Sunday 1 November 2015

LARA SEMALAM EPISODE 55

Lamanya sayang beli air?”
Tadi jumpa kawan lama... tu yang borak sekejap.”
Kak Sara memandang wajah Alisya yang masih tidak ceria itu. Bila melihat kesedihan adiknya itu, dia nak sahaja memberitahu tentang hal yang sebenar tapi dia tak nak jadi orang yang munafik. Dia sudah berjanji dengan Hazrill, tak akanlah dia mahu memungkiri janjinya?
Kenapa Kak Sara pandang Isya macam tu?”
Hurm? Tak ada apa-apalah. Akak hanya terfikirkan sesuatu tadi.”
Kak Sara terus melabuhkan punggung di sebelah suaminya. Patut ke aku rahsiakan dulu hal ini? Tapi aku kenal Alisya macam mana… dia lebih marah kalau Hazrill tak beritahu tentang hal itu nanti.
Isya, akak…”
Kenapa, Kak Sara?”
Kak Sara menggelengkan kepalanya perlahan. Ya Allah, Hazrill… kamu betul-betul buat akak serba salahlah. Nak sahaja akak beritahu hal yang sebenar pada Isya. Tapi disebabkan janji, akak tak boleh beritahu Isya…
Isya nak jalan-jalan ke sana sekejap ya?”
Nak kami temankan ke?”
Alisya menggelengkan kepalanya laju. Kalau boleh dia nak mereka menghabiskan masa berdua pula. Sepanjang berada di pulau ini, mereka asyik menghabiskan masa di sampingnya sahaja. So, sekarang ni dia nak bagi mereka peluang berdating pula.
Isya nak bersendirian sekejap.”
Alisya terus berjalan menyusuri pantai sambil melihat ciptaan Allah yang sungguh indah ini. Terlalu lama dia menghabiskan masa dengan meratapi nasib dirinya hingga dia lupa tentang Penciptanya.

PULANG sahaja dari bercuti, Alisya tak lagi menghabiskan masa berkurung di dalam bilik sambil meratapi nasib dirinya. Dia lebih banyak menghabiskan masa dengan melakukan sesuatu yang berfaedah seperti bekerja semula di company abah dan jika dia cuti, dia akan menghabiskan masa di gym atau belajar ilmu agama.
“Isya, esok pagi boleh tak ambil kawan ibu dekat airport?”
“Esok pagi? Hurm, boleh… siapa kawan ibu tu?”
Aunty Syiera… Isya ingat dia lagi tak? Dia dengan anak dia datang melawat kita.”
Alisya menganggukkan kepalanya. Dia balik dengan anak dia si Taufiq tu ke? Kalau dengan si Taufiq tu memang haru birulah hidup aku. Mamat tu muka sahaja handsome tapi mulut macam longkang.
“Dia datang dengan anak dia yang mana?”
“Taufiq…”
Terus terhenti tangan Alisya dari menyusun muffin ke dalam kotak. Kenapalah dalam banyak-banyak anak dia, si mamat mulut longkang tu juga yang diangkut? Kalau abang-abang dia yang lain tu okaylah juga.
“Si Taufiq tu dah tak macam dulu lagikan?”
“Kata Aunty Syiera, si Taufiq tu dah tak macam dulu… agaknya kalau Isya jumpa Taufiq nanti, Isya boleh tersuka dengan dia.”
“Ibu ni… minta simpanglah. Tak ada maknanya Isya nak suka dekat mamat tu. Muka sahaja handsome tapi mulut longkang. Tak habis-habis nak menyakitkan hati Isya.”
“Isya, tak baik cakap macam tu. Hurm, nanti mereka akan stay dekat sini seminggu. So, Isya janganlah bergaduh dengan si Taufiq tu pula.”
Alisya mula menarik muncungnya bila mendengar kata-kata ibu tu. Ibu ni… mana ada dia cari gaduh dengan mamat tu. Mamat tu yang tak habis-habis nak menyakitkan hati dia. Kalau tak memikirkan dia tu anak kawan ibu, dah lama dah aku jahit mulut dia tu.

