Sunday 12 January 2014

tersalah pergi interview 1

EINA Azriena mengeluh perlahan sebaik sahaja mengetahui berita yang disampaikan oleh Bondanya yang tercinta. Punyalah laju dia bawa kereta untuk pulang ke rumah, rupa-rupanya ini perkara penting yang dikatakan. Kalau setakat mahu menyuruhnya pergi interview untuk bekerja di syarikat mak langnya, baik cakap dekat handphone sahaja.
            Dia terpaksa membatalkan rancangan untuk menyambut birthdaynya sebab panggilan telefon dari Bonda tercintanya itu.  Restaurant, makanan, tetamu and macam-macam lagi sudah siap dibooked and mungkin tetamunya sudah ada yang datang. Birthdaynya bukan setiap hari… hanya setahun sekali sahaja.
“Eina jangan lupa pula ya? Esok pagi Eina kena juga pergi interview tu. Dapat tak dapat belakang cerita. Paling penting adalah Eina pergi.”
“Bonda, Eina belum ready lagilah nak bekerja. Bagilah Eina peluang rehat dua tiga tahun lagi.”
Berubah terus wajah Bonda mendengar jawapan Eina Azriena itu. Setahun dua lagi? Tak cukup ke masa yang dia berikan pada anaknya untuk berehat selama ni? Dia tak kacau langsung anaknya sepanjang dua tahun ini. Dibiarkan sahaja anak dia itu nak lakukan apa-apa.
“Eina Azriena, Bonda rasa dah cukup lama Bonda bagi kamu masa untuk berehat. Dua tahun lepas kamu balik ke Malaysia, Bonda hanya biarkan kamu berehat. Buat apa kalau ada master kalau tak nak kerja? Nak gantung sahaja ke dekat dinding?”
Eina Azriena hanya mampu mendiamkan diri sambil memandang ke lantai. Kalau Bonda dah menyebut namanya sebegitu, tahulah dia yang Bonda sudah mulai marah. Susah sangat ke untuk Bonda tahu yang dia bukannya tak mahu kerja, dia hanya nak merehatkan otaknya sahaja untuk beberapa tahun lagi. Tak salahkan kalau dia buat begitu? Susah sangat ke nak faham dia?
“Bonda tak nak dengar apa-apa lagi. Nak tak nak Eina Azriena kena juga pergi interview tu esok. Bonda dah berjanji dengan mak lang kamu tu dan kamu sendiri sedia maklum, Bonda tak suka orang yang mungkir janji. Faham tak, Eina Azriena?”
“Faham, Bonda.”
“Kalau kamu macam ni dari tadi kan senang, tak perlulah Bonda nak meninggikan suara.”
Bonda terus menghubungi kakaknya untuk confirmkan kehadiran Eina Azriena esok. Minta-mintalah esok anaknya itu tak membuat perangai. Kalau tak pasti dia malu nak berdepan dengan semua orang nanti, lagi-lagi kakaknya.
“Bonda dah siapkan baju untuk kamu pergi interview tu esok. Jangan pandai-pandai pula kamu nak tukar.”
“Ya, Bonda.”
Eina Azriena terus mengheretkan kakinya ke tingkat atas. Tak sukalah kalau kena paksa-paksa macam ni. Macam menyesal pula balik Malaysia cepat sangat. Patutnya dia duduk dekat sana lama-lama. Ni semua gara-gara Bonda pandai ‘memujuklah’ ni…
“Hello, beb.”
“Weh, kau dekat mana? Ramai yang tengah tunggu kau ni.”
“Sorry, El… aku tak boleh datanglah. Minta maaf sangat-sangat ya?”
“La, kenapa pula? Bonda kau lagi ke?”
Eina Azriena tergelak kecil bila tekaan Elmo itu tepat pada jawapannya. Nampak sangat mereka dah terlalu kenal dengan perangai Bonda tu. Tak dapatlah merasa cake yang dia orang belikan untuk aku tu.
Well, kau sedia maklumkan? Sampaikan salam maaf aku dekat semua. Nanti aku tebus balik untuk hari ni.”
No hal lah, aku okey sahaja. Kami ni dah faham sangat dah. Okeylah, apa-apa roger aku.”
“Alright,da…”
Eina Azriena terus menghempaskan badannya di atas katil sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik. Ya Allah, bosannya hidup macam ni. Tak sukalah dipaksa-paksa sebegini. Dia sudah besar dan dia layak menentukan hidupnya sendiri.

BUKA sahaja mata, Eina Azriena mengeluh bosan. Hari ini dia terpaksa menghadiri satu interview di syarikat mak langnya. Entah interview apa dia pun tak tahu yang penting dia pergi hanya untuk memuaskan hati Bondanya. Dapat tak dapat, belakang cerita. Dia tak nak pun kerja yang ditawarkan itu. Dia langsung tak berminat pun untuk kerja dengan mak langnya itu.
            Ketukan bertalu-talu di pintu biliknya membuatkan dia mengeluh panjang. Bonda, Bonda… takut sangat dia tak pergi ke interview itu.
            “Eina, dah bangun ke belum? Dah pukul enam ni… cepat bangun solat subuh. Pukul lapan ni ada interview!”
            “Dah bangunlah ni.”
            Bila mendengar respon dari anaknya itu barulah Bonda berhenti mengetuk pintu bilik. Dah macam nak roboh dibuatnya. Silap-silap hujung minggu ni dah kena tukar pintu baru.
            “Dah terasa macam nak lari rumah sahaja. Kenapalah Bonda ni terlalu memaksa aku? Dia betul-betul nak buat aku lari rumah ke? Hisyh, malas betul nak pergi interview entah apa-apa ni.”
Eina Azriena terus mencapai towel dan melangkah masuk ke dalam bilik air dengan langkah yang malas. Tak nak pergi, malasnya nak pergi!!!
            “Kenapalah aku balik Malaysia cepat sangat? Kan dah kena paksa kerja… ini baru kerja, belum masuk hal Bonda paksa kahwin lagi.”
Sejam kemudian,Eina Azriena sudah terpacak di hadapan bangunan milik mak langnya. Hai, interview apalah yang diadakan di syarikat mak langnya ini?Tak kanlah kelayakan dia dalam bidang fashion nak diserapkan ke sini? Tak bestlah kalau dia kena kerja dekat sini.
“Assalamualaikum, kak Mell... tolong bagitahu mak Datin tu saya dah datang.”
“Wa”alaikumussalam. Datin...Ya Allah, Eina... bila balik Malaysia? Tak bagitahu pun dekat akak? Sampai hatikan?”
“Eleh, akak lagi teruk. Kahwin langsung tak ajak kita. Kecil hati kita tahu?”
Bila dengar bising-bising di luar officenya, Datin Sapora terus melangkah keluar untuk menjenguk. Apa agaknya yang bising-bising di luar itu ya? Ada orang bergaduh ke?
“Lah, patutlah bising sahaja dekat sini. Eina ni datang rupanya. Hurm, Eina. Cepat  ikut mak lang  masuk ke dalam and Mell, tolong bawakan fail yang saya nak tu ya?”
“Baik, Datin.”
Eina terus membontoti langkah mak langnya sambil membuat muka. Kak Mell yang merupakan pembantu peribadi mak langnya itu hanya tergelak kecil sambil menggelengkan kepalanya. Dia dah masak sangat dengan perangai anak buah bosnya itu. Gadis itu hanya akan datang ke pejabat ini bila dipaksa sahaja and kenapa bosnya nak kontrak tu ya?
“Tak kisahlah kenapa bos aku nak mintak kontrak tu. Baik aku bagi cepat-cepat.”
Sepanjang interview, Eina Azriena hanya menjawab pertanyaan demi pertanyaan dengan sambil lewa sahaja. Hanya satu sahaja yang ada dalam kepalanya, dia mahu balik cepat. Di suruh sign, dia sign... suruh dia duduk, dia duduk. Entah apa yang dia buat pun dia tak tahu. Lebih baik dia ikut sahaja cakap mereka supaya dia boleh balik cepat. Tak sabar-sabar dia nak keluar dari sangkar emas ini.
And soalan terakhir daripada saya... apa pendapat awak tentang pelakon Amar Shauqi?”
Amar Shauqi? Pelakon apa? Dia berlakon cerita apa? Wujud ke Amar Shauqi ni dalam dunia ni? Kenapa dia tak pernah dengar pun apa-apa pasal Amar Shauqi sepanjang dia hidup?
“Amar Shauqi? Siapa tu?”
“Pelakon yang tengah meletop sekarang ni? Yang berlakon dalam drama bersiri Belanga Terbang itu?”
Eina Azriena puas mengingatkan siapakah gerangan pelakon Amar Shauqi itu. And apa kaitan dia dengan interview ini? Belanga Terbang? Apa punya cerita tu? Dah tak ada idea ke nak letak nama? Langsung tak komersial.
“Amar Shauqi? Dia okeylah. Hurm, apa kaitan dia dengan interview ini ya?”
“Kalau Cik Eina berjaya di dalam interview ini, cik akan menjadi PA kepada Amar Shauqi. Kami hanya buat sedikit kajian pasal dia.”
“Oh, okey. Tapi dia bukan pelakon ke? Apa kaitan dia dengan company ni ya?”
“Dia merupakan rakan kongsi dalam business ini. Okeylah, rasanya dah tak ada apa-apa lagi. Kami akan menghubungi Cik Eina kalau Cik Eina berjaya dapatkan kerja ini.”
Eina Azriena terus bersalaman dengan semua yang ada di dalam bilik interview itu dengan senyuman yang penuh kepura-puraan. Kalau tak call aku terus pun tak apa. Aku bukannya minat nak jadi PA mamat entah siapa itu.
 Ingat aku belajar sampai overseas tu nak jadi PA sahaja ke? Mak lang dengan Bonda ni memanglah. Apa guna aku belajar sampai ke sana untuk kerja yang entah apa-apa ini?


BERSAMBUNG...

No comments:

Post a Comment