Saturday 5 March 2016

Lara Semalam Ep78

KETIKA wakil dari rombongan pihak lelaki melangkah masuk ke dalam bilik untuk menyarung cincin di jari manis Alisya, semua yang berada di dalam bilik itu termasuk Alisya sendiri terkejut. Ya, dia tahu Mummy Eqal tak dapat datang untuk menyarungkan cincin di jari manisnya namun dia tak menyangkakan yang kakak Hazrill yang akan datang menyarungkan cincin.
“Assalamualaikum, Kak Zita wakilkan pihak lelaki sahaja ini.”
“Wa’alaikumussalam.”
Alisya terus tunduk mencium tangan kakak Hazrill. Alangkah bahagianya dia jika pinangan ini datang dari pihak Hazrill. Sudah tentunya dia tidak sesedih ini untuk menghadapi hari pertunangannya.
“Hazrill mana, kak?”
“Dia dah gerak ke airport pagi tadi. Dia kirim salam dan minta maaf pada Isya sebab tak dapat datang. Sepatutnya Kak Zita yang patut pergi tapi lusa ada hal sikit nak kena settle.”
“Oh, tak apalah. Hazrill bukan sengaja.”
“Jom ambil gambar?”
Bagus juga idea Niessa itu. Tak kisahlah sekarang ni dia tunang siapa pun, sekurang-kurangnya dia ada gambar dengan kakak Hazrill untuk dijadikan kenangan.
“Isya nampak cantik hari ni.”
“Terima kasih, kak. Kak, kejap lagi kita makan sekali nak?”
“Hurm, boleh juga.”
Alisya merenung cincin yang sudah terletak cantik di jarinya. Ya Allah, betul ke apa yang aku pandang ni? Cincin ni… cincin ini serupa dengan cincin yang Hazrill pernah sarungkan di jari aku dulu.
“Tahniah, Isya. Akak doakan Isya bahagia.”
“Terima kasih.”
Alisya terus memeluk kakak Hazrill dengan mata yang berkaca-kaca. Ya Allah, sampai ke saat ini dia masih mengharapkan yang Hazrill akan call dia tapi sampai sekarang Hazrill mendiamkan diri.
“Hei, kenapa ni?”
“Isya happy sangat-sangat kakak sudi datang hari ni. Alangkah bagusnya kalau dia ada sekali.”
Kak Zita hanya tersenyum sambil menepuk-nepuk bahu Alisya. Sebenarnya Hazrill tu membawa diri kerana Alisya bertunang hari ini.
LEPAS balik dari rumah Alisya, Niessa bagaikan tak percaya apa yang keluar dari mulut tunangnya itu. Tak sangka tanpa pengetahuan dia, dia dah rampas tunang orang dan gadis itu adalah kawan baiknya, Azie!
Apa semua ni, yang?”
I’m so sorryI memang dah lama bertunang dengan Azie but my mum tak suka dia. I sebenarnya tak tahu yang our parent nak satukan kita. My mum kata dia hanya terima Azie sebagai menantu lepas I kahwin dengan you. I tak tahu nak buat apa waktu tu so, I buat keputusan untuk ikutkan apa sahaja kata my mum.”
Air mata Niessa mula berlinangan membasahi pipinya. Tak sangka dia dijadikan alat dalam hal Azmier dan Azie. Kenapa di saat dia dah betul-betul Sayangkan tunang dia ini, baru dia tahu hal yang sebenar.
It’s not fair… Azie kawan baik I. Kenapa you sanggup buat kami macam ni?”
I tak tahu you all berkawan.”
Niessa memandang wajah tunangnya dia terpercaya. Jadi, kalau mereka bukan berkawan, Azmier memang tak ada niat untuk berterus terang padanya?
You memang nak sembunyikan hubungan ni dari Aziekan? And you nak sembunyikan hubungan you dengan Azie dari I? You memang tak ada niat langsung nak beritahu kamikan? Kalau you tak jumpa dia hari ni, I yakin sampai majlis kita nanti pun you akan simpan rahsia inikan?”
Azmier menghentakkan tangannya ke stereng kereta. Dia bukan sengaja buat semua ni, dia terpaksa. Dan kalau boleh dia tak nak sakitkan hati ke dua-dua wanita itu. Masalahnya sekarang ni dah dia jatuh sayang pada mereka berdua.
Lepaskan I…”
No, I can’t.”
I tak nak rampas hak kawan baik I sendiri. You dengan dia dah lama bertunang. I bukan alat yang boleh you pergunakan!”
I cakap I tak boleh tu I tak boleh lepaskanlah!”
Niessa terus memandang wajah keruh Azmier yang sedang memandu. Kenapa pula tak boleh lepaskan dia? Lelaki tu bukan cintakan dia.
But, why?!”
Because I love you!!”
Niessa terdiam mendengar kata-kata Azmier tu. Dia cintakan aku? Betul ke apa yang dia dengar ni? Azmier cintakan aku? Tapi, macam mana dengan Azie?
Macam mana dengan Azie?”
I love both of you… I tak nak hilang ke dua-duanya.”
Azmier, dalam hidup ni… kita hanya boleh pilih satu sahaja. I rasa lebih baik you pergi ke pangkuan Azie. Dia lebih layak bergandingan dengan you. I tak nak jadi perampas.”
Azmier menggelengkan kepalanya lemah. Dia tak mahu membuat pilihan. Dia sayangkan Niessa dan Azie. Kalau boleh dia nak memperisterikan kedua-duanya.
I tak nak buat pilihan antara you dengan Azie. Dua-dua I sayang. I ikhlas nak memperisterikan you dengan Azie.”
I tak mahu bermadu dan begitu juga Azie!”
I tak akan sesekali lepaskan you dengan Azie.”

MESKIPUN malam sudah larut, Alisya masih lagi leka memerhatikan cincin yang tersarung di jari manisnya. Kenapa aku rasa macam cincin ni adalah cincin yang sama Hazrill pernah bagi aku?
“Isya, kenapa tak tidur lagi tu?”
“Eh, Kak Sara… buat terkejut Isya sahaja. Kenapa tak tidur lagi?”
Alisya terus mengurut dadanya perlahan. Jika jadi macam ni sekali lagi, dia yakin dia akan ‘jalan’ tak lama lepas itu.
“Akak nak minum air. Dari tadi akak tengok Isya asyik benar tengok cincin tu.”
“Kak, Isya rasa cincin ni sama dengan cincin yang Hazrill bagi pada Isya dulu.”
“Mari akak tengok.”
Kak Sara membelek cincin tunang Alisya itu. Hurm, agak sama cuma rekaannya berbeza sedikit rasanya. Dia pun sebenarnya dah ingat-ingat lupa macam mana reka bentuk cincin yang Hazrill bagi dahulu.
“Lain sikit reka bentuknya, Alisya.”
“Tapi…”
“Isya masih tak dapat lupakan Hazrill ke?”
Kak Sara terus memandang wajah Alisya sambil menanti apa yang bakal keluar dari mulut adiknya itu.
“Kak, Hazrill tu kawan baik Isya. Isya tak akan lupakan dia buat selama-lamanya.”
Kak Sara akhirnya menganggukkan kepalanya faham. Jika itu yang dikatakan adiknya, maka siapa dia mahu membangkang?
“Oh ya, tadi akak terkejut tengok kakak dia ikut sekali dalam rombongan meminang.”
“Isya pun terkejut. Mana Eqal kenal Kak Zita ya?”
“Ada tanya dia?”
“Tak ada pula. Lagipun Isya malas nak kacau dia. Diakan busy ambil gambar orang kahwin.”
Kak Sara menggelengkan kepalanya perlahan. Itu lagi seorang… hari dia bertunang, boleh pula pergi ambil gambar orang lain kahwin.
“Itu lagi seorang. Geram betul akak bila fikir pasal dia.”
Dahi Alisya terus berkerut mendengar kata-kata Kak Sara itu. Geram dengan Eqal? Apa pula salah tunangnya sampai kakaknya marah dengan lelaki itu? Rasanya lelaki tu tak buat apa-apa kesalahan.
“La, kenapa pula? Dia ada buat salah ke?”
Dah tahu dia bertunang hari ini boleh pula dia pergi buat kerja. Tak boleh ke pass kerja tu pada orang lain.”
Kak, dah tu kerja dia. Nak buat macam mana lagi? Kalau dia tak kerja cari duit, macam mana dia nak tanggung Isya nanti?”
Kak Sara menggelengkan kepalanya perlahan. Dia tetap tak bersetuju dengan tindakan Eqal tu. Ni bukan majlis orang lain, ni majlis dia juga!
Kak, please… dia masih muda lagi. Biarlah dia nak buat apa yang dia nak buat sekarang ni. Kalau dihalang takut dia memberontak pula.”
Sampai sekarang akak masih pelik. Kenapa ya Isya anak kahwin dengan orang lagi muda dari Isya?”
Mungkin dah jodoh Isya. Siapa tahu Eqal tu bertanggungjawab sikit lepas kahwin nanti? Mungkin dia lebih matang dari kita semua nanti?”
Suka hati Isyalah. Akak malas nak masuk campur.”
Kak Sara terus melangkah masuk ke dapur sambil merungut. Daripada dia bertekak dengan adiknya yang memang tak akan mengalah itu, lebih baik dia membasahkan tekaknya yang terasa kering.
Alisya terus mencapai handphonenya yang sedang bergetar di atas meja. Siapa pula yang menghantar pesanan ringkas padanya tengah-tengah malam macam ni?
Isya, I perlukan you sekarang ni… I rasa macam nak mati sahaja. -Niessa-
Alisya terus menghubungi sahabat baiknya itu. Kenapa dengan Niessa ni? Apa yang dah jadi? Ya Allah, semoga tiada benda buruk jadi pada Niessa.
Hello, Niessa.”
Isya…I, I tak tahu nak buat apa sekarang. Kenapa dia sanggup buat I macam ni? Kenapa? Apa salah I sampai diperlakukan sebegini?”
Alisya terus dilanda kerisauan yang teramat sangat. Dah kenapa dengan Niessa ni? Kenapa dia cakap macam ni? Apa sebenarnya dah berlaku?
Niessa, you kenapa ni?”
I rasa macam nak mati, Isya… I nak mati.”
Ya Allah, Niessa! You cakap macam orang yang tak ada iman. Ingat Allah, Niessa.”
Alisya terus memanjat tangga ke tingkat atas untuk mengambil tudung dan pursenya. Dia perlu ke rumah Niessa sekarang ni walaupun malam sudah larut.
Niessa, you tunggu I sampai okey?”
You datang sini ke, Isya?”
Ya… you nak I beritahu Azie dengan Fieda ke?”
Tak… I tak mahu susahkan mereka.”

WAKTU Alisya tiba di rumah Niessa, dia terkejut melihat mata Niessa sudah sembap dan rambutnya kusut masai. Niessa nampak sungguh tak terurus ketika ini.
“Niessa, kenapa ni? Apa yang dah jadi? Ya Allah, mata you dah sembap sangat-sangat ni. Dah macam mata panda I tengok.”
Alisya terus merapikan rambut Niessa yang kusut masai itu. Kalaulah wartawan nampak keadaan Niessa sekarang ni, tak tahulah apa yang keluar dalam newspaper keesokan harinya.
“Cuba you beritahu I apa yang dah berlaku, Niessa.”
Azmier… dia tipu I. Dia pergunakan I selama ni.”
Jadi you dah tahulah?”
Alisya menganggukkan kepalanya perlahan. Dia bukan sengaja nak sorokkan hal ini daripada Niessa, masalahnya dia sudah berjanji denga Azie.
You tahu tentang hal ini? Kenapa you tak beritahu I?”
I minta maaf, Niessa. Dari pagi tadi I dah tahu, Niessa. I, Azie and Fieda terkejut waktu you tunjuk gambar tunang you.”
Ya Allah, malunya I… I dah rampas tunang kawan baik I sendiri.”
Niessa membenamkan mukanya ke bantal sambil menangis sepuas hatinya. Sayu hati Alisya melihat keadaan Niessa itu. Entah macam manalah keadaan Azie di sana? Mujur Fieda ada di sana untuk menemani Azie.
Niessa, jangan macam ni. Azie langsung tak salahkan you dalam hal ini.”
I… I sayangkan dia tapi dia…”
Niessa, ingat Allah…”
Alisya terus menepuk-nepuk bahu sahabatnya itu sambil tak henti-henti memujuk gadis itu. Ya Allah, berilah kesabaran kepada sahabatku ini…

Bersambung..

No comments:

Post a Comment