ALISYA mengeluh kebosanan sambil merenung orang yang keluar dari balai ketibaan. Dah dekat dua jam dia tunggu… mana mereka ni? Jadi datang ke tak ni? Ibu cakap semalam mereka akan sampai dalam pukul sepuluh tapi ni dah pukul dua belas dah.
“Sabar ya perut… kejap lagi kita balik makan.”
Alisya terus mengeluarkan handphonenya dari dalam beg untuk menghubungi ibu. Mereka ni jadi datang ke tak? Kalau masih belum sampai lagi, lebih baik aku pergi makan dulu. Perut ni dah buat macam-macam bunyi dah ni.
Hello, assalamualaikum…”
“Wa’alaikumussalam… Isya dekat mana ni? Aunty Syiera call ibu tadi.”
“Isya dekat airportlah ni… dah dekat dua jam Isya tunggu tapi tak ada pun mereka.”
“Isya tunggu dekat mana? Mereka ada dekat food court.
Alisya menggelengkan kepalanya perlahan. Aku tunggu punyalah lama dekat sini, mereka boleh pula ada dekat food court? Sabar sahajalah aku… aku dahlah lapar ni. Dah tambah satu kerja lagi aku nak mencari mereka.
“Lah… manalah Isya tahu. Isya tunggu dekat balai ketibaan. Okaylah, Isya pergi sana sekarang. Ibu calllah aunty suruh tunggu sahaja dekat situ.”
Sebaik sahaja Alisya tiba di kawasan food court, matanya terus melilau mencari Aunty Syiera. Mana pula dia ni? Tak kanlah pergi tempat lain pulakan? Kenapalah aku tak minta nombor telefon dia tadi dekat ibu?
Aunty Syiera!”
Aunty Syiera yang sedang masukkan barang di dalam begnya terus menoleh. Siapa pula yang panggil aku tadi? Bila melihat seorang gadis bertudung menghampirinya sambil tersenyum barulah dia perasaan siapa gadis itu.
“Alisya ke ni?”
“Ha’ah, minta maaflah aunty… Isya tak tahu aunty dekat sini. Isya tunggu aunty dekat sana tadi.”
“Tak apalah, aunty yang silap sebab tak perasan kamu. Comelnya kamu bertudung… dulu waktu aunty datang kamu belum bertudung macam ni…”
Alisya hanya tersenyum tanpa mahu mengulas apa-apa. Mana anak dia tu? Dia tak jadi datang dengan anak dia tu ke? Bagus juga kalau anaknya itu tak datang… aman sikit hidup dia.
“Ibu kata aunty datang dengan Taufiq?”
“Ha’ah, dia pergi toilet kejap. Hah, itu pun dia…”
Alisya terus memandang ke arah yang dimaksudkan oleh Aunty Syiera itu. Huh? Itu ke Taufiq? Biar betul… tak kanlah lelaki mulut longkang yang aku pernah kenal dulu tu dah berubah sampai macam ni sekali? Seriously?
“Siapa ni, mummy?
“Inilah Alisya… tak kanlah kamu dah tak kenal dia?”
Taufiq menganggukkan kepalanya perlahan. Hurm, dah bertudung dah ni? Eh, bukan ke ini gadis yang aku nampak dekat balai ketibaan tadi? Patutlah aku tak perasan dia tadi. Comel pula minah ni bertudung.
“Jomlah kita gerak, aunty… ibu dah lama tunggu. Aunty pun mesti dah penatkan?”
“Ha’ah, jomlah kita… aunty pun dah rindu sangat nak jumpa ibu kamu. Sihat ke dia?”
“Alhamdulillah, sihat…”
Sepanjang perjalanan pulang, hanya suara Alisya dan Aunty Syiera sahaja kedengaran. Taufiq hanya mendiamkan dirinya di sebelah seat pemandu. Entah apa yang dia fikirkan pun Alisya tak tahu. Biarlah dia kalau dia tak nak berbual dengan aku… bukannya aku rugi pun.
“Kamu buat apa sekarang? Sambung study or kerja?”
“Buat masa ni Isya kerja dengan abah dulu… inshaallah, kalau ada rezeki Isya akan sambung belajar lagi. Kalau boleh tak naklah sampai master sahaja.”
“Bila nak kahwin kalau macam tu?”
Alisya terus terdiam tatkala mendengar kata-kata Taufiq tu. Eh, dia ni dah kenapa? Tiba-tiba sahaja tanya pasal kahwin dengan aku. Ingatkan tadi tak nak bercakap dengan aku dah…
“Kahwin? Macam mana nak kahwin kalau belum ada jodoh?”

BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment