“AKU
terima
nikahnya… Nur Aleeya Alisya binti Hariss dengan mas kahwin seribu
ringgit tunai.”
Dengan
sekali lafaz, Alisya sah bergelar isteri kepada lelaki itu.
Sebenarnya dia langsung tak mengambil peduli pun majlis akad nikah
itu. Bila ibu memeluknya barulah dia sedar yang dia sudah bergelar
isteri orang.
“Tahniah,
sayang…”
Ketika
upacara membatalkan air sembahyang, semua yang berada di situ
terkejut. Kenapa pengantin sudah bertukar? Pasangan suami isteri yang
baru sahaja dinikahkan itu terkedu sebaik sahaja pandangan mereka
bertaut.
“Isya?”
“Apa
semua ni? Mana Eqal?”
Eqal
muncul di celah-celah orang ramai. Dia melemparkan senyuman pada
Alisya. Alisya nampak cantik berpakaian pengantin.
“I’m
here, babe.”
Alisya
terus merenung wajah Eqal dan lelaki yang sudah bergelar suaminya itu
dengan pandangan yang tajam. Mereka ingat pernikahan dia ni satu
permainan ke?!
“Kak
Zita, apa ni?”
Hazrill
memandang wajah kakaknya meminta penjelasan. Sanggup mereka
mempermainkan mereka berdua. Mata Hazrill terus membulat bila Kak
Zita dengan selambanya datang menghampiri Alisya dan terus memeluk
gadis tu diiringi dengan ucapan tahniah yang meniti di bibirnya.
“Tak
kisahlah apa yang kami dah buat… akhirnya rancangan kami nak
satukan kalian berjaya juga.”
Waktu
majlis persandingan Alisya dan Hazrill berlangsung, Azie boleh pula
terserempak dengan Mummy
Azmier di bawah khemah. Muka dia terus berubah menjadi pucat lesi dan
senyumannya tadi terus hilang bila melihat jelingan tajam Mummy
Azmier.
“Kau…
macam mana kau ada dekat sini?”
“Datin…
saya… saya…”
Niessa
yang terperasan kehadiran mummy
di majlis itu cepat-cepat menghampiri Azie. Macam mana mereka boleh
terserempak di majlis ini? Bukan ke mummy
kata yang dia tak dapat datang?
“Mummy!”
“Niessa
sayang… sorrylah
mummy
lambat.”
“It’s
okay,
mummy
kenalkan ni bestfriend
Niessa since
sekolah menengah.”
Mummy
Azmier memandang wajah Niessa dan Azie silih berganti. Macam mana
mereka boleh bersahabat? Waktu sekolah menengah bukan Niessa sekolah
private
ke? Jadi Azie ni bukan orang sebaranganlah ya? Aku dah salah fahamlah
ni?
“Siapa
nama kawan Niessa ni?”
“Sharifah
Aziella binti Syed Hafizi, mummy.”
Ketika
mendengar nama Azie, muka Mummy
Azmier terus berubah. Sharifah Aziella? Mummy
Azmier terus merenung wajah Azie yang sedang tertunduk memandang
tanah.
“Sharifah?”
“Niessa,
I
nak pergi jumpa Fahmi sekejap.”
Mummy
Azmier mengeluh perlahan melihat pemergian Azie. Tak sangka orang
yang dia hina-hina selama ni, yang dia pandang rendah selama ni
merupakan keturunan Sharifah.
Niessa
memandang wajah keruh Mummy
Azmier dengan perasaan yang bercampur baur antara sedih dan gembira.
Dia gembira untuk Azie kerana nampaknya mummy
tidak lagi membenci Azie dan dia sedih untuk dirinya kerana mummy
macam menyesal tidak memilih Azie sebagai bakal menantu.
“Mummy…
mummy
makanlah dulu ya? Niessa nak ke sana sekejap.”
Niessa
terus melangkah masuk ke dalam rumah dan mengurungkan diri di dalam
toilet
buat seketika sambil membawa masuk beg make
upnya
sekali.
Air mata yang ditahan sejak tadi mula tumpah. Hancur terus make
upnya
bila dia menangis.
