Saturday 1 February 2014

jaminan hati

BAB SATU: PERKAHWINAN YANG DIATURKAN
Walaupun perkahwinan ini merupakan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga, Aleeya menerimanya dengan hati yang terbuka. Mungkin sudah tertulis dia akan menamatkan zaman bujangnya seperti ini. Sudah sejam mereka berdua berada di dalam bilik yang sudah dihias cantik ini namun tiada satu pun kata-kata yang keluar dari mulut lelaki itu. Lelaki itu leka membaca buku motivasinya tanpa mempedulikan Aleeya yang sedang melipat kain telekungnya.
            Apa yang menyeronokkan sangat dengan buku itu sampai lelaki itu langsung tak menegurnya? Nak kata suaminya bisu… suara siapa yang melafazkan akad nikah dua jam yang lalu? Sayang betul… muka sahaja handsome tapi sombong!
            “Ehem…”
            Zafri mengangkat wajahnya bila mendengar deheman dari wanita yang baru sahaja bergelar isterinya. Dia panggil aku ke? Atau cuma perasaan aku sahaja? Dahi Zafri terus berkerut melihat huluran tangan di hadapannya. Perempuan ni nak apa?
            “Saya Aleeya… call me Eeya. Saya bekerja sebagai lawyer and umur saya 24 tahun… saya nak berkenalan dengan awak.”
            “Huh?”
            “Yalah, kita ni nama sahaja suami isteri tapi saya tak kenal awak and begitu juga sebaliknya… so, salam perkenalan.”
            Lambat-lambat Zafri nak menyambut huluran tangan itu. Terasa pelik pula bila wanita itu menghulurkan salam perkenalan padanya. Tapi betul juga apa yang wanita itu cakap… mereka ini nama sahaja suami isteri namun mereka seperti orang asing. Langsung tak mengenali satu sama lain.
            “Zafri… 26, doctor.”
            Aleeya menggarukan kepalanya bila si suami kembali menundukkan wajahnya membaca buku motivasi semula. Aduh, apa aku nak buat ni? Terasa janggal pula bila duduk berdua dengan lelaki ini macam ni.
            “FYI, saya tak gemar memasak and terlalu gilakan kerja. If nak suruh saya mengemas tu, bolehlah tapi kalau bab memasak… the answer is no. Selalunya saya hanya akan melekat dekat rumah selepas waktu kerja. Sometimes, saya akan balik lewat malam kalau ada emergency cases yang nak kena settlekan cepat.”
            “Okey.”
            Okey sahaja? Aku bercakap punyalah panjang lebar, dia jawab okey sahaja? Suami aku ni something wrong somewhere ke? Apa yang tak kena dengan suami aku ni?
            “So, how about you?”
            “Hurm…”
            This is weird. Aku nak ajak dia bersembang tapi boleh pula dia buat tak tahu sahaja pada aku? Ni memang buat aku tak berkenan… dahlah waktu aku bercakap dia boleh pula membaca buku motivasi itu tanpa mempedulikan aku.
            “Excuse me, wahai Encik Husband a.k.a doktor… saya ni bercakap dengan awak. Saya paling tak suka kalau saya cakap orang tak dengar.”
            “Hurm…”
            Aleeya terus menarik buku motivasi yang dibaca oleh Zafri. Geram pula hati kita bila kita bercakap orang buat tak tahu. Sombong betul lelaki ni… ada juga aku buat soup esok.
            “Saya tengah baca buku tu…”
            “Apa yang seronok sangat dalam buku ni sampai saya cakap awak buat tak tahu?”
            “Saya tengah baca buku tu… pulangkan balik.”
**
Usai solat subuh, Aleeya terus menyusun bajunya ke dalam almari milik Zafri. Suami aku ni pun baru pindah masuk dalam kondo ni ke? Barang dia pun masih banyak dalam kotak… nak tolong kemaskan atau nak biarkan sahaja?
            “Awak… baju-baju awak ni nak saya tolong kemaskan tak?”
            Zafri yang sedang sibuk menyusun perabot terus melangkah menuju ke bilik tidur utama. Baju miliknya terus digantung ke dalam almari tanpa banyak cakap. Aleeya yang sedang melipat baju di atas katil hanya memandang sahaja lelaki itu membuat kerjanya. Aku nak tolong dia yang tak nak… aku tak rugi pun kalau dia tak  nak.
            “Awak… kejap lagi kita keluar nak beli barang?”
            “Hurm…”
            Lepas siap mengemas rumah, Zafri dan Aleeya terus bersiap untuk keluar membeli barang. Banyak sangat benda dekat rumah ni yang belum ada lagi seperti pinggan, mangkuk dan macam-macam lagilah. Hadiah kahwin mereka masih berada di rumah mak mertuanya. Tak kanlah mereka makan tak payah guna pinggan semua tu?
            “Awak, kita nak beli yang mana satu ya? Yang kosong ni ke atau yang ni?”
            “Mana-mana pun okey…”
            Aleeya membelek pinggan di tangannya. Suami dia ni kan… bukannya membantu pun setakat berdiri di belakangnya. Mana satu yang lebih cantik ya?
            “Saya ambil nilah ya?”
            “Zafri?”
            “Melya?”
            Membulat terus mata Aleeya tatkala melihat gadis yang entah mana memeluk suaminya. Siapa gadis ini? Kenapa dia peluk suami aku? And kenapa suami aku biarkan sahaja? Eh, hello… aku ada dekat sini…
            “Zaf… Mel rindukan Zaf. Kenapa Zaf langsung tak jawab e-mail Mel? Patutlah Mel tergerak hati nak ikut Mummy datang sini.”
            Zafri hanya mendiamkan dirinya sambil membiarkan dirinya dipeluk oleh gadis itu. Dia langsung tak perasan yang isterinya sudah berlalu dari situ sambil membawa trolley. Bila gadis itu balik ke Malaysia? Bukan ke gadis itu cakap dia dah tak mahu balik ke Malaysia lagi?
            “Bila balik?”
            “Semalam. Mel risau sangat bila Zaf langsung tak reply e-mail Mel. Kenapa Zaf tak reply e-mail Mel? Mel ingat something bad happen pada Zaf.”
**
Aleeya mengambil makanan segera untuk dibuat stok di rumah dengan hati yang bengang. Siapa perempuan yang peluk suami dia tu? Tak tahu ke itu suami dia? Kenapa Zafri hanya biarkan sahaja perempuan itu peluk dia? Dia tak tahu ke aku tak suka?
            “Saya benci awak sangat-sangat, Zafri.”
            Handphonenya yang tiba-tiba berdering mematikan bebelannya. Huh! Tahu pula nak call aku. Ingatkan dah jumpa perempuan tu, terus lupakan aku. Pergilah berseronok dengan perempuan tu, Zafri. Tak payah sibuk call saya.
            Aleeya terus menolak trolley ke bahagian bahan mentah. Benda-benda macam ni pun perlu juga dibeli… buatnya mak mertua aku datang rumah tak ke malu nanti kalau peti ais dekat rumah tu kosong. Sekurang-kurangnya bolehlah aku memasak nanti kalau aku ada mood.
            “Eeya!”
            “Nea! Amier! Hey… apa kau orang buat dekat sini?”
            “Barang dapur dah habis, sebab tu kami keluar ni. Tak sangka pula jumpa kau dekat sini. Seorang sahaja? Banyak betul membeli?”
            Aleeya tersenyum sambil menjeling trolley pasangan suami isteri itu. Cakap orang dia pun lebih kurang sama sahaja dengan dia. Cemburu betul tengok pasangan kekasih di hadapannya ini. Mereka kahwin atas dasar suka sama suka… dia pula? Ah, malas nak fikir.
            “Aku datang dengan suami aku. Dia jumpa kawan dia… eleh, kau orang pun sama juga. Trolley kau lagi penuh dari aku.”
            “Kau sekarang duduk mana? Dengan family or sendiri?”
            “Duduk dengan suami akulah… area-area sini juga. Bila-bila kalau free jemputlah datang rumah ya?”
            “Inshaallah… kalau sempat nanti kami singgah. Eh, kau lama lagi ke dekat sini? Apa kata kita pergi minum-minum kejap lagi? Kau ada nak beli barang lagi ke?”
            Aleeya membelek list barang di tangannya. Rasanya semua dah cukup. Kalau terlupa beli sesuatu, esok pulalah keluar beli lagi. Lagipun bukan selalu dapat jumpa pasangan suami isteri ini. Rindu pula nak lepas dengan mereka.
            “Rasanya dah tak ada. Nak minum dekat mana?”
            “Minum dekat food court sahajalah. Aku malas nak jalan jauh-jauh.”
            “No hal. Jomlah kita pergi bayar.”
            Waktu Aleeya sedang membayar barangan yang dibelinya di kaunter, bahunya disentuh dari belakang. Siapa pula yang berani pegang bahu aku ni? Tak tahu ke aku ni isteri orang? Ada juga yang aku belasah sekejap lagi.
            “Awak pergi mana? Dari tadi saya cari awak.”
            “Cari barang.”
            Lepas wang baki dikembalikan, Aleeya terus menolak trolley menuju ke arah Nea dan Amier yang sedang menunggunya. Zafri yang berada di belakangnya hanya menurut tanpa banyak cakap.
            “Weh, kenalkan… ni suami aku.”
            “Boleh tahan kacak juga ya suami kau…”
            “Sayang… Abang dekat tepi ni jealous.”
            Nea tergelak kecil sambil memaut lengan suaminya. Walaupun suami Aleeya kacak, mata dan hati dia hanya melihat suaminya sahaja. Dia tak terkesan pun dengan kekacakan suami kawan baik dia tu.
            “So, jomlah kita pergi minum.”

bersambung....

No comments:

Post a Comment