuz pula kalau keluar rumah tanpa kebenaran suaminya. Tak berkat nanti hidupnya.
“Sayang, bee nak terangkan pasal salah faham tadi. Bee tak tahu kenapa dia datang office bee. Macam mana dia tahu office bee pun bee tak tahu. Tiba-tiba sahaja hari ni dia muncul and merayu dekat bee agar terima dia semula…”
“Isya tak nak dengar.”
Waktu Alisya nak bangun dari duduknya, Hazrill cepat-cepat menarik tangannya dan menyuruhnya duduk semula. Kalau isterinya tak dengar penjelasannya hari ni, macam mana dia nak uraikan semua salah faham ni?
“Lepas.”
“Dengar dulu apa yang bee nak cakap ni.”
“Nak dengar apa? Dah cukup apa yang Isya dengar dan nampak tadi. Dia nak bee terima dia balik… so? Rasanya dah cukupkan.”
Bee tak nak dia, bee hanya nak sayang sahaja. Lepas tu dia tiba-tiba sahaja peluk bee. Belum sempat bee tolak, sayang dah datang… please, sayang. Percayalah cakap bee yang bee dengan dia langsung tak ada apa-apa hubungan. Bee hanya perlukan sayang sahaja dalam dunia ni.”
Alisya menarik semula tangannya dari dipegang oleh suaminya. Kalau boleh hati dia memang nak percaya pada suaminya itu namun akalnya melarang. Sekarang ni dia perlukan masa untuk bersendirian.
“Isya nak percaya cakap bee tapi susah… dah banyak kali bee janji…”
Hazrill terus melutut di hadapan Alisya sambil memegang kedua-dua tangan isterinya itu. Dia betul-betul tak ada apa-apa perasaan pada wanita lain selain isterinya itu. Dia sanggup buat apa sahaja untuk membuktikan kata-katanya.
“Tolonglah percayakan bee lagi sekali. Sekali sahaja bee minta.”
Last… ini adalah yang terakhir. Sekali lagi bee buat macam tu, Isya tak akan teragak-agak untuk keluar dari rumah ni.”
“Ya, sayang. Thanks, sayang sebab percayakan bee.”
Alisya terus mengesat pipi suaminya itu dengan hujung jarinya. Baby, kenapa ibu kamu ni tak boleh nampak papa menangis ha? Ibu rasa macam tak sampai hati nak marah papa kamu ni lama-lama.
Bee…”
“Hurm?”
“Tak ada apalah, Isya lupa pula apa nak cakap.”
Alisya terus mendiamkan dirinya sambil memerhatikan suaminya yang sedang menggigit burger dengan lahapnya. Pasti suaminya itu belum makan lagi… nanti sahajalah beritahu dia. Biarkan suaminya itu makan sehingga kenyang terlebih dahulu.
Kita pergi rumah Kak Zita nak malam ni? Bee rasa rindu pula dengan Mika.”
“Rumah Kak Zita? Err, Isya baru ingat nak masak dekat rumah sebab Azie dengan suami dia nak datang. Dia orangkan baru balik dari umrah…”
“Mereka nak datang ke? Kenapa tak beritahu bee awal-awal? Boleh kita pergi pasar sama-sama.”
“Tak apa… Isya masak sahaja apa yang ada dekat dapur tu. Kalau bee nak pergi rumah Kak Zita, bee pergilah ya? Nanti ternanti-nanti pula si Mika tu.”
Hazrill memandang wajah isterinya dengan perasaan serba salah. Hurm, macam mana ni ya? Aku dah terjanji dengan Mika… tapi kalau aku pergi sana, mesti lewat malam baru aku balik. Tak akan nak tinggalkan Alisya seorang diri?
“Tapi kalau bee pergi, mesti bee balik lewat.”
“Tak apa, Isya tak kisah. Nanti kalau ada apa-apa, bee call lah ya? Nanti Isya datang sana.”
“Betul ni?”
Alisya menganggukkan kepalanya laju. Patut ke aku beritahu suami aku pasal berita gembira ni ya? Kalau aku tak beritahu sekarang, bila pula aku nak beritahu dia?
Bee, Isya sebenarnya nak beritahu something.
“Apa dia, sayang?”
Bee, I’m pregnant.”
Terus terhenti suapan Hazrill ketika itu. Senyumannya terus hilang hingga membuatkan Alisya jadi takut nak dengar apakah reaksi suaminya itu. Suami dia tu suka ke atau suaminya tak nak anak ni? Ya Allah, macam mana kalau suami aku tak nak anak ni?
Bee?
Pregnant? Betul ke apa yang bee dengar ni, sayang?”
“Ya, Isya pregnant… dah dua bulan.”
Lama Hazrill mendiamkan diri sebelum dia merangkul tubuh isterinya dengan erat. Ya Allah, dia betul-betul tak sangka yang dia akan diberikan peluang untuk menjadi seorang bapa. Tak pernah dia fikirkan yang dia akan menjadi seorang bapa.

ALISYA mengeluh kepenatan sebaik sahaja dia siap menghidang makanan. Ya Allah, rasa tak larat pula nak berdiri lama-lama. Tapi kalau aku duduk, macam mana benda lain nak siap? Hazrill dah balik rumah kakak dia tadi… kalau dia ada bolehlah aku minta tolong sekejap.
“Assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam… lah, dah sampai dah? Jemputlah masuk Azie, Fahmi…”
Alisya terus bersalaman dengan Azie sebaik sahaja Azie melangkah masuk ke dalam rumah. Ya Allah, rindunya dia dengan pengantin baru ni. Punya lama menyepi baru hari ni dia dapat jumpa mereka.
“Isya sihat?”
“Alhamdulillah, sihat… makin bertambah sihat sekarang ni. Fahmi, jemputlah duduk. Isya nak pergi ambil air sekejap.”
“Mehlah, Azie tolong.”
Azie terus membontoti langkah Alisya ke dapur meninggalkan suaminya di sofa. Rindu betul dia dengan Alisya. Nak juga dia tahu perkembangan terkini sahabat-sahabatnya yang lain. Si Niessa tu dah berpunya ke belum… si Fieda dah ada baby lagi ke belum…
“Isya, macam mana dengan kawan kita yang lain tu? Dia orang semua sihat? Ada apa-apa cerita baru ke?”
“Niessa dia sekarang tengah dalam proses nak berkenalan dengan Adiff tu… si Fieda masih lagi tak tak ada apa-apa cerita. Anak dia makin debab tahu? I? Lagi tujuh bulan you ready hadiah okay?”
You pregnant ke? Alhamdulillah… tak sabarnya nak tunggu. Nampaknya bukan I seorang sahaja yang ada good news.”
Dahi Alisya terus berkerut. Good news? Good news apa yang dimaksudkan Azie? Kerja baru? Rumah baru? Menang loteri? Tapi sejak bila pula Azie main loteri? Good news apa agaknya ya?
“Good news?”
“Ha’ah… Isya, I’m pregnant… tiga minggu.”
“Hah? Betul ke? Alhamdulillah.”
Alisya terus memeluk Azie sambil mengucapkan syukur. Ya Allah, siapa sangka mereka disahkan pregnant dalam masa yang sama. Patutlah muka Azie berseri-seri walaupun sedikit penat.
“Nanti bolehlah kita beli barang baby sama-sama. I lupa nak cakap dengan you… Niessa dah on the way datang ke sini. Fieda mungkin lewat sikit sebab suami dia ada meeting.”
“Mereka datang ke? Seronoknya dapat berkumpul macam dulu-dulu semula. Hazrill apa khabar? Kenapa I tak nampak dia dari tadi?”
“Hazrill balik rumah Kak Zita… rasanya tu Niessa dah sampai tu. Jomlah kita ke depan. Kesian pula suami you tu kebosanan dekat depan.”
Azie menganggukkan kepalanya sambil menatang dulang air untuk dibawa ke depan sementara Alisya membawa piring berisi cake yang sudah siap berpotong ke depan. Rasa macam tak cukup kuota pula Hazrill tak ada dekat sini.
“Jemput masuk, Niessa… Fieda. Anak Fieda mana?”
“Ada dekat rumah nenek dia. Wah, sedapnya bau…”
Suami Fieda terus bersalaman dengan Fahmi sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah. Ingatkan dia seorang sahaja lelaki… nasib baiklah suami Azie ada kalau tak mahu dia mati kutu duduk di sini seorang diri.
“Assalamualaikum…”
Bee? Kata balik rumah Kak Zita?”
Bee ambil Mika sahaja ni… semua dah sampai ke?”
Mika terus berlari menuju ke arah Alisya sebaik sahaja terpandang wajah mak ngahnya. Rindunya dia pada mak ngahnya itu.
“Mak ngah…”
“Mika… Mika dah makan? Jom, makan sekali dengan mak ngah nak?”
Mika menganggukkan kepalanya laju sementara Hazrill menggelengkan kepalanya perlahan. Amboi Mika… dah jumpa mak ngah, dia buat tak tahu sahaja dengan pak ngah dia. Sedihlah macam ni… 
EQAL membelek glob salji di hadapannya dengan penuh minat. Agak-agak dia suka tak kalau aku belikan glob salji ni untuk dia… walaupun janji aku nak bawa dia ke mari tak tercapai, rasanya okey kot kalau aku belikan glob ni sebagai ganti aku tak boleh bawa dia ke mari.
“Cantik glob ni… belikan untuk someone special ke?”
Eqal terus menoleh ke sisinya bila mendengar suara Nuradha. Gadis ni betul-betul suka buat dia terperanjatlah. Kemunculannya setiap masa mesti secara tiba-tiba. Berapa banyak kali dia terperanjat dengan kemunculan gadis itu.
You ni Adha, suka buat I terkejut. Mujur tak terlepas glob ni tahu?”
Nuradha tersenyum sambil membelek glob di tangan Eqal itu. Pasti orang yang bakal terima glob ni someone yang sangat special dalam hidup Eqal. Dia yakin dengan apa yang dia rasa sebab waktu dia perhatikan Eqal membelek glob ni, dia nampak muka Eqal berseri-seri.
“Apa pendapat you pasal glob ni, Adha… okey tak kalau I nak bagi someone…”
Girl ke? Okay sahaja… who’s the lucky girl?”
Yupp, someone special selain mummy I dalam hidup I… I harap dia suka dengan pemberian I.”
Nuradha menganggukkan kepalanya perlahan. Jauh di sudut hatinya, dia terasa cemburu pula bila mengetahui Eqal membelikan glob salji itu untuk someone yang special di dalam hidupnya. Kenapa Eqal tak pernah nampak aku ya? Apa lebihnya perempuan tu dan apa kurangnya aku… rasanya dah terlalu banyak yang aku buat tapi kenapa lelaki tu tak pernah nampak?
You pun nak glob salji ke? You pilihlah mana you nak… I belanja.”
You nak belanja? Wah, kalau macam tu I tak boleh tolak ni…”
` Eqal menggelengkan kepalanya perlahan sambil memerhatikan Nuradha yang sedang memilih glob salji untuk dirinya. Comel pula gadis ini… kelakuannya sangat mencuit hati Eqal bila mereka berdua.
“Kalau I ambil yang ni okay tak?”
“Cantik… pandai you pilih.”
Nuradha berasa sedikit bangga bila Eqal memujinya. Bukan senang tahu nak dengar lelaki itu memuji. Selama ini hanya kritikan yang menyakitkan hati sahaja yang akan kedengaran dari mulut lelaki itu. Jadi bila lelaki itu memujinya, tak salahkan kalau dia rasa sedikit banggakan?
“Tengoklah siapa yang pilihkan?”
Eqal terus membawa kedua-dua glob salji itu ke kaunter untuk membuat pembayaran. Ya Allah, tak sabarnya nak balik KL semula… rindu pada mummy and Alisya. Agaknya apa yang Alisya tengah buat sekarang ni ya? Dia ingat tak dekat aku?
Lepas selesai urusan pembelian, Eqal terus menyerahkan plastic yang berisi glob salji yang dipilih Nuradha kepada gadis itu semula. Bukan selalu dia dapat belanja gadis itu membeli sesuatu…
“Ni untuk you…
Thanks. Eqal, you belum jawab lagi pertanyaan I tadi… who’s the lucky girl yang akan dapat glob tu?”
Eqal tersenyum sambil memegang erat plastic berisi glob di tangannya. Siapa lagi someone special di dalam hidupnya selain mummy? Sudah tentulah orang tu adalah Alisya. Alisya sangat special di dalam hidupnya selepas mummy... pintalah apa sahaja, pasti dia akan tunaikan. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk Alisya. Apa sahaja dia sanggup buat.
“Alisya… nama dia Alisya… Adha, jom teman I lunch nak? Tiba-tiba terasa lapar pula ni.”
Makin bertambah cemburu pula Nuradha sebaik sahaja mengetahui siapakah someone special dalam hidup Eqal itu. Setelah hampir tujuh bulan mereka berada di Japan, baru dia tahu yang selama ini dia ada pesaing dalam diam. Siapa agaknya gadis bernama Alisya itu ya? Hebat sangat ke dia sampai Eqal dah tak nampak aku?
Lunch? Okay, tapi dekat mana?”
You pilih tempat…”
Nuradha menganggukkan kepalanya laju. Wah, tak sangka hari ni merupakan hari yang bertuah untuknya. Tak sia-sia dia datang menegur Eqal tadi. Nampaknya malam ni tak boleh tidurlah nampaknya sebab gembira… lelaki yang dicintai dalam diam nak belanja dia makan. Terujanya!
“Nak makan apa ya? Dah naik jemu dah makan makanan Jepun ni.”
“Hurm, tahu tak apa… tujuh bulan menghadap benda yang samakan? You balik KL balik bila?”
“Balik KL? Tak pasti lagilah… kalau I balik pun, bukannya ada sesiapa pun dekat sana. My parent ada dekat Hong Kong. Memang tak ada sebab untuk I balik KL semulalah.”
Eqal hanya menganggukkan kepalanya perlahan. Tak tahu pula dia yang keluarga Nuradha tiada di Malaysia. Banyak juga rupanya tentang gadis itu yang dia tak tahu…
You tak rindu dengan apa yang ada dekat Malaysia ke?”
“Bohonglah kalau I kata I tak rindu dekat Malaysia. I terlalu rindukan makanan dekat sana… suasana dekat sana. Pendek kata semua yang ada dekat Malaysia tu I rindu. You pula… bila balik ke KL?”
“Mungkin dua tiga minggu lagi. Tengok keadaan macam manalah. Kalau cuti I diluluskan… bolehlah I balik KL untuk jenguk mummy I. You nak ikut I balik KL?”
Bulat terus mata Nuradha bila mendengar pelawaan Eqal itu. Dia ajak aku ikut dia balik KL? Betul ke apa yang aku dengar ni? Lelaki yang aku suka ajak aku balik KL dengan dia? Oh, god… bahagianya aku!
Sure, why not?

Bersambung...

2 comments:

  1. Maaf menganggu sis.. sis bila mahu sambung cerita suamiku pembunuh bersiri tu ye.. dh lama saya menunggu hrp sis dpt menyambung cerita tu semula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. inshaallah, sy akan cuba buat sambungan untuk cerita tu. terima kasih sbb sudi membaca :)

      Delete