Setengah
jam kemudian ketika dia melangkah keluar dari toilet,
dia terkejut melihat Azie berada di dalam bilik itu menantinya keluar
dari toilet.
“Niessa,
kenapa you
buat macam tu?”
“Buat
apa?”
“Jangan
buat-buat tak tahu pula. You
tahu apa yang I
maksudkan… kenapa you
buat macam tu?”
“I
hanya perkenalkan kawan I
pada mummy.
Tak akan itu pun salah?”
Azie
mengeluh perlahan. Kenapa Niessa suka buat dia serba salah sebegini?
Kenapa Niessa tak pernah nak faham yang dia dah mulakan hidup baru?
Dia dah terima hakikat yang Azmier adalah jodoh Niessa.
“Perlu
ke menyebut nama penuh
I
depan datin tu? I
rasa tak perlukan? Ini kali terakhir I
cakap
pasal ni ya? I…
dah tak ada apa-apa hubungan dengan Azmier lagi, antara kami tak ada
apa-apa kaitan. Kalau you
buat lagi macam ni, I
takut I
tak boleh nak teruskan persahabatan kita lagi.”
HAZRILL
yang
sejak dari tadi duduk bersendirian di halaman rumah mengeluh
perlahan. Dia tak bodoh dalam menilai kasih sayang Eqal terhadap
isterinya. Eqal sanggup korbankan cintanya demi menyatukan dia dan
Alisya. Orang lain mungkin nampak Eqal tersenyum bahagia namun dia
melihat hati Eqal merintih hiba.
Usai
solat maghrib tadi, seluruh ahli keluarga yang terlibat dalam
pemainan ini mula memberikan penjelasan. Dia menerima penjelasan
mereka dengan hati yang terbuka sementara isterinya, menerima dengan
linangan air mata. Mereka betul-betul terharu dengan apa yang
keluarga mereka lakukan.
“Boleh
aku duduk?”
Hazrill
mengangkat kepalanya sebelum mengangguk lemah. Eqal? Apa yang dia
buat dekat sini? Tadi bukan dia tengah seronok bersembang dengan
Alisya dan sahabat baik Alisya ke?
“Duduklah…”
Eqal
terus melabuhkan punggungnya di kerusi batu di halaman rumah mertua
tak jadinya itu. Kelakar pula bila dia menyebut perkataan mertua tak
jadi itu.
“Hurm,
tahniah ya?”
Huluran
tangan Eqal itu dibiarkan tidak bersambut. Hazrill memandang wajah
Eqal yang sedang menyembunyikan kesedihnya dengan senyuman di bibir.
“Kenapa
kau buat macam ni, Eqal? Aku tahu kau menderita.”
Eqal
tersenyum hambar sebelum melepaskan keluhan berat. Dia lebih rela dia
hidup menderita daripada Alisya menderita berkahwin dengan lelaki
yang dia langsung tak cintai.
“Apa
maksud kau?”
“Tak
perlu berdolak dalik dengan aku, Eqal. Aku tahu kau cintakan Alisya.
Kenapa kau serahkan dia pada aku jika kau cintakan dia?”
Eqal
terus memaksa dirinya untuk senyum walaupun dia tahu betapa hambarnya
senyuman dia ketika itu. Berkahwin dengan Alisya memang impiannya
dari kecil tapi apa daya dia? Siapa dia nak menolak takdir?
“Untuk
apa aku kahwin dengan dia kalau hanya aku sahaja yang mencintai dia?
Aku tahu hidup dia akan menderita jika berkahwin dengan aku. Aku tahu
cintanya hanya untuk kau dari dulu sampai sekarang.”
“Tapi
kau menderita sekarang ni...”
Eqal
terus mendongak sambil merenung bintang di langit. Kalau boleh dia
sememangnya teringin sangat nak memperisterikan Alisya namun dia tak
sanggup melihat Alisya menderita hidup dengannya. Lagipun dia sendiri
tak dapat membahagiakan Alisya seperti mana yang Hazrill lakukan.
“Kau
tahu, Alisya tu suka bercerita dengan aku tentang masalahnya. Dan,
walaupun kita tak pernah jumpa, aku sebenarnya dah kenal kau melalui
cerita-cerita Alisya. Hurm… dia nampak gembira tiap kali bercerita
pasal kau. Aku rasa kau sangat beruntung, Hazrill. Kau beruntung
sebab berjaya memiliki hati dia walhal aku... dari dulu aku cuba
tarik perhatian dia tapi dia langsung tak nampak aku.”
Mendengar
cerita Eqal itu, hati Hazrill diselubungi rasa simpati pada Eqal.
Eqal sanggup berkorban hanya untuk melihat Alisya bahagia.
“Tapi…”
“Aku
happy
bila dia happy.
Tolong jangan hancurkan kebahagiaan aku, Hazrill. Janji dengan aku
yang kau akan jaga dia dengan baik. Lebih baik dari kami jaga. Satu
sahaja yang kau kena ingat. Kalau kau berani-beraninya buat Alisya
menangis lagi, kau akan berdepan dengan aku.”
“Aku
janji aku akan jaga dia sebaik yang mungkin selagi aku masih
bernyawa.”
Eqal
mengangguk faham sambil tersenyum. Dia yakin yang Hazrill akan dapat
menjaga Alisya sebaik yang mungkin dan dia percaya Alisya akan
bahagia hidup dengan Hazrill.
“Kotakan
janji kau, Hazrill. Aku paling tak suka orang yang berjanji tetapi
mungkiri janjinya.”
“Inshaallah…”
Sebaik
sahaja terperasan yang Alisya sedang menghampiri mereka, Eqal
cepat-cepat tukar tajuk perbualan mereka.
“Borakkan
apa? Dari jauh Isya nampak mcam serious
sahaja. Ada projek besar ke?”
“Taklah,
kami borakkan hal lelaki sahaja.”
Alisya
memandang wajah suaminya dengan Eqal silih berganti. Apa agaknya yang
mereka borakkan tadi?
“Eqal,
sudah ke berbualnya? Mummy
dah mengantuk ni.”
Eqal
terus minta diri untuk pulang bila mummy
memanggilnya. Selamat pengantin baru, Isya. Eqal doakan Isya bahagia
dengan Hazrill. Mummy
yang sedang berdiri di tepi kereta segera dihampiri. Dari wajah
mummynya,
dia tahu mummynya
itu keletihan membantu menguruskan majlis petang tadi.
“Eqal
okey tak ni?”
“Eqal
okey, mum.”
Mummy
merenung wajah anak bujangnya itu tidak percaya. Dia tahu bila
anaknya itu menipunya. Walaupun di luar nampak dia gembira dan ceria
namun di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang mengetahui betapa
anaknya itu kecewa dengan pernikahan Alisya ini.
“Are
you sure? Mummy
tahu Eqal terluka dengan semua benda ni. Sebab tu dulu mummy
tak suka Eqal setuju dengan rancangan gila ni.”
“Mum,
please…
Eqal tak akan kahwin dengan orang yang tak mencintai Eqal. Walaupun
Eqal separuh jiwa mencintai dia, dia tetap nampak Hazrill. Mungkin
dah tertulis bukan jodoh Eqal dengan dia. Lagipun Eqal tak terkilan
sangat sebab kami habiskan banyak bersama.”
Eqal
melemparkan senyuman pada semua ahli keluarganya padahal hati dia
sedang menangis dan hanya mummynya
yang tahu tentang hal itu. Alisya yang baru sahaja selesai menghantar
Azie ke muka pintu terus bersalaman dengan Mummy
Eqal dan mengucapkan terima kasih atas segalanya.
“Tadi
borakkan apa dengan Eqal?”
“Tak
ada yang penting pun. Kami bualkan hal lelaki.”
“Semua
orang dah tunggu kita buka hadiah dekat dalam.”
Hazrill
mengangguk dan terus berjalan beriringan dengan isterinya melangkah
masuk ke dalam rumah mertuanya. Ruang tamu ibu sudah penuh dengan
longgokan hadiah daripada sahabat handai, keluarga mereka dan juga
daripada pekerja mereka sendiri. Nampaknya tak cukup tangan mereka
nak buka semua hadiah itu malam ni.
bersambung...
© 2012 - 2025 yjanie.blogspot.com - All Rights Reserved.
Bila nk sambung?
ReplyDelete