Friday 30 October 2015

LARA SEMALAM EPISODE 54

HAZRILL yang kebetulan tengah mengambil angin di tepi pantai selepas menghantar Maisara dan anaknya pulang terus berasa cemburu yang menggila sebaik sahaja ternampak Alisya duduk berdua-duaan dengan Aidil di bawah pokok. Apa yang mereka berdua buat di situ?
Hazrill, boleh kita bercakap sekejap?”
Hazrill menoleh bila terasa ada yang memegang bahunya. Kak Sara? Apa dia buat dekat sini? Hazrill mengangguk beberapa kali sebelum melangkah ke bawah pokok yang agak rendang. Apa yang Kak Sara nak cakapkan pada dia lagi? Bukan ke semuanya dah selesai?
Apa yang Kak Sara nak cakap? Antara Isya dengan saya dah tak ada apa-apa. Semuanya dah selesai punkan?”
Kak Sara cuma nak dengar kepastian dari mulut Rill. Cuma kali ni sahaja, Hazrill.”
Nak dengar kepastian apa lagi? Bukankah semuanya sudah jelas? Dia yakin Alisya sudah beritahu segalanya pada wanita yang berdiri di hadapannya ini.
Kepastian apa lagi yang Kak Sara nak dengar? Bukan semua dah jelas?”
Kak Sara cuma dengar dari mulut Isya sahaja sebelum ni. Betul ke apa yang Isya beritahu Kak Sara sebelum ni?”
Hazrill bertindak mendiamkan diri sambil menundukkan wajahnya memandang butir-butir pasir yang melekat di kasutnya. Air matanya segera ditahan daripada menitis. Kalau boleh dia tak mahu tunjuk yang dia lemah di hadapan semua orang.
Hazrill, please jangan mendiamkan diri macam ni.”
Apa yang Kak Sara dengar tu, itulah kebenarannya.”
Kak Sara menggelengkan kepalanya tidak percaya. Dia tahu Hazrill cintakan Alisya dan tak akan buat Alisya sebegini. Dia yakin Hazrill mempunyai alasan yang kukuh kenapa dia buat macam tu.
Tapi kenapa, Hazrill? Bukan Rill cintakan Isya ke?”
Memang saya cintakan dia dan masih cintakan dia. Perpisahan adalah jalan terbaik buat kami berdua. Kalau semua orang tahu sebab dia yang sebenar, semuanya akan berterima kasih pada saya sebab buat keputusan ni.”
Dahi Kak Sara terus berkerut tatkala mendengar kata-kata Hazrill itu. Semua orang akan berterima kasih padanya? Apa maksud lelaki itu? Kenapa mereka nak berterima kasih kerana melukakan hati Alisya?
Apa maksud Rill? Kenapa pula nak berterima kasih atas keputusan Rill yang dah menghancurkan hati Isya? Rill tahu tak yang Alisya tu menderita. Lebih-lebih lagi bila Maisara datang jumpa dia semalam. Dan, apa sebabnya Rill buat macam ni?”
Maisara jumpa dia?”
Kak Sara mengangguk perlahan. Malam tadi Alisya menangis teresak-esak meluahkan apa yang dia rasa ketika ibu kepada anak Hazrill datang berdepan padanya. Bersusah payah dia memujuk Alisya barulah gadis itu berhenti menangis dan akhirnya melelapkan mata.
Kenapa Rill buat macam ni? Kalau Rill cintakan Isya, Rill tak akan buat macam ni.”
Hazrill hanya menggelengkan kepalanya. Kalaulah mereka tahu sebab yang sebenar kenapa dia sanggup buat keputusan sebegini yang bukan sahaja menghancurkan hati Alisya tetapi hati dia juga, pasti mereka tak akan menyalahkan dia atas keputusan yang dah dia buat ni.
Rill?”
Biarlah saya seorang sahaja yang tahu kenapa dan mengapa saya buat keputusan yang dah melukakan hati semua pihak. Saya kena tanggung apa yang saya dah buat. Saya minta maaf bagi pihak Maisara. Saya tak tahu pula dia datang jumpa Isya semalam.”
Kenapa mesti nak tanggung masalah ni seorang diri? Rill tahukan kami semua sentiasa ada untuk Rill?”
Air mata Hazrill jatuh berlinangan membasahi pipinya tak lama lepas itu. Berat sungguh untuk dia buat keputusan untuk berpisah dengan Alisya. Kalau boleh dia tak nak lukakan hati Alisya sekali lagi tapi dia tak boleh lepas tangan dalam hal ni. Dia kena bertanggungjawab ke atas Naufal dan Maisara.
Rill boleh share dengan Kak Sara kalau Rill nak...”
Saya tak tahu... saya tak tahu macam mana semua ni boleh jadi. Sekarang ni saya betul-betul buntu dan tak tahu nak buat apa. Kak Zita salahkan saya seratus peratus.”
Kak Sara terdiam mendengar setiap ayat yang keluar daripada mulut Hazrill. Dia betul-betul tak dapat percaya apa yang dia dengar sekarang ni. Hazrill buat keputusan untuk tinggalkan Alisya sebab Maisara mengandung anaknya?
Rill ada buat ujian DNA?”
DNA?”
Tak akan Rill tak pernah terfikir nak buat ujian DNA? Manalah tahu Maisara sengaja nak perangkap Rillkan?”
Lama Hazrill mendiamkan diri sambil memikirkan kata-kata Kak Sara tu. Test DNA? Ya Allah, kenapa aku tak pernah terfikir pasal benda tu? Nama sahaja belajar sampai luar negara tapi langsung tak boleh fikir pasal tu.
Cuba buat dulu... dapat result DNA tu nanti barulah buat keputusan.”
Kak Sara boleh rahsiakan hal ni dulu daripada pengetahuan sesiapa tak? Saya janji saya akan jelaskan pada Alisya nanti mengenai hal ni.”
Inshaallah.”
Ya Allah, semoga dengan test DNA itu dapat mengeluarkan dia dari dibelenggu masalah ini. Sesungguhnya dia dah tak larat nak melayan kerenah Maisara. Kalau betul Naufal tu anaknya, dia akan bertanggungjawab di atas segalanya tapi jika sebaliknya… dia tak tahulah apa yang akan dia buat.
Rill, akak cuma luahkan pendapat sahajalah ni ya. Jangan ambil hati tahu? Kenapa Rill tak berterus terang dengan Isya. Akak yakin Isya boleh terima.”
Entahlah, kak. Saya takut Isya anggap saya menipu dia.”
Kak Sara menepuk bahu Hazrill perlahan. Ya Allah, bantulah hambaMu ini… tunjukkanlah jalan keluar dari masalah ini.
Akak takut Isya akan lebih kecewa bila dia tahu yang Rill tak percayakan dia dalam hal ini.”
Kak Sara terus meminta diri dan terus menghampiri suami dan adik kesayangannya. Kalau tak terfikir yang Hazrill minta dia rahsiakan hal ini, mahu sahaja dia bongkarkan pada Alisya.

BERSAMBUNG... 

No comments:

Post a Comment