Wednesday 6 January 2016

Lara Semalam Ep65

Ya, memang Alisya kenal dengan Eqal. Semua pasal Eqal dia tahu dari A sampai Z. Tapi masalahnya, dia tak cintakan Eqal. Dia tak pernah dan tak akan cintakan Eqal. Kenapa Eqal tak pernah beritahu dia apa-apa pasal benda ni?
Tapi...”
Tapi apanya? Isya tak suka Eqal ke?”
Alisya memandang wajah Kak Sara lama. Dia takut dia tak boleh jadi isteri yang baik untuk Eqal. Macam mana kalau lepas dia berkahwin dengan Eqal, dia masih tak boleh lupakan Hazrill? Suami mana yang tak marah dan cemburu kalau isterinya fikirkan pasal lelaki lain? Eqal terlalu baik and tak layak diperlakukan sebegitu.
Isya tak cintakan dia, kak. Dari dulu sampai sekarang, Eqal hanya anggap dia sebagai seorang adik sahaja. Lagipun dia terlalu muda untuk Isya, kak.”
Muda lima tahun bukan masalah, Isya. Pasal cinta, lepas kahwin nanti boleh belajar.”
Alisya mengeluh perlahan memandang cincin di hadapannya itu. Apa patut aku buat? Semua family dah ada keputusan sepakat untuk menerima pinangan itu dan tadi pinangan tu dah diterima secara tak rasmi. Kenapa mereka buat keputusan tanpa bertanya dan berbincang dengan aku dulu?
Isya nak mandi dululah. Badan dah rasa melekit.”
Kak Sara hanya memandang adiknya yang melangkah lemah ke dalam bilik mandi. Salah ke keputusan yang mereka semua buat ni?
Sampai sahaja di dalam bilik mandi, Alisya menangis semahu-mahunya di sana. Ya Allah, aku tak cintakan dia... hanya Hazrill yang sentiasa berada di dalam hati aku.
Mungkin ke ini adalah jalan yang terbaik untuk aku lupakan Hazrill dan menerima cinta yang baru?”
Alisya terus membuka rantai yang tergantung di lehernya. Aku perlu pulangkan semuanya pada Hazrill kembali. Aku perlu membuka hati aku seluasnya untuk Eqal selepas aku mengusir cinta yang sedia ada di dalam hatiku untuk Hazrill.
Terima kasih Hazrill sebab ajar saya tentang cinta.”
Air mata Alisya semakin laju membasahi pipinya sambil dia menggenggam erat rantai di tapak tangannya. Ya Allah, kenapa beratnya hati ni untuk melepaskan dia pergi? Apa yang sepatutnya dia buat?

SEBELUM Alisya melangkah keluar dari biliknya untuk ke pejabat, dia terus meletakkan barangan pemberian Hazrill seperti seutas rantai, dua bentuk cincin, teddy bear dan beberapa barangan lagi ke dalam sebuah kotak sebelum menghantar pesanan ringkas kepada Hazrill.
Hazrill yang sedang merehatkan diri di tepi tasik terus mencapai handphonenya yang tiba-tiba bergetar menandakan ada pesanan ringkas masuk. Alisya? Kenapa dia mesej aku setelah sekian lama masing-masing mendiamkan diri?
Assalamualaikum, Hazrill, boleh kita jumpa sekejap? Saya janji tak akan ambil banyak masa awak. -Alisya-
Kenapa Alisya nak jumpa aku? Mungkin dia ada hal penting nak beritahu aku. Lepas membalas pesanan ringkas itu, Hazrill terus melangkah ke arah keretanya.
Kenapa ya Alisya nak jumpa aku? Bukan ke hujung minggu ni dia bertunang?”
Setibanya di tempat yang dijanjikan, Alisya dah setia menunggu di sana. Hurm, sakitnya hati aku bila terpaksa terima kenyataan yang dia bakal jadi milik orang lain. Ya Allah, aku tak mampu nak berdepan dengan dia sekarang ni. Aku terlalu mencintai dia.
Hazrill, kau kena kuat. Dia bakal jadi milik orang lain dan begitu juga kau.”
Langkah terus diatur menghampiri Alisya dengan perlahan. Dia masih tak berubah dan nampak lebih cantik. Ya Allah, kenapa susah sangat untuk aku lupakan dia?
Assalamualaikum...”
Wa’alaikumussalam...”
Dah lama sampai?”
Alisya menggeleng perlahan sambil memaksa dirinya untuk tersenyum. Kalau boleh dia tak mahu tunjuk pada Hazrill yang dia sedih dengan pertunangan ini. Biarlah lelaki itu fikir yang dia bahagia dengan hidupnya sekarang.
Baru sahaja, maaf ya saya minta awak keluar jumpa saya.”
Tak apa, lagipun saya memang dekat luar pun tadi.”
Alisya dengan Hazrill masing-masing terdiam selepas itu kerana tak tahu apa yang nak dibualkan lagi. Lidah masing-masing tiba-tiba jadi kelu untuk berkata-kata.
Alisya...”
Hazrill...”
Err, awak cakaplah dulu.”
Alisya mengeluh perlahan. Dia tak tahu macam mana nak cakap dengan Hazrill. Mungkinkah Hazrill terluka dengan pertunangan yang bakal berlangsung antara dia dengan Eqal?
Saya nak minta maaf.”
Hazrill menggelengkan kepalanya perlahan. Alisya tak salah dalam hal ni… dia yang salah dalam hal ni. Dia sepatutnya lebih percayakan Alisya dalam hal ni… kalau tak pasti semua ini tak akan terjadi.
Tak perlu minta maaf, Alisya. Semua ni salah saya dan saya yang patut minta maaf.”
Saya dah lama maafkan awak, Hazrill. Tiada satu pun hari dalam hidup saya, saya salahkan awak. Sebenarnya saya minta awak datang sini sebab nak pulangkan barang awak. Saya tak boleh simpan semua ni lagi sebab ni bukan milik saya lagi.”
Sebaik sahaja kotak bertukar tangan, muka Hazrill terus berubah. Semua ni barangan yang dia beri kepada Alisya dan kini semua itu dikembalikan semula kepadanya. Kenapa Alisya pulangkan barang yang sudah menjadi miliknya kepada dia semula?
Semua ni dah jadi milik awak, Alisya. Kenapa pulangkan pada saya?”
Hazrill, saya tak boleh simpan semua ni lagi. Kalau saya masih simpan semua barang ni… saya takut Eqal akan fikir lain pula.”
Walaupun dia berat hati, Alisya tetap memaksa dirinya untuk kekal tersenyum namun di dalam hatinya hanya Allah sahaja yang tahu. Dia tak layak menyimpan semua barang pemberian Hazrill itu. Meskipun dia terlalu sayangkan semua barang-barang itu, dia tak boleh menyimpannya lagi.
Tak apalah, kalau macam tu… saya faham, Alisya.”
Terima kasih untuk semuanya, Hazrill.”
Tak usah berterima kasih pada saya, Alisya. Saya tak ada buat apa-apa pun untuk awak selain menyakitkan hati awak dan buat awak menangis sahaja.”
Tak, Hazrill. Banyak dah awak buat untuk saya. Awak buat saya lupa dendam saya, awak buat saya kenal erti cinta yang sebenarnya, awak buat saya bahagia... awak...”
Hazrill hanya menggelengkan kepalanya beberapa kali. Hanya itu sahaja yang dia mampu lakukan untuk Alisya. Dia yakin Eqal mampu lakukan lebih daripada apa yang dia mampu beri dan sediakan untuk Alisya.
Saya tahu Eqal tu seorang lelaki yang baik untuk awak, Alisya. Saya doakan awak bahagia dengan dia. Tolong sampaikan salam saya pada dia ya?”

Bersambung...

No comments:

Post a Comment