Tuesday 3 September 2013

10 days only part 1

Usai solatt istikharah,Qiera termenung di atas tikar sejadah.Tiada angin tiada rebut,dia dimaklumkan oleh walidnya ada rombongan datang meminangnya petang tadi.Lebih mengharu birukan hidupnya,walid dan ummi sudah menerima pinangan tersebut bagi pihaknya.
Majlis pernikahannya sudah ditetapkan.Lagi sepuluh hari dia bakal dinikahkan dengan lelaki misteri itu.Hurm,sepuluh hari lagi.Walid dan ummi seperti sudah tidak sabar-sabar nak menghalau dia keluar dari rumah ni.
Apalah agaknya nasibnya selepas ini?Mampu ke dia menyintai lelaki yang kini sudah sah bergelar tunangannya sedangkan hatiya sudah terpaut dengan lelaki yang menjadi imam untuk solat terawih di masjid berdekatan dengan rumah sewanya di Bangi setahun yang lalu.
‘Along,kenapa tak tidur lagi?Dah pukul empat pagi ni.Esokkan along kerja.’
‘Along belum mengantuk lagi.’
‘Masih memikirkan tentang hal  tunang along?’
Qiera mengeluh perlahan.Entah kenapa susah sangat untuk dia menerima jodoh yang sudah ditentukan orang tua untuk dirinya.
‘Along,walid dah selalu pesan dekat kita jangan mengeluh.’
‘Sebenarnya along ada sukakan seseorang…Tapi along tak pernah bersemuka dengan dia.’
‘Tak pernah bersemuka?Habis macam mana along boleh suka dekat dia?’
Qiera mengeluh sekali lagi.Betul ke dia sukakan lelaki itu atau dia hanya mengagumi lunak suara lelaki itu membaca ayat suci Al-Quran?
‘Dia pernah mengimamkan solat terawih dekat masjid area rumah sewa along.Along  betul-betul jatuh hati dengan bacaannya yang bertajwid dan bertaranum tu.’
‘Bakal abang ipar Miera pun macam tu jugalah.Petang semalam walid minta dia membaca satu juzuk Al-Quran.Lepas walid berpuas hati barulah pinangan tersebut diterima.’
‘Miera pernah tengok orangnya?’
‘Pernah,Miera kan tolong ummi hidangkan kuih dan minuman.Orangnya boleh tahan kacak juga cumanya dia ni macam pemalu.Dengan Miera ni walaupun duduk depan dia,lansung dia tak pandang apatah lagi nak berbual.Lantai rumah kita lagi cantik agaknya.’
Qiera tersenyum hambar mendengar kata-kata adiknya.Ya Allah,macam mana dia nak kongsi hidup dengan lelaki itu sedangkan hatinya sudah terpaut pada lelaki lain?Dia tahu lelaki pilihan keluarganya adalah yang terbaik buat dirinya namun kenapa susah sangat untuk dia menerima dengan hati yang terbuka?
‘Oh,ya..Esok walid dan ummi ajak keluar untuk membeli persiapan.Along jangan lupa ya?’
‘Persiapan apa?’
‘Ya Allah,along!Sepuluh hari bukannya lama.’
‘Oh,along lupa majlis dalam sepuluh hari lagi.’
‘Along macam tak redha sahaja dengan jodoh yang ditentukan walid dan ummi…’
Qiera menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum.Terlalu banyak yang difikirkan sampai dia terlupa pernikahannya bakal berlangsung dalam masa sepuluh hari lagi.
‘Along mengantuklah.Miera nak tidur sini ke?’
‘Boleh juga,Miera malas pula nak balik bilik.’
**
Keesokannya,Qiera bersiap seringkas mungkin.Gara-gara tidur lambat malam tadi,migrainnya datang.Haru biru paginya bila jadi hal seperti ini.Nak makan,bercakap atau melakukan apa-aa pun dia malas.
‘Along,walid suruh turun cepat.Abang Alief dah sampai.’
‘Hurm…’
Lepas memastikan tudung dan purdahnya terletak elok barulah Qiera  melangkah menuruni tangga.Malasnya nak berjalan dalam keadaan sekarang ni.Walaupun dia teramat sakit,dia tak mampu nak menolak ajakan orang tuanya untuk membeli persiapan kahwinnya.
‘Inilah anak pak cik,Qiera Alisya.Qiera,nilah bakal suami kamu,Mohd Alief.’
‘Assalamualaikum,Qiera Alisya.’
‘Wa’alaikumussalam.’
‘Marilah kita gerak sekarang.Takut tersangkut dalam kesesakan pula kalau keluar lambat.’
Miera terus memaut lengan alongnya sambil tersenyum senang.Bila diperhatikan betul-betul,alongnya dan abang Alief nampak sepadan digandingkan bersama.
‘Along,Miera teringin nak makan chocolate moist along tu.Boleh tak balik ni kita buat?’
‘Insyaallah,sayangku Miera Ariesya.’
‘Amboi,manjanya anak bongsu ummi  ni.’
Miera tertawa kecil bila diusik umminya.Memang sudah sikapnya gemar bermanja dengan keluarganya,tak salahkan?Lagipun selepas ini,alongnya kena ikut suaminya jadi jaranglah dia dapat jumpa alongnya.
‘Biarlah,ummi.Lepas ni Miera mana boleh nak manja dengan along macam ni lagi.’
‘Kenapa pula tak boleh?Nak manja dengan along sampai bila-bila pun boleh.’
‘Alongkan lepas ni dah jadi isteri orang,tak kanlah Miera nak manja-manja lagi dengan alongkan?’
‘Isyh,budak kecil ni banyak pula cakapnya.Nak chocolate moist tak?Kalau Miera banyak songeh,along malaslah nak buatkan.’
Miera terus mengunci mulutnya daripada  mengeluarkan apa-apa spekulasi lagi.Kalau dia masih lagi bersuara,dia bakal kehilangan chocolate moist yang sedap hingga menjilat piring.
**
‘Qiera nak pakai baju  macam mana waktu nikah nanti?’
‘Nikah?Qiera rasa macam nak pakai jubah sahaja.’
‘Tak simple sangat ke?’
‘Qiera rasa okey sahaja.Tak menampakkan susuk badan,tak jarang dan  yang paling penting menutup aurat.’
Alief yang sedang melihat album baju pengantin dalam diam bersetuju dengan idea bakal isterinya.Jubah pun okey juga jika bakal isterinya pakai untuk majlis pernikahan mereka nanti.
‘Alief,okey ke kalau Qiera ni pakai jubah waktu nikah nanti?Mak cik rasa macam jubah tu biasa sahaja kalau dipakai waktu nikah nanti.’
‘Apa pun yang Qiera mahukan,Alief tak kisah.’
‘Betul ke ni?Tak simple sangat?’
Alief menggelengkan kepalanya perlahan sambil tersenyum.Biarlah majlis pernikahan mereka ni,bersederhana sahaja dahulu.Waktu resepsi nanti,terserah pada keluarganya nak buat segrand mana pun dia tak kisah.
‘Kejap lagi kita beli barangan untuk hantaran pula.Banyak benda yang nak kena uruskan dalam masa yang singkat ni.’
‘Ummi,walid,Qiera nak keluar sekejap,nak jawab call.’
‘Hurm,jangan lama sangat.’
Qiera terus mencapai tas tangannya dan melangkah keluar dari butik pengantin itu.Terasa sesak pula lama-lama berada di dalam butik itu.
‘Assalamualaikum,Hanie.Maaflah saya lambat return call.’
‘Wa’alaikumussalam.Tak apa,Qiera.Oh ya,saya nak bagitahu awak yang Syamiel buat reunion kelas kita.Awak nak join tak?Hari tu awak tak join,kali ni saya harap awak turut serta sekali.’
‘Insyaallah,Kalau ada kelapangan saya pasti akan datang.Bila reunion tu?’
‘Dua hari lagi.Awak datang tau…Saya dah lama tak jumpa awak tahu?Dekat dua tahun dah.Awak apa cerita sekarang?Masih single atau sudah berpunya?’
Qiera tergelak kecil mendengar kata-kata sahabat baiknya itu.Dari dulu sampai sekarang,masih lagi tidak berubah.
‘Saya  masih kepunyaan ummi dan babah saya.Insyaallah,dalam sembilan hari lagi saya bakal jadi kepunyaan orang lain.’
‘Seriously?Siapa  lelaki bertuah tu?’
‘Seorang hamba Allah yang bakal dipinjamkan pada saya untuk seketika.Hanie,sebenarnya saya tengah busy ni.Kita jumpa dekat rumah Syamiel nanti,insyaallah.’
Selepas menamatkan perbualan,Qiera terus melangkah masuk ke dalam kedai roti yang terletak tidak jauh dari butik pengantin itu.Selepas mendapatkan beberapa jenis roti yang dirasakan enak,dia terus berjalan ke arah kanak-kanak yang sedang berehat di bawah pokok.
‘Assalamualaikum,adik-adik.’
‘Wa’alaikumussalam,kak.’
‘Ni akak ada roti sikit,buatlah jamah ya?’
Selepas plastic bertukar tangan,Qiera terus berbual-bual dengan kanak-kanak itu.Seronok sangat berbual dengan adik-adik itu sampai dia terlupa mereka menantinya di butik pengantin
‘Kakak memang selalu keluar pakai tu ke?’
‘Maksud adik purdah ni?Ha’ah,akak memang pakai kalau nak keluar.’
‘Ya Rabbi,along!Dekat  sini rupanya along,merata Miera cari tahu?’
‘Ya Allah,along terlupa…Seronok sangat  berbual dengan adik-adik  yang comel ni sampai terlupa pula.Akak pergi dulu ya,adik-adik.Belajar elok-elok.Jaga iman,jaga hati dan jaga solat.Assalamualaikum.’
‘Wa’alaikumussalam,terima kasih ya,kakak.’
Alief yang sejak dari tadi memerhatikan bakal isterinya dari jauh tersenyum senang.Nampaknya pilihan keluarganya tidak salah.Gadis itu adalah gadis yang dicari-cari selama ini.
**
Keesokan subuhnya,ummi betul-betul naik angin sebaik sahaja mengetahui barangan hantaran yang dimahukan anaknya.Sudahlah nikah mahu pakai jubah  biasa sahaja,ini hantaran pun nak biasa juga.
‘Qiera nak orang mengata keluarga kita ke?Dahlah nikah biasa sahaja tak kan hantaran pun biasa sahaja?Kita ni bukan keluarga yang tak mampu.Kalau nak buat besar besaran pun tak jadi satu masalah.Ummi tak nak orang kata anak ummi ni murah tahu tak?’
‘Murah apanya,ummi.Qiera ni cukup mahal nak dibeli,ummi.Perlu dibayar dengan akad nikah dihadapan kadi bersama dua orang saksi di dalam rumah Allah.Pasal hantaran tu,apa yang kurangnya?Senaskah Al Quran,sepersalinan baju,telekung dan beberapa jenis manisan.Apa yang kurangnya?’
‘Terlalu kurang,banyak sangat yang kurang.’
‘Ummi,Qiera tahu keluarga kita mampu nak buat lebih tapi apa salahnya kalau Qiera nak buat majlis yang sederhana?Qiera tahu perkahwinan ni perlu dihebahkan,sebab tu Qiera nak buat makan-makan lepas nikah.Qiera hanya tak nak majlis bersanding dan majlis berinai sahaja.’
‘Biarlah  dia  buat keputusan sendiri.Inikan majlis dia.’
‘Tapi abang…’
Babah terus mengangkat kedua belah tangannya tanda dia tak mahu mendengar apa-apa lagi.Keputusannya adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dilayan sama sekali.
‘Walid,ummi…Keluarga abang Alief dah sampai.’
Walid dan ummi terus melangkah ke muka pintu sementara Qiera dan Miera terus memanjat ke tingkat atas untuk memakai tudung.
‘Babah tak ada cakap yang mereka nak datang pun?’
‘Babah lupalah tu.’


BERSAMBUNG KE PART 2

No comments:

Post a Comment