Monday 9 May 2016

Lara Semalam Ep83


SUDAH genap seminggu Alisya berada di kota cinta, kota Paris. Kenapa dia berada di situ adalah bukan kerana honeymoon dia dengan Hazrill tetapi Hazrill ada urusan kerja di situ. Dia pun sudah lama tidak bercuti dan sejak abah menjadikan pejabat adalah kawasan larangan buatnya, dia pun ikut suaminya dengan rela hati.
Alisya merenung suaminya yang masih tekun lagi membuat kerja. Sejak dari lepas maghrib tadi, di situlah Hazrill duduk dan tidak berhenti lagi membuat kerja. Nama sahaja bekerja sambil bercuti namun Alisya belum lagi keluar dari bilik itu selain untuk ke café untuk makan sahaja.
Sayang…”
Alisya tidak perlu menoleh ke belakang kerana dia tahu tangan siapa yang memeluknya ini. Eh, tadi bukan ke suaminya itu masih lagi tekun buat kerja? Dah siap ke kerjanya?
Bee… bukan tadi bee buat kerja ke? Dah siap ke?”
Belum, esoklah pula sambung… kejap lagi kita keluar makan nak?”
Keluar makan? Hurm, okey.”
Hazrill terus mengemaskan pelukannya. Kesian isterinya ini… selama seminggu ini, dia masih belum dapat menemani isterinya untuk bersiar-siar di kota Paris lagi. Namun tak sekali pun isterinya itu merungut.
Esok petang kita jalan-jalan nak? Kesian sayang asyik duduk dalam bilik ni sahaja.”
Alisya menggenggam tangan suaminya yang masih di pinggangnya dengan senyuman di bibir. Dia faham situasi suaminya, sebab tu dia tak pernah merungut walaupun sekali. Dia tak kisah pun kalau duduk terperap dalam bilik asalkan dia boleh tengok muka suaminya dua puluh empat jam. Hal lain dia malas nak ambil peduli.
Beekan busy, Isya faham… bee bawa Isya datang sini pun dah cukup beruntung tahu? Ni first time Isya jejakkan kaki dekat sini. Terima kasih sebab bawa Isya ke mari.”
Hazrill mengeluh perlahan. Kesiannya isteri dia. Walaupun isterinya bosan, dia tetap tidak mahu menunjukkan yang dia tersangat bosan pada suaminya ini.
Sayang nak pergi mana? Sayang cakap sahaja nanti bee bawa…”
Bee, tak payah susah-susah nak curi masa temankan Isya… Isya okeylah.”
Shopping nak?”
Alisya akhirnya mengangguk perlahan. Walaupun dia tak menggemari untuk keluar bershopping tapi demi menjaga hati suaminya dan tidak mahu menyusahkan dia hanya mengangguk setuju.
Mana-mana pun okey.”
Kalau macam tu esok lepas bee habis meeting, kita terus pergi shopping okay?”
Bee, pergilah siap. Kata nak keluar makan ni.”
Hazrill terus melepaskan pelukan dan terus berjalan ke arah almari. Hurm, nak pakai baju apa ya? Bila teringatkan sesuatu, dia terus menoleh ke arah isterinya yang masih lagi berada di balkoni. Entah apa yang menarik perhatian isterinya itu, dia sendiri tak pasti.
Terlupa pula. Sayang tak nak tukar baju? Tak akan nak turun macam tu sahaja?”
Nak tukarlah ni…”

TIBA sahaja di Malaysia, Alisya dan Hazrill dikejutkan dengan kehadiran Eqal di KLIA itu untuk menjemput mereka pulang dengan wajah yang ceria. Alisya gembira dengan kejutan itu namun dia kembali risau bila wajah suaminya keruh. Bukan tadi dia okey ke? Siap buat lawak lagi tu dengan dia tapi kenapa dia hanya mendiamkan diri sahaja sekarang ni?
“Eqal datang seorang sahaja ke?”
“Ha’ah. Uncle tak dapat jemput you sebab nak kena jemput Kak Sara dekat hospital. Dia kena tahan dekat wad.”
Kak Sara kena tahan dekat wad? Macam mana boleh jadi macam ni? Kenapa dia langsung tak tahu apa-apa pun pasal ni? Kenapa tak ada sesiapa yang inform pada dia tentang hal tu?
“Apa? Kenapa tak beritahu Isya?”
Alisya cepat-cepat keluarkan handphone dari dalam begnya. Hal kecemasan seperti ini, kenapa mereka langsung tak maklumkan pada dia?
` “Isya, mereka semua bukan nak sorok pada Isya….”
Bee, kita terus pergi hospital ya?”
Alisya terus memandang wajah suaminya meminta persetujuan bersama. Kakaknya tengah sakit sekarang dan dia perlu ada di sana. Tak kisahlah apa pun yang terjadi, dia tetap nak kena pergi sana.
“Tak payah, Isya. Mungkin sekarang ni dia dah dalam perjalanan balik. Eqal hantar kau orang balik terus ya?”
“Kalau macam tu tak apalah.”
Lepas masukkan bagasi ke dalam boot kereta, Hazrill terus meminta diri untuk ke pejabat dengan alasan mahu menguruskan sesuatu yang urgent. Alisya yang masih lagi tidak menyedari suaminya itu cemburu terus mengangguk setuju.
“Kalau macam tu jumpa dekat rumah ya, bee?”
Alisya terus menyalami tangan suaminya seperti kebiasaannya jika dia nak pergi ke mana-mana. Dia langsung tak sedar perubahan mood suaminya itu.
“Hurm…”
Hazrill terus melangkah masuk ke dalam perut teksi sebaik sahaja kereta Eqal hilang dari pandangannya dengan keluhan berat. Ya Allah, kenapalah dia macam ni? Dia masih lagi cemburu dengan Eqal ke?
“Nak ke mana ya, encik?”
“Saya nak ke Damansara, pak cik.”
Hazrill mengeluarkan handphonenya dari poket dan terus menghidupkan handphonenya itu. Dia berharap sangat ada pesanan ringkas dari isterinya namun satu pun tak ada. Namun yang ada hanyalah daripada maxis sahaja.
KAK Zita yang tengah sibuk mengeluarkan beg plastic berisi barang dapur dari dalam kereta terkejut tatkala melihat Hazrill berada di sisinya. Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba boleh muncul dekat sebelah… siapa yang terkejut?
Tanpa banyak kata, Hazrill turut membantu kakaknya mengeluarkan barang dari dalam kereta sementara Kak Zita melilaukan pandangannya ke sekeliling mereka mencari adik iparnya. Mana pula Alisya? Kereta adiknya pun dia tak nampak.
“Isya mana?”
Hazrill terus mengangkat semua beg plastic dan berjalan beriringan dengan kakaknya menuju ke arah lif. Kalau ikutkan badan dia yang letih ni, tak terdaya dia nak mengangkat semua barang tu tapi bila fikirkan kesian pula kakaknya itu nak mengangkat barang-barang yang sebanyak itu… tak sampai hati pula.
“Rill datang seorang sahaja. Isya ada dekat rumah. Kak, Rill nak makan dekat sini boleh? Rindulah nak makan masakan akak.”
“Hurm, yalah. Nanti akak masakkan. Kamu nak makan apa?”
“Apa-apa pun boleh asalkan makanan.”
Lepas meletakkan semua barang di dapur, Hazrill terus melangkah ke arah sofa. Sejak dari tadi lagi dia belum sempat berehat. Tak sampai seminit dia merebahkan diri di atas sofa, mata dia terus terpejam rapat. Sayang, kenapa langsung tak call bee?
Kak Zita yang sedang sibuk menyediakan bahan untuk memasak memandang ke arah ruang tamu. Rasanya itu bunyi handphone adiknya…
Lah, telefon dekat sebelah berbunyi boleh pula tak sedar? Tiga puluh missed call? Penat sangat sampai langsung tak sedar …”
Kak Zita terus menjawab telefon adiknya itu sebaik sahaja melihat Alisya yang menghubungi. Risaulah tu suami tak balik-balik lagi ke rumah.
Hello, assalamualaikum…”
Berderau darah Alisya tatkala mendengar suara perempuan yang menjawab panggilannya. Ke mana suaminya? Siapa yang perempuan yang jawab call dia? Bukan ke suaminya kata ada hal urgent dekat office? Siapa yang angkat call ni?
“Wa’alaikumussalam, siapa ni?”
Air mata Alisya mula menitis bila memikirkan kemungkinan besar suaminya itu ada perempuan lain. Macam mana kalau yang jawab call ni kekasih gelap suaminya? Suami dia tipu dia ke? Ya Allah, macam mana kalau betul sangkaannya?
“Kak Zitalah, Isya.”
Bila mengetahui siapa yang menjawab panggilannya ini barulah Alisya boleh menarik nafas lega. Kalau tidak dia macam orang tak cukup nafas sahaja bercakap. Entah kenapa dia boleh rasa curiga dengan suaminya padahal dia tahu kemungkinan untuk lelaki itu menduakannya sangat tipis. Air matanya segera dikesat dengan hujung jari. Entah kenapa sejak akhir-akhir ni dia terlalu mudah untuk mengalirkan air mata.
“Kak Zita ke? Isya ingat perempuan mana entah yang jawab call ni. Buat terkejut Isya sahaja. Hazrill mana kak?”
Kak Zita tergelak kecil mendengar kata-kata adik iparnya itu. Patutlah suara adik iparnya langsung tak mesra ketika menyapanya tadi. Cemburu agaknya bila mendengar suara perempuan yang mengangkat panggilan telefonnya.
“Dia tidur. Handphone berbunyi dia langsung tak sedar. Agaknya kalau bom meletup dekat tepi pun dia tak bangun. Penat sangat agaknya tu.”
Alisya tersentak sebaik sahaja mengetahui di mana keberadaan suaminya. Bukan tadi dia beritahu nak ke office? Ini dia boleh tidur dekat rumah kakak iparnya? Suaminya itu ada tak puas hati apa-apa dengannya ke? Dia ada buat salah ke? Kenapa suaminya perlu berbohong?
“Isya, Isya dengar tak ni? Hello?”
“Isya ada ni… dia ada dekat rumah Kak Zita ke?”
“Ha’ah, dia tak beritahu Isya ke?”
Alisya mendiamkan diri buat seketika. Patutlah dia call suaminya banyak kali tadi suami dia langsung tak angkat. Kenapa suaminya perlu berbohong pada dia? Kalau rindu sangat nak jumpa Mika, dia tak kisah pun… yang penting baginya adalah suaminya berterus terang dengan dia.
“Mungkin Isya tak dengar kot. Mungkin Hazrill ada beritahu Isya tapi Isya tak perasan. Tak apalah, petang sikit Isya datang sana. Kak Sara baru bersalin, ni tengah tunggu dia balik dari hospitallah ni.”
“Ha, yalah. Akak tunggu…”
Lepas menamatkan perbualan, Kak Zita merenung wajah adiknya yang sedang lena tidur. Mereka berdua ni ada masalah ke?
“Mama… bila pak ngah datang?”
“Baru sahaja, Mika jangan kacau pak ngah ya? Pak ngah penat tu…”
Mika memandang wajah mamanya sebelum menganggukkan kepalanya tanda dia faham. Lepas pak ngah bangun nanti, barulah dia boleh ajak pak ngahnya itu main bersamanya.
“Mika main dengan Comot dulu ya? Mama nak masak ni…”
“Okey.”
Mika terus berlari ke ruang tamu untuk mencari si Comot. Si Comot merupakan hadiah pemberian Alisya ketika ulang tahun kelahiran Mika baru-baru ini. Nak menangis juga Alisya ketika membeli binatang peliharaan itu.
“Comot… mama, mana Comot?”
Cuba Mika tengok dalam bilik. Mungkin dia tidur kot.”
Okay…”
Mika terus berlari menuju ke biliknya. Mana Comot ni? Tak akan dah hilang kot? Rasanya tadi dia ada nampak sebelum pergi sekolah pagi tadi.
