Tuesday 1 March 2016

Lara Semalam Ep 76

HANDPHONE Alisya yang diletakkan di atas meja kopi di ruang tamu tiba-tiba berdering ketika mereka sedang menikmati makan malam. Siapa pula yang call waktu-waktu macam ni? Baru sahaja Alisya mahu bangun, papa segera menghalang. Dia paling tak suka kalau tinggalkan meja makan sebelum menghabiskan makanan di dalam pinggan.
Alisya, duduk. Sekarang tengah makankan?”
Sorry, pa...”
Aduh, macam manalah boleh terlupa peraturan dekat rumah ni. Buat malu sahaja bila disound di hadapan Hazrill.
Mungkin penting tu. Dah tiga kali dia call.”
Lepas makan nanti Isya return call. Mungkin Eqal tu.”
Alisya, Alisya. Dah lama sangat kau tak datang rumah mama dengan papa sampai kau lupa peraturan dekat rumah ni. Handphone tak boleh dibawa sekali ke meja makan dan jangan sesekali bangun selagi belum habis makan. Kalau nak tengok handphone berkecai, silalah langgar peraturan ya?
Rill ni anak tunggal ke?”
Taklah, papa. Saya ada kakak.”
Oh, papa ingat kamu ni anak tunggal.”
Hazrill hanya tergelak kecil. Papa ni ada-ada sahaja. Bila papa memandang Hazrill, hati tuanya terpaut dengan sikap yang ditonjolkan Hazrill dan cara Hazrill melayannya dengan penuh hormat. Alangkah bagus kalau Alisya berkahwin dengan Hazrill.
Yang, buatkan abang nescafe. Malam-malam macam ni teringin pula nak minum nescafe.”
Ha, yalah. Sekejap lagi saya buatkan.”
Alisya terus membantu mama mengemas meja makan sebelum menghidang muffin yang dia buat petang tadi dengan seteko air nescafe yang mama buatkan di hadapan papa dan Hazrill.
Pa, Rill, jemput minum.”
Wah, muffin kegemaran papa.”
Alisya tersenyum melihat muka teruja papa itu. Nasib baiklah dia buat banyak untuk papa hari ni. Bolehlah papa makan sepuas hatinya hari ni.
“Isya ada buat lebih untuk papa. Kalau papa nak lagi ada dekat dapur.”
Senyuman papa semakin melebar hingga ke telinga tatkala mengetahui anaknya itu membuat muffin kegemarannya. Sudah lama rasanya dia tak menjamah muffin buatan tangan anaknya itu.
“Ni yang papa sayang lebih dekat anak papa seorang ni.”
Alisya hanya tersenyum mendengar kata-kata papa. Papa ni hanya tegas ketika di ruang makan. Sikapnya akan berubah selepas dia keluar dari ruang makan. Bagi dia ruang makan untuk spend time dengan family dan dia tak nak orang luar mengganggu.
“Pa, Isya nak naik berehat dulu ya? Papa pun jangan lewat sangat tidur. Esok nak berjalan jauh.”
“Kamu ni dah macam mama kamu pula. Copy paste perangai mama kamu sebiji.”
“Anak mamalah katakan. Papa jangan nak berdalih ya? Rill, awak pun jangan lewat sangat tidur.”
“Yes, boss.”
Mama hanya tersenyum melihat telatah ahli keluarganya. Kalaulah dia dan suami dikurniakan anak, pasti mereka akan sebahagia ini. Selama ni dia hanya menumpang kasih pada Alisya seorang sahaja. Dialah madu dan racun dalam hidup mereka. Kalau Alisya berduka cita, mereka turut berduka cita juga. Mereka dah anggap Alisya itu macam anak kandung mereka sendiri.
Ma, menungkan apa tu?”
Mama cuma berfikir sesuatu. Dah, semuanya jangan tidur lambat sangat. Esok nak jalan jauhkan?”
Tengok, Rill. Betulkan apa yang papa cakap tadi?”
Betul tu, pa.”
Mama dan Alisya hanya menggelengkan kepalanya sebelum ikut mereka ketawa. Papa ni ada-ada sahaja. Lepas itu boleh pula sekepala dengan Hazrill. Macam-macamlah perangai kaum lelaki dalam rumah ini.
Isya naik rehat dulu, mama, papa.”
Lepas menyalami tangan mama dan papa, Alisya terus berjalan ke arah tangga. Mata dah mengantuk dan badan dah letih. Sekarang ni dia tiada mood untuk membuat apa-apa kerja selain tidur.
Isya, tunjukkan bilik tetamu dekat Rill ni. Kesian dia dari tadi berkemeja. Mama dah siapkan dah biliknya.”
Okey, mama. Jomlah, Rill. Isya tunjukkan bilik.”
Saya tidur dulu papa, mama...”
Hazrill terus membontoti langkah Alisya ke tingkat atas. Dalam masa dua hari lagi Alisya bakal menjadi tunangan orang lain. Kau sanggup ke tengok Alisya terseksa hidup dengan lelaki lain sedangkan dia tak mencintai lelaki itu? Kau sanggup ke korbankan cinta kau dan Alisya?
Ini bilik Rill. Kalau nak apa-apa beritahu Isya okey? Bilik Isya ada dekat tingkat atas. Depan ni bilik mama dengan papa.”
Okey.”
Waktu Alisya mahu memanjat tangga ke tingkat atas, Hazrill cepat-cepat menghalang langkah Alisya.
Ada apa, Rill?”
Hazrill menggaru kepalanya yang tidak gatal. Ya Allah, kenapa aku jadi kelu untuk berkata-kata? Patut ke tidak aku berterus terang tentang perasaan aku?
Err, tak ada apa-apa. Good night.”
Oh, good night.”
Hazrill mengeluh perlahan sebaik sahaja bayangan Alisya hilang di tingkat atas. Bukan itu yang ingin dia ucapkan tadi. Ya Allah, kenapa lidah aku kelu untuk berkata-kata? Aku tak nak kehilangan Alisya dan aku cintakan dia dari dulu sampai sekarang.
Alisya, aku sayangkan kau…”
Kenapa payah sangat untuk aku beritahu yang aku sayang dekat kau, Alisya? Ya Allah, aku tak sanggup kehilangan dia. Dia adalah jantung hatiku…

KEESOKAN harinya, Alisya mencuri-curi pandang ke arah Hazrill yang sedang berbual dengan papa. Boleh ke aku lupakan dia? Boleh ke aku menerima Eqal sebagai suami dalam hidup aku? Ya Allah, apa yang patut aku buat sekarang ni? Patut ke aku teruskan majlis esok?
“Isya, menungkan apa tu? Makanan bila boleh dihidang? Kejap lagi kita dah nak gerak balik KL.”
Eh, mama ni… terkejut Isya.”
Tak elok kalau asyik tengok anak teruna orang, Isya… ingat sikit esok awak tu nak bertunang dah.”
Alisya terus menundukkan kepalanya memandang lantai dapur. Mama perasan ke aku asyik pandang Hazrill?
Isya… mama tahu kamu masih ada perasaan pada dia. Kenapa kamu nak bertunang dengan Eqal? Tak baik mainkan perasaan orang lain, Isya.”
Isya… Isya tak tahu, mama.”
Kalau suka… buat apa teruskan pertunangan kamu dengan Eqal? Kamu sendiri sedia maklum dengan perasaan kamukan? Kamu mungkin boleh bohongi orang lain… tapi bukan mama. Mama yang asuh kamu dulu, Isya…”
Mama menepuk bahu Alisya perlahan. Dia harap Alisya fikirkanlah kata-kata dia tadi. Sampai bila nak membohongi diri sendiri? Nanti diri sendiri juga yang kecewa di kemudian hari.
Fikirkan apa yang mama katakan tadi, Isya…”

BUKA sahaja mata, semua sahabat baiknya sudah berkumpul di dalam biliknya. Ya Allah, apa yang mereka buat di dalam biliknya pada pukul lima pagi macam ni?
“Girls?”
“Congrats…”
“Thanks. Suka sangat buat I terkejut.”
Niessa, Fieda, Azie dan Aida terus memeluk sahabat baik mereka itu yang bakal menjadi tunangan orang hari ni. Semoga pertunangannya kali ini kekallah dan tiada apa-apa yang akan terjadi lepas ini.
“Awalnya datang? Suami-suami dan tunang tersayang tak ikut sekali?”
Hubby kita orang datang nanti. Pagi tadi mereka yang hantar kami ke sini.”
“Oh, tahniahlah sebab buat I terkejut. Dah lama ke sampai?”
Niessa, Fieda, Azie dan Aida terus berjalan menuju ke arah katil. Siapa yang tak mengantuk kalau bangun pukul dua pagi?
“Lamalah juga, pukul tiga tadi kami sampai sini.”
“Kalau macam tu, tidurlah dulu. I nak mandi sekejap.”
“Awalnya?”
Usai solat subuh, mereka terus melelapkan mata beramai-ramai di atas katil. Mujurlah katil ini besar, kalau tidak ada yang bakal tidur di atas lantai.
“Isya, you dah tidur ke?”
“Belum lagi, kenapa?”
You dengan Hazrill macam mana?”
Alisya terus terduduk gara-gara terkejut. Kenapa Niessa menyoalnya dengan pertanyaan sebegitu?
“Kami baik sahaja, kenapa?”
“Maksud I, you masih cintakan dia ke?”
Alisya terdiam mendengar pertanyaan Niessa itu. Ya, dia masih cintakan Hazrill saat ini dan dia perlu membuang rasa cinta itu kerana tak lama lagi dia bakal menjadi isteri Eqal dan itu tak adil buat Eqal jika isterinya mencintai orang lain.
“Isya?”
You kawan baik I, begitu juga Hazrill. Semuanya kawan baik I dan I sayang kawan baik I.”
I tahu you terseksa hidup macam ni. Ada masa lagi untuk you ubah fikiran.”
Alisya mengesat matanya yang sudah mulai membasah. Dia tak boleh membatalkan majlis yang bakal berlangsung hari ni kerana Eqal merupakan keluarganya. Mummy sangat-sangat berharap dia menjadi menantu dalam keluarganya.
“Eqal keluarga I, Niessa. Macam mana pun sayang I pada Hazrill, I tak sanggup nak lukakan hati mereka.”
“Hazrill akan bertunang lusa dengan gadis pilihan kakaknya. Macam mana you terseksa hidup tanpa mencintai Eqal, macam tu juga keadaan Hazrill.”
Hazrill akan bertunang? Kenapa dia tak beritahu aku apa-apa hari itu? Kami habiskan masa tiga hari bersama tapi dia langsung tak beritahu aku apa-apa. Tak walaupun sekali. Kenapa dia sorok benda penting macam ni daripada aku?
“Isya?”
“Baguslah macam tu. I harap dia bahagia dengan gadis tu. I tahu pilihan kakaknya itu bakal membahagiakan hidup dia.”
Niessa memandang wajah sahabatnya tidak percaya. Alisya boleh ke lupakan Hazrill? Dia tak yakin yang gadis tu dapat melupakan Hazrill kerana Hazrill merupakan sebahagian dari hidup Alisya.
You tak nak halang ke? I tak nak Hazrill kahwin dengan gadis itu hujung bulan ni!”
“Dia kahwin hujung bulan ni juga?”
“Ya, dan I tak suka nak dengar yang dia bakal kahwin hujung bulan ni. Kalau dia kahwin juga dengan gadis itu, I yakin dia tak akan bahagia.”
Alisya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum. Niessa, Niessa… mana dia tahu Hazrill tak akan bahagia kalau kahwin dengan gadis pilihan keluarganya? Pandai-pandai sahaja…
“Niessa, siapa kita untuk tentukan dia bahagia atau tidak.”
Alisya terus memaksa dirinya untuk senyum walaupun hatinya sudah meraung hebat. Hujung bulan ini mereka berdua bakal berkongsi hidup dengan pasangan yang mereka tak cintai.
“Eloklah tu dia kahwin cepat. Tak adalah kakak dia risaukan dia. Nanti adalah yang akan jaga makan pakai dia.”
Niessa mengeluh perlahan. Dia tahu Hazrill dan Alisya saling menyintai dan dia tak mahu kawan baiknya itu menderita hidup dengan orang yang mereka tak cintai.
“Isya…”
“I mengantuklah, kita borak lagi lepas ni.”

ALISYA mengeluh perlahan sebaik sahaja menerima pesanan ringkas daripada Hazrill. Hazrill tak dapat menghadiri majlisnya kerana ada urusan kerja dan terpaksa ke luar negara hari ini. Meskipun sahabat baiknya yang lain berada dengannya di majlis ini, dia tetap memerlukan Hazrill untuk bersama dengannya sekali.
“Kenapa, Isya?”
“Tak ada apa-apa. Kau orang lapar tak? Jom kita turun makan. Nanti susah pula nak makan kalau orang dah datang.”
“Lapar jugalah.”
“Kalau macam tu jomlah kita turun makan. I pun lapar dah tahap kebulur dah ni.”
Alisya merenung ke arah handphonenya sebelum melangkah keluar dari bilik itu. Sesungguhnya dia masih mengharap Hazrill akan menghubunginya dan minta dia membatalkan rancangan dia untuk bertunang dengan Eqal.
‘Tolonglah call, Hazrill. Halanglah aku dari buat benda bodoh macam ni. Tolonglah halang aku. ’
“Isya, tunggu apa lagi tu? Lapar dah ni.”
Sorry, sorry… jomlah turun sekarang.”
Alisya terus menutup pintu biliknya serapat yang mungkin sebelum menuruni tangga dengan berhati-hati. Sejak peristiwa dia pernah jatuh dari tangga dulu, dia jadi trauma nak turun tangga dalam keadaan tergesa-gesa.
“Isya, last soalan dari I. You yakin ke you dapat lupakan dia?”
Soalan Niessa terus membuatkan lidah Alisya menjadi kelu dan sukar untuk mengeluarkan kata walaupun sepatah untuk menyedapkan hatinya dan meyakinkan orang lain.
I…”
I tak minta jawapan tu sekarang. You fikir betul-betul baik buruk keputusan yang you ambil ni.”
Alisya semakin garu-garu dengan keputusan dia menerima pinangan ini. Betul ke apa yang dia nak buat sekarang ni? Ah, jiwanya semakin kacau apabila diaju soalan sebegitu.
Alisya melihat jam di pergelangan tangannya. Ya Allah, lagi beberapa jam sahaja lagi rombongan meminang akan sampai. Lebih baik kau buat keputusan segera, lsya. Kau nak terima atau kau tolak pinangan tu? Tapi masalahnya pinangan tu dah diterima secara tak rasmi oleh keluarganya dan rombongan meminang ini hanya nak cukupkan syarat sahaja.
Macam mana ni, Alisya… apa yang kau nak buat? ’
Isya, tunggu apa lagi tu? Nanti bila dah ramai orang datang baru nak makan ke?”
Ya, Isya turunlah ni.”
Hazrill, kalau kau telefon aku walaupun sekali sahaja, aku akan menolak pinangan ni. Tolonglah Hazrill, jangan bagi aku buat benda yang bodoh dan menyusahkan aku sahaja.

bersambung...

No comments:

Post a Comment