Friday 19 February 2016

Lara Semalam Ep71

Lepas menamatkan perbualan, Alisya memandang Hazrill pelik. Kenapa mereka singgah di Mac Donald? Bukan ke mereka rushing nak balik kampung ke?
“Kita singgah sekejap ya? Rill belum makan lagi. Tadi waktu Isya call, Rill terus siap-siap.”
Alisya terus merasa serba salah sebaik sahaja mengetahui yang lelaki tu langsung tak menjamah apa-apa kerana dia. Ya Allah, kenapa aku masih lagi menyusahkan Hazrill? Sepatutnya aku tak perlu ganggu dia lagi.
“Isya minta maaf.”
“Tak apa, kitakan kawan?”
Thanks, Rill. Isya betul-betul terharu.”
Lepas mendapatkan apa yang diperlukan, mereka terus bertolak balik kampung. Sesungguhnya Alisya betul-betul rindukan waktu dia dengan Hazrill balik ke kampung berdua selepas Hazrill melamarnya.
“Makanlah, Isya. Kenapa awak tenung makanan tu?”
“Saya tak lapar. Sekarang ni saya cuma nak sampai dekat kampung secepat yang mungkin.”
“Kalau ya pun, jamahlah sikit.”
“Awak makan sahajalah. Saya betul-betul tak lapar.”
Alisya masih lagi sibuk mendail nombor telefon Iskandar. Dia terlupa pula nak beritahu Iskandar yang dia akan balik hari ni. Macam-macam benda dia terlupa nak buat kerana risaukan keadaan Nana ketika ini.
Please, Isya? Sikit pun tak apa.”
Hazrill terus menghulur fries di tangannya. Dia tahu Alisya tak akan menolak makanan kegemaran mereka itu.
“Saya makan fries sahajalah.”
Ice cream ada dekat dalam tu.”
Sudahnya, habis semua fries Alisya rembat. Dah lama sangat dia tak makan makanan kegemaran dia tu. Tak sangka Hazrill mengingati makanan kegemaran dia. Eh, memanglah Hazrill tak lupa. Merekakan kongsi makanan kegemaran yang sama.
“Sampai sekarang Rill masih tak dapat lupakan waktu first time kita jumpa. Isya nampak comel sangat-sangat waktu tu. Rill akan abadikan kenangan yang paling manis tu dalam hidup Rill.”
“Terima kasih, Rill. Saya betul-betul tak sangka...”
“Hanya itu yang Rill ada untuk teruskan hidup Rill.”
Ketika mereka sampai di perkarangan rumah milik Nana dan Iskandar, ramai orang sudah berkumpul di rumah itu. Ya Allah, kuatkanlah hati hambaMu ini.
“Isya, sebelum awak masuk janji dengan saya satu benda boleh?”
“Apa dia?”
“Jangan menangis depan dia.”
“Inshaallah, jomlah kita masuk.”
Alisya terus menarik nafas panjang sebelum melangkah masuk ke dalam rumah Iskandar. Iskandar yang menyambut kedatangan sahabat baiknya itu tersenyum hambar sebaik sahaja terpandang wajah Alisya.
“Nana ada dekat dalam, Isya.”
“Isya pergi jumpa Nana dulu ya?”
Alisya melepaskan pautan di lengan Hazrill sebelum melangkah masuk ke dalam bilik yang Iskandar masukkan. Ya Allah, semoga aku tak menangis bila berdepan dengan Nana nanti.
“Assalamualaikum, Nana...”
“Isya...”
Nana terus mencapai tangan sahabatnya itu. Tak sangka Alisya sanggup datang jauh-jauh hanya kerana permintaannya mahu berjumpa dengan sahabatnya itu sebelum dia meninggal dunia.
“Nana, Isya datang ni. Isya minta maaf sebab lambat datang. Kenapa tak ada sesiapa beritahu Isya pasal Nana?”
“Ma... afkan Nana.”
Alisya cuba menahan sebak yang bertandang sebaik sahaja melihat keadaan Nana. Ya Allah, kesiannya Nana. Apa akan jadi pada anak-anaknya jika sesuatu terjadi padanya?
“Sya, Nana nak mintak tolong pada Isya.”
“Tolong apa, Nana? Kalau Isya boleh tolong, Isya akan tolong.”
Alisya mengusap tangan Nana dengan penuh kasih sayang. Kenapa beritahu dia bila dah last minute? Kalau beritahu dia dari awal lagi pasti dia boleh tolong lakukan sesuatu.
“Tolong kahwin dengan abang boleh tak?”
“Nana?! Apa awak mengarut ni?!”
“Nana nak ada orang yang boleh jaga abang dengan baik lepas Nana mati. Nana tahu Isya adalah orang yang tepat.”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Apa yang diminta oleh Nana tidak dapat diterima akalnya. Dia tak boleh berkahwin dengan Iskandar kerana isteri yang diperlukan Iskandar hanyalah Nana!
“Sudah, Isya tak nak dengar! Cukup, Nana. Jangan minta yang bukan-bukan. Isya percaya yang Nana akan sembuh semula.”
Nana menggelengkan kepalanya perlahan. Dia arif dengan keadaan tubuh badannya sendiri dan dia tahu dia tak akan dapat hidup lama lagi. Iskandar perlukan seorang wanita dan anak-anak mereka perlukan seorang ibu untuk jaga mereka selepas kematiannya.
“Isya, please? Demi anak-anak Nana? Nana tak nak mereka kehilangan kasih Sayang seorang ibu.”
“Nana, maafkan Isya. Isya tak boleh. Hujung bulan ni Isya akan berkahwin.”
“Isya tipu Nanakan?”
Nana betul-betul hampa tatkala mendengar berita pertunangan Alisya itu. Nanti, siapa yang akan jaga makan pakai suami dan anak-anaknya? Kalau boleh dia tak mahulah meninggal dalam keadaan tiada siapa mahu menjaga suami dan anak-anaknya.
“Tak, Isya. Sungguh Isya tak tipu. Nana tengah jari Isya ni. Ini cincin pertunangan Isya dengan Eqal. Kalau Nana tak percaya, Isya boleh tanya Hazrill dekat luar.”
“Isya...”
“Maaf, Nana. Isya tak boleh. Isya betul-betul tak boleh.”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment