Saturday 26 December 2015

Lara Semalam Ep59

SEBULAN sudah berlalu sejak kali terakhir Alisya bertentang mata dengan Hazrill. Hazrill dengan Alisya masing-masing dengan keegoan mereka tidak mahu mengalah.
Ibu dan abahlah yang paling risau sekali kerana Alisya sudah buat keputusan untuk tidak lagi menerima cinta yang baru lagi. Semua pinangan yang datang ditolak mentah-mentah dengan alasan dia tidak bersedia untuk bercinta lagi.
Kita perlu buat sesuatu, Aidil.”
Nak buat apa, sayang?”
Kita kena juga selesaikan masalah Isya dengan Hazrill ni. Kalau tak, masing-masing akan menyesal kemudian hari.”
Aidil menganggukkan kepalanya perlahan. Ya, mereka perlu lakukan sesuatu… kalau mereka buat tak tahu sahaja takut benda lain yang jadi.
Nak satukan Hazrill dengan Isya ke? Abah setuju.”
Kak Sara dengan Aidil terus menoleh ke belakang bila mendengar suara abah menyampuk perbualan mereka. Abah setuju? Ibu pula bagaimana? Ibu yang sejak dari tadi mendiamkan diri hanya mengeluh.
Ibu?”
Demi kebaikan Alisya, ibu sokong. Lagipun semua ni bukan salah Hazrill pun. Dari dulu lagi ibu dah berkenan dengan dia. Cuma itulah, ada sahaja yang menghalang.”
Kita nak buat macam mana?”
Alisya yang sedang sibuk berbual dengan Nana dan Iskandar hanya menoleh ke arah keluarganya yang sedang sibuk berbual di satu sudut yang lain. Apa yang mereka bincangkan tu? Macam serious sahaja, mungkin ada masalah. Tapi kenapa mereka langsung tak panggil dia jika familynya ada masalah?
Kenapa, Isya?”
Tak ada apa-apa cuma hairan apa yang mereka semua tu bualkan.”
Mungkin pasal company abah awak, Alisya.”
Entah kenapa dia tak rasa yang mereka sedang bincangkan tentang hal company Abah. Dan dia yakin dengan apa yang dia rasakan itu.
Mungkin. Eh, jomlah. Kata nak keluar cari barang untuk kenduri.”
Ha’ahlah, sembang punya sembang terleka pula.”
List semua dah ada?”
Nana hanya mengangguk sambil membelek list barangan yang perlu dibeli. Banyak juga ni, mahu makan sehari jugalah nak beli semua ni.
So, let’s go.”
Alisya terus mencapai kunci kereta dan bernyanyi kecil sambil melangkah ke arah kereta. Jealousnya tengok pasangan suami isteri ni. Pintu kereta nak dibukakan… aduh, sweetnya mereka ni.
Isya, kau orang nak keluar ke? Nak ikut.”
Kau bukan sibuk nak ambil gambar bakal pengantin tu ke, Eqal?”
Ala, bolehlah bagi aku ikut. Bosanlah duduk dekat rumah sahaja.”
Alisya memandang Iskandar dan Nana sebelum mengangguk setuju. Bagus juga Eqal ikut mereka. Nanti bolehlah Eqal temankan dia beli barang dan tolong angkat barang.
Yalah, kau drive boleh?”
Boleh, asalkan aku boleh ikut.”
Alisya terus memaut lengan sepupunya itu dengan erat tak lama lepas itu. Yay! Dapat berjalan dengan mamat yang gila busy dengan life dia hari ni. Selama ni punyalah payah nak ajak mamat ni berjalan. Ada sahaja kerjanya walaupun selama ni niatnya balik ke Malaysia untuk bercuti.
Belanja aku makan brownies boleh? Aku teringin sangat ni. Nak buat malas pula. Please?”
Alisya sengaja mengerdipkan matanya beberapa kali sambil membuat muka comel. Minta-minta cairlah hati dia seperti selalu. Teringin sangat nak makan brownies dari semalam. Say yes…please say yes…
Boleh, jom.”
Yay! Jom...”

Bersambung...

No comments:

Post a Comment