Comot… apa buat dalam almari ni?”
Mika terus mendokong kucing kesayangannya itu dan terus dibawa ke atas katil. Katil punya luas, nak juga tidur dalam almari yang sempit dengan barang tu.


HAZRILL terjaga bila terasa ada tangan yang mengusap wajahnya. Matanya terus membulat sebaik sahaja melihat wajah isterinya sedang duduk di hadapannya. Betul ke apa yang dia nampak sekarang ni? Ke semua ni bayangan dia sahaja?
“Sayang?”
Matanya ditonyoh beberapa kali. Dia tengah bermimpi ke? Betul ke isteri dia yang datang ni? Huluran tangan isterinya disambut perlahan. Betul ke depan dia ni isteri kesayangan dia tu?
Bee, dah pukul enam… tak elok tidur waktu macam ni.”
Alisya terus membantu suaminya untuk bangun. Kalau dia biarkan sahaja, pasti suaminya itu akan sambung tidur. Seminggu bergelar isteri kepada lelaki itu membuatkan dia sudah masak dengan perangai suaminya.
“Bila sayang datang?”
“Baru sahaja sampai… bee mandilah dulu, Isya ada bawa baju bee.”
“Isya datang dengan siapa?”
Drive sendirilah. Isya malas nak susahkan ibu.”
Alisya cuba berlagak selamba meskipun hatinya sakit kerana suaminya sanggup menipunya. Kalau dia ada buat salah atau suami dia ada terasa hati dengannya, berterus terang sahajalah dengan dia.
Bee mandi dengan solat dulu ya? Isya dah dah siapkan baju bee dekat atas katil. Isya nak tolong Kak Zita dekat dapur.”
Hazrill hanya memandang isterinya menghilang ke dapur. Macam mana isterinya tahu dia berada di sini? Mungkin kakaknya yang beritahu.
“Pak ngah…”
“Mikail… lamanya pak ngah tak jumpa kamu. Rindunya budak comel ni.”
Hazrill terus memeluk anak saudaranya. Sejak akhir-akhir ini dia jarang menghabiskan masa dengan si kecil ini kerana kekangan masa.
“Mika pun rindu pak ngah… Mika selalu tunggu pak ngah datang tapi sejak ada mak ngah ni, pak ngah langsung tak datang sini lagi untuk main dengan Mika.”
Hazrill mengeluh perlahan. Dia bukan sengaja tak datang jumpa Mikail sejak akhir-akhir ni, dia terlalu sibuk uruskan company daddy, uruskan projek dekat overseas tu and uruskan perkahwinan dia.
“Pak ngah banyak kerjalah sayang. Ni pun pak ngah baru balik dari luar negara. Sebab teringatkan Mikalah pak ngah datang sini dulu walaupun pak ngah tak rehat lagi. Bagi pak ngah mandi and solat dulu ya? Lepas tu pak ngah teman Mika main playstation.”
Muka Mikail terus bercahaya selepas mendengar kata-kata pak ngahnya. Hazrill hanya tersenyum senang melihat wajah Mikail yang mendung tadi bertukar menjadi cerah semula. Apa sahaja untuk si kecil kesayangannya dia itu, dia sanggup buat. Tak kisahlah sepenat mana pun dia waktu tu, dia tetap tidak akan membantah permintaan si kecil itu.
“Promise?”
Walaupun dia penat macam mana sekali pun, dia tak sanggup nak menghampakan permintaan anak saudaranya itu. Pintalah apa sahaja, dia pasti akan cuba tunaikan.
Promise, sayang. Sekarang ni bagi pak ngah mandi and solat dulu. Pak ngah dah busuk sangat ni.”
“Okey… Mika nak main dengan Comot kejap.”
Mikail terus lari mendapatkan si Comot yang sedang tidur di bawah meja makan. Sejak kehadiran si Comot di rumah ini, Mikail tidak lagi kebosanan. Telatah si kucing parsi itu sungguh menghiburkan hati Mikail. Nasib baik Alisya hadiahkan si Comot itu, kalau tidak pasti Mika kebosanan setiap hari.
Bee, kenapa tak mandi lagi ni? Dah nak maghrib ni…”
“Ya, nak mandilah ni.”
Alisya hanya mampu memandang suaminya melangkah masuk ke dalam bilik mandi dengan keluhan di bibir. Aku ada buat salah ke sampai suami aku macam dingin sahaja dengan aku?
“Sabar, Isya… sabar. Kau juga yang nak kahwin dengan dia dulu… tak akan benda kecil macam ni kau tak boleh nak deal?”

USAI solat isyak, Alisya terus melangkah keluar dari bilik untuk membantu menyediakan apa yang perlu. Katanya bekas mertua Kak Zita mahu bertandang ke rumah ini. Tak akanlah dia nak membiarkan kakak iparnya bersusah payah menyediakan semua benda seorang diri?
“Tak payah tolong akak, Isya. Pergilah berehat lagipun kamu tu penatkan?”
“Isya dah cukup rehat, kak. Nak masak apa ni?”
“Nak masak mee goreng sahaja.”
Alisya terus membantu menyediakan bahan-bahan untuk memasak mee goreng. Apa lagi yang belum ada ya? Oh ya, udang belum berkopek lagi.
Kak Zita hanya memerhatikan gaya Alisya di dapur. Nampaknya dia selalu masuk dapur sebab tak kekok bila berada di dapur dan dia tahu bahan-bahan yang diperlukan dan dia langsung tak bertanya apa bahan-bahannya.
“Kenapa Kak Zita pandang Isya sampai macam tu sekali?”
“Tak ada apa-apa. Isya ni pandai masak ya?”
Alisya tersenyum mendengar pertanyaan kakak iparnya itu. Pandai masak itu tidaklah, dia hanya tidak kekok jika disuruh membantu di dapur.
“Bolehlah… nak kata pandai tu tidaklah, Isya main campak-campak sahaja.”
“Yalah tu, Kak Zita… Isya tu tak nak mengaku yang masakan dia superb.”
Hazrill terus menyampuk perbualan kakak dan isterinya yang sedang sibuk memasak di dapur. Kak Zita hanya tersenyum melihat pasangan suami isteri itu.
“Akak jangan percaya cakap Rill tu. Dia sengaja cakap macam tu sebab dia nak jaga hati Isya.”
Hazrill terus memeluk pinggang Alisya hingga membuatkan Alisya tertunduk malu. Hisyh, dekat dapur ni juga dia nak bermanja-manja dengan aku. Ada juga yang aku karate sekejap lagi.
“Sayang, bee ni jenis yang kalau sedap makanan tu, bee akan kata sedap.”
“Yalah tu.”
“Rill daripada kamu semak dekat dapur ni tak tolong apa-apa, lebih baik kamu tolong akak siapkan meja. Sibuk nak bermanja-manja dekat sini.”
“Ala, biarlah… Kak Zita ni jealous sahaja.”
Walaupun Hazrill malas untuk melakukannya, dia tetap menggerakkan kakinya ke arah meja makan. Semua peralatan sudah tersedia cuma perlu disusun rapi sahaja. Tak boleh ke kalau tak payah formal? Rimaslah kalau macam ni.
“Rill, jangan main hentam sahaja susun sudu garfu semua tu ya?”
“Baik, boss.”
“Nak Isya tolong apa-apa lagi tak?”
“Dah tak ada apa-apa. Isya pergi tengokkan Rill tu. Dia tu susun sudu dengan garfu pun terbalik.”
Alisya mengangguk sambil tersenyum. Dia terus mengatur langkah ke ruang makan untuk membantu suaminya menyediakan meja. Seperti yang kakak iparnya jangkakan, suaminya main belasah sahaja menyusun peralatan.
Bee, bukan macam tulah.”

LEWAT malam itu, Alisya termenung di hadapan televisyen. Dia masih memikirkan hal siang tadi. Dia ada buat salah ke? Dia tak kisah kalau suami dia tu kata dia rindukan kakak dan anak saudaranya itu dan mahu datang ke mari tapi perlu ke berbohong?
“Sayang dekat sini rupanya. Puas bee cari tadi.”
Alisya memandang wajah suaminya dengan senyuman yang dibuat-buat sebelum dia kembali memandang skrin televisyen. Entah apa yang ditonton sekarang ni, dia sendiri tak tahu. Kalau disoal apa yang ditontonnya, pasti dia tak boleh menjawabnya.
“Sayang tak mengantuk ke?”
Alisya menggelengkan kepalanya perlahan sambil jarinya menekan-nekan button di remote mencari siaran. Buat masa ni dia perlukan masa untuk menenangkan dirinya.
“Isya tak mengantuk lagi. Kenapa bee tak tidur lagi?”
“Tak biasalah kalau sayang tak ada dekat sebelah.”
Alisya merungut dalam hatinya. Huh, tadi boleh tidur sahaja tanpa dia ada dekat rumah ni? Suami dia tu sengaja nak mengada-ngada pula malam ni dengan dia.
“Mengadalah, petang tadi boleh sahaja?”
“Itu dah penat sangat.”
Alisya terus menekan punat off tak lama lepas itu. Dia berlama-lama depan televisyen pun tak guna sebab hanya akan membazirkan bil elektrik sahaja sebab dia bukannya menonton apa yang disiarkan.
“Nak ke mana tu?”
“Tidur?”
“Oh…”
Hazrill terus menggenggam tangan isteri tercintanya dengan penuh kasih sayang sambil melangkah menghampiri pintu bilik. Dia tahu isterinya itu sedang menyorokkan rasa hati dan dia tak bodoh untuk tak mengetahuinya.
“Sayang?”
“Hurm…”
Bee minta maaf.”
Alisya hanya buat muka selambanya sahaja seolah-olah tiada apa yang terjadi. Walaupun hatinya masih lagi terkesan dengan hal tadi, dia masih menghadiahkan sebuah senyuman untuk suaminya.
“Minta maaf? Untuk?”
Bee tahu sayang terasa hati dengan bee. Bee minta maaf ya, sayang?”
Alisya hanya mengangguk faham. Walaupun suaminya sudah meminta maaf, entah kenapa hati dia masih lagi berdegil.
“Sayang…”
“Hurm?”
Hazrill menggelengkan kepalanya perlahan sebelum merebahkan badannya di atas katil. Hurm... macam mana ya nak memujuk isteri dia yang tercinta ini?
Bee… kalau ada terasa hati dengan Isya, berterus terang sahajalah. Isya tak suka kalau bee diamkan diri macam tadi.”
Bee minta maaf, sayang.”
Isya terasa macam Isya ni isteri yang tak berguna sahaja.”
Hazrill terus memeluk isterinya dari belakang sambil menggelengkan kepalanya laju. Bila isterinya cakap seperti itu, hati dia rasa macam ditusuk sembilu sahaja. Isterinya bukan tak berguna. Dia adalah isteri yang terbaik buat Hazrill.
Jangan cakap macam tu, sayang. Sayang adalah segalanya dalam hidup bee. Bee minta maaf…”
Kalau Isya nak tanya something boleh tak?”
Tanyalah, sayang… kalau bee boleh jawab, bee jawab.”
Kenapa bee tipu Isya tadi? Bee cakap nak pergi office tapi kenapa bee ada dekat sini pula? Isya ada buat salah ke pada bee?”
Hazrill mengeluh perlahan sambil menggelengkan kepalanya. Dia malu nak mengaku pada isterinya itu yang dia cemburu dengan kemesraan isterinya itu dengan sepupu isterinya, Eqal.
Bukan macam tu, sayang… bee… tak ada apalah.”
Hazrill terus memejamkan matanya sambil membelakangkan isterinya. Macam mana aku nak beritahu dia? Macam mana kalau dia gelakkan aku nanti?
Tak apalah, bee tidurlah dulu.”
Alisya terus menyelimutkan suaminya sebelum melangkah keluar dari bilik. Tak apalah kalau suaminya tak nak cakap apa-apa dengannya.
Maafkan, bee…”


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment