Thursday 17 September 2015

Lara Semalam 52

Alisya merenung wajah wanita yang bertudung litup di hadapannya dengan pandangan yang aneh. Abang mana pula ni? Siapa pula perempuan di hadapannya ini? Tiba-tiba sahaja datang bertanyakan tentang abang yang entah siapa pada dia.
“Abang? Siapa? I minta maaf tapi rasanya you silap orang.”
“Saya nampak awak cakap dengan abang petang tadi.”
Dahi Alisya terus berkerut. Siapa perempuan ni? Apa maksud dia? Nampak aku cakap dengan abang petang tadi? Abang siapa? Aku mana kenal mana-mana abang pun hari ni. Aku cuma bercakap dengan...
“Maksud you, Hazrill?”
“Ya, saya datang sini sebab nak minta awak jauhkan diri daripada dia. He’s mine.”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia tahu Hazrill milik wanita itu dan rasanya tak perlu kot nak mengingatkan dia tentang hakikat tu lagi. Dia belum nyanyuk lagi…
“Ya, I tahu. He’s yours. You jangan risau sebab I dengan dia dah tak ada apa-apa hubungan. Sekarang ni kami bukan couple atau pun kawan. Dia hanya sejarah dalam hidup I and begitu juga sebaliknya. He’s yours…
Wanita yang bertudung litup itu terus memegang tangan Alisya dengan suara yang tersekat-sekat memohon agar Alisya tidak lagi mengganggu Hazrill. Hazrill bukan Hazrill yang dulu lepas dia berjumpa dengan gadis di hadapannya ini. Hazrill dah banyak berubah.
“Saya tak tahu saya boleh percayakan awak atau tak. Tapi malam ni saya nak merayu pada awak. Tolonglah kotakan apa yang awak cakap pada saya ni. Kalau awak nak saya melutut pun saya sanggup. Awak tahu tak yang dia dah berubah lepas jumpa awak? Saya minta pada awak… tolonglah pergi dari hidup kami dan jangan jumpa Hazrill lagi. Kami sudah berkeluarga.”
Alisya mengeluh perlahan bila mendengar kata-kata wanita di hadapannya ini. Terasa rendahnya martabat seorang wanita bila sanggup melutut pada perempuan lain demi seorang lelaki. Dia terus meletakkan not lima puluh di atas meja sebelum berlalu daripada restaurant tu. Hilang terus mood aku nak makan malam ni.
Sewaktu Alisya menyusuri pantai, Alisya betul-betul tak sangka akan terserempak dengan Hazrill. Niat di hati nak menyapanya tapi bila teringatkan kata-kata wanita tadi tu, dia terus melangkah pergi tanpa menoleh sesaat pun pada Hazrill walaupun hampir berselisih bahu tadi.
‘Selamat tinggal, sayang... ’
Hazrill menundukkan kepalanya memandang pasir di kakinya. Alisya langsung tak menegurnya ketika berselisih tadi. Setitis demi setitis air matanya jatuh di atas pasir. Kenapa payah sangat untuk melupakan awak, Alisya? Kenapa susah sangat nak buang awak dari hati saya? Kenapa awak muncul di sini ketika saya dah berjanji dengan seseorang untuk mulakan hidup baru dengan dia? Kenapa lambat baru awak sedar?
“Abang?”
“Apa awak buat dekat sini?”
“Kenapa abang sanggup buat saya macam ni?”
Hazrill mengeluh perlahan bila Maisara mula menangis teresak-esak. Murah sangat ke air mata wanita itu hingga perkara kecil pun mampu buat dia menangis sebegini rupa? Dia tak ada buat salah apa-apa pun sampai wanita itu mahu menangis.
“Apa yang awak merepek ni? Buat apa?”
“Abang dah janji akan sayangkan saya dengan anak kita. Tapi kenapa dia masih ada dalam hati abang? Kenapa abang sanggup buat saya macam ni?”
Hazrill meraup mukanya kesal. Dia tahu dia sudah berjanji dengan Maisara dan Naufal untuk mulakan hidup baru… tapi buat masa ni dia perlukan masa untuk melupakan segalanya.
“Maafkan saya... saya tahu saya dah janji dengan awak. Boleh awak bagi saya masa untuk lupakan semua ini?”

SELEPAS hantar Maisara balik, Hazrill ambil keputusan untuk mengambil angin malam di tepi laut. Seandainya apa yang telah berlaku antara dia dengan Maisara dulu tak pernah terjadi, dia dengan senang hati akan kembali ke pangkuan Alisya. Kalau dia boleh kembali ke masa lalu, dia akan lakukan apa  sahaja untuk mengubah semua ini.
Kalaulah... kalaulah dia ada kuasa untuk mengubah segalanya. Alisya, I don't deserve you... I never did. Saya tak layak untuk mendampingi awak. Apa yang dah terjadi antara saya dengan Maisara tak boleh diubah. Naufal anak saya dan saya kena bertanggungjawab atas perbuatan saya dulu.
“Hazrill...”
Waktu Hazrill menoleh, satu tumbukan padu hinggap di pipinya hingga membuatkan dia terduduk di atas pasir. Aidil? Macam mana dia boleh ada dekat sini?
“Kau buat apa dekat sini?”
Hazrill mengesat kasar bibirnya yang sudah berdarah. Ni mahu bengkak esok pagi ni. Apa yang Aidil buat di sini agaknya? Dia datang dengan Alisya sekali ke?
“Kenapa kau buat macam tu pada Alisya?!! Kalau aku tahulah kau hanya nak mempermainkan hati dan perasaan dia sahaja, aku tak minta kau baliklah!”
“Aku balik bukan sebab kau yang suruh, Aidil. Aku balik sebab Alisya.”
Makin berang Aidil bila mendengar kata-kata Hazrill itu. Sekali lagi dia melayangkan buku limanya ke muka lelaki itu. Kalau lelaki itu balik sebab Alisya, kenapa menghancurkan hati gadis itu?
“Kalau kau balik demi dia, kenapa kau buat dia macam ni?! Kau tahu dia cintakan kau! Jangan berani kau guna alasan dia hilang ingatan untuk kau hancurkan hati dia. Aku menyesal minta tolong kau!”
Hazrill bertindak mendiamkan diri bila Aidil menyoalnya tentang keputusannya meninggalkan Alisya. Sesekali Hazrill mengesat matanya guna tangan. Andai dia beritahu Aidil tentang perkara sebenar, nak ke Aidil berkawan dengan dia lagi?
“Aku sayang Alisya sebab tu aku nak yang terbaik untuk dia. Kau tahu betapa bersalahnya aku setiap hari tengok dia macam ni. Dia dah macam mayat hidup waktu kau tinggalkan dia. Hanya nama kau sahaja yang keluar mulut dia setiap masa. Kau tahu tak, kau tak pernah hilang daripada ingatan dia daripada dulu hingga sekarang? Kau tahu apa yang membuatkan aku beralih arah pada Sara? Dari dulu lagi dia dah cintakan kau tapi aku sengaja buat-buat tak nampak sebab aku tak nak kehilangan dia! Sebab tu aku sanggup fitnah kau dulu! Kau tahu tak betapa hancurnya hati aku bila dia sibukkan hal kau sedangkan hari tu birthday aku tapi hanya kau, hanya kau yang dia ingat! Dua puluh empat jam masanya adalah untuk bersama kau.”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment