Tuesday 1 December 2015

Lara Semalam Ep57

BEBERAPA hari lepas tu, Hazrill menanti dengan penuh sabar di hadapan rumah Maisara dengan keputusan DNA di tangannya. Keputusan tu sudah lama sampai ke tangan dia. Dia betul-betul tak sangka yang Maisara sanggup memfitnah dia sebegini teruk. Apa salah dia pada Maisara?
Hazrill betul-betul tak sangka penantian dia yang lama di rumah itu membuahkan hasil dan sekali gus membongkar satu rahsia. Tak sangka Maisara mempunyai hubungan sulit dengan doktor tu. Patutlah hari tu dia datang dekat hospital.
Sayang, you tak nak masuk dulu?”
Maisara menggenggam tangan Doktor Nadzrin erat tak mahu melepaskannya. Sesekali tangan itu diramas perlahan. Kalau boleh dia tak nak lelaki itu balik… dia tak suka duduk rumah dengan budak tu.
Lain kalilah, sayang. I ada hal dengan my mum sekejap lagi.”
You jangan lupa hujung minggu ni.”
Hujung minggu ni? I cuba datang okey?”
Hazrill betul-betul terkedu melihat Maisara mencium dan memeluk Doktor Nadzrin tu. Tak sangka betul, depan aku tunjuk baik segala tapi belakang aku… hanya Allah sahaja yang tahu.
I balik dulu, sayang. Esok, I datang jemput you lagi.”
Ketika Hazrill mahu melangkah keluar dari kereta selepas Doktor Nadzrin beredar, sekali lagi dia disajikan dengan perkara yang betul-betul memeranjatkan dia.
Kau inikan, betul-betul menyusahkan aku! Kau ni sama sahaja tak guna macam mak kau tu. Kalau tak mengenangkan kau ni bawa keuntungan pada aku, dah lama aku hapuskan kau!”
Papa...”
Eh, kau ni betul-betul menjengkelkan! Kau ingat dia nak datang sini ke tolong kau?!! Tak ada maknanyalah! Dia tu bukan bapa kau! Kau tu hanyalah alat untuk aku dengan Nadzrin gunakan untuk halang lelaki tak guna tu kahwin dengan perempuan tu!! Baik kau masuk sekarang sebelum aku rembat kau sampai mati!”
Hazrill mengeluh panjang sebaik sahaja pintu rumah Maisara ditutup rapat. Jadi, semua ni rancangan mereka berdua untuk pisahkan kami? Kau betul-betul tak guna, Nadzrin. Aku nak tengok sejauh mana permainan kau orang berdua.
Jangan risau, Naufal. Papa akan bawa kamu keluar daripada rumah tu.”
Hazrill terus menghubungi Kak Sara untuk meminta bantuan. Dia turut meminta agar Kak Sara membawa Alisya datang bersama. Hari ni dia nak jelaskan segala-galanya pada Alisya namun dia tak akan sesekali memaksa Alisya untuk kembali bersamanya selepas dia menerangkan segalanya.
Malam ni ya, Hazrill? Akak tak tahu lagilah Alisya nak ikut ke tak. Nanti akak minta Aidil pujuk dia ikut sekali.”
Aidil... dia dah tahu ke pasal ni?”
Dah, akak dah beritahu dia.”
Hazrill akhirnya dapat menarik nafas lega. Nampaknya dia tak perlu menerangkan pada Aidil lagi. Mujur Kak Sara sudah beritahu suaminya tentang hal ini. Kalau tidak entah siapa lagi yang dia perlu minta tolong.
Kalau macam tu, saya tunggu dekat tempat biasa.”
Okey, kita jumpa malam ni. Assalamualaikum.”
Wa’alaikumussalam.”
Kak Sara terus menghubungi suaminya sebelum menghubungi Alisya. Lepas mendapatkan persetujuan suaminya, Kak Sara terus menghubungi Alisya. Harap-harap Alisya bersetujulah.
Assalamualaikum...”
Wa’alaikumussalam, hai Kak Sara. Ada apa call Isya ni?”
Malam ni nak ajak teman akak keluar boleh? Aidil busylah.”
Alisya yang sedang sibuk menyediakan bahan-bahan terus terhenti membuat kerja. Terasa pelik pula bila kakaknya itu tiba-tiba mengajaknya keluar. Tak tahu ke kakaknya yang sekarang ni dia tengah busy siapkan tempahan orang?
Malam ni ke? Hurm, bolehlah. Lagipun Isya ingat nak beli barang sikitlah. Minggu depankan nak pergi bercuti dekat kampung. Tak naklah balik lenggang PPkangkung sahaja.”
Okey. Dalam pukul lapan tu siap-siaplah ya?”
Okey, jumpa malam ni.”
Alisya terus mencapai mangkuk yang berisi tepung sebaik sahaja menamatkan perbualan. Agaknya ke mana Kak Sara nak bawa dia pergi ya?
Menung apa tu? Kata nak buat muffin?”
Alisya menoleh bila mendengar suara ibunya. Kenapalah ibu suka sangat buat dia terkejut sejak akhir-akhir ni? Kalau macam nilah setiap hari, mahu ‘jalan’ juga dia nanti.
Tak ada apa-apalah. Cuma fikir pasal nak buat flavour apa...”
Kata nak buat chocolate moist. Isya okey tak?”
Okey sahaja, ibu. Mungkin Isya letih agaknya.”
Seperti yang dijanjikan, malam tu Kak Sara bawa Alisya ke restaurant makanan Jepun . Hazrill sudah siap sedia menunggu kedatangan mereka berdua di dalam restaurant.
Kenapa kita datang sini? Kak Sara bukan tak suka makanan Jepun ke?”
Nak ubah angin apa salahnya?”
Kak Sara terus menonong masuk ke dalam restaurant tu meninggalkan Alisya yang masih terpinga-pinga di belakang. Apa yang tak kena dengan kakak aku ya? Selama ni puas sudah aku paksa dia untuk makan makanan Jepun tapi tiada satu pun usaha aku berjaya. Apa yang membuatkan Kak Sara nak makan dekat sini ya? Dia mengidam ke?
Ah, layankan sahajalah.”
Kak Sara terus melambai tangannya ke arah Alisya sebaik sahaja Alisya melangkah masuk ke dalam restaurant tu. Wah, bukan main mesra dia lambai aku walhal sebelum ni dia dengan selambanya tinggalkan aku dekat luar.
Aidil ke tu? Kata tadi busy?”
Alisya terus berjalan menghampiri kakaknya sambil membelek telefon. Hurm, siapa yang mesej aku ni? Niessa rupanya. Apa yang dia nak ya?
Kata tadi Aidil busy...”
Alisya terus duduk sebelum mengangkat wajahnya memandang abang iparnya itu. Hazrill? Apa yang dia buat dekat sini?
Apa dia buat dekat sini?”
Kak Sara cepat-cepat menarik tangan Alisya dan menyuruh adiknya duduk semula. Cubalah dengar dulu penjelasan orang sebelum buat apa-apa keputusan. Nanti dia juga yang menyesal di kemudian hari.
Isya, Hazrill datang nak jelaskan...”
Tak ada apa yang nak diperjelaskan… semua dah jelaskan? Dahlah, kalau sebab ni Kak Sara bawa Isya dekat sini, lebih baik Isya balik sahaja.”
Alisya mencapai handbagnya dan terus bangun. Buat apa nak jelaskan semua yang dah sememangnya jelas? Kenapa mesti buat dia menangis lagi? Tak cukup ke dia menderita selama ni?
Alisya, please. Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Kalau awak dah dengar, saya tak akan halang awak pergi lepas tu.”
Lama Alisya merenung wajah insan yang dirindui separuh nyawa itu. Macam mana kalau dia jadi lebih menderita lepas dia dengar semua benda yang Hazrill nak cakap tu? Mampu ke dia nak tahan semua tu? Ditinggalkan Hazrill dah cukup menyakitkan buat dia. Dia sampai dah tak larat nak tempuhi semuanya.
Cakaplah apa yang awak nak cakap sangat tu. Saya akan dengar.”


Bersambung...

No comments:

Post a